Filem ‘Hunger Games’ Menjadi Realiti?
Semakin hari semakin pelik dunia ini.
Ramai orang telah daripada seluruh dunia telah bersetuju untuk mengambil tempat pada rancangan yang sama seperti “Hunger Games” – perlawanan antara sama sendiri dalam satu rancangan realiti di Rusia, dimana pergaduhan, rogol dan bunuh dibenarkan.
Hunger Games (2012)adalah suatu filem yang setiap tahun dua wakil muda dari setiap daerah dipilih dengan loteri untuk menyertai The Hunger Games. Peraturannya sangat mudah: 24 pemain mesti membunuh antara satu sama lain dan bertahan di padang gurun sehingga hanya satu yang hidup. Permainan ini disiarkan di bandar(Capital) dan 12 daerah lain untuk hiburan.
Sangat menakutkan, bukan? Kini ia adalah sebuah realiti.
Pertandingan yang akan membawa maut itu digelar “Game2:Winter” yang akan berlangsung di Pulau Siberia, Sungai Ob dan akan disiarkan di seluruh dunia bermula pada bulan Julai, mengikut sumber daripada Siberian Times.
Seramai 30 peserta – yang temasuk seorang bekas tentera daripada Korea Selatan, seorang pelajar Sweden, dan ramai lagi telah menandatangani liabiti untuk kecederaan, pelepasan pengabaian jika berlaku kematian dan tidak akan menyaman pihak penganjur jika benda seperti itu berlaku sepanjang penggambaran.
Peraturan itu telah mencetuskan kemarahan netizen online, menyatakan bahawa para peserta dapat melakukan apa sahaja yang mereka mahu untuk terus hidup – sama seperti filem ‘Hunger Games’. Hidup sehingga 1 April 2018, lapor Times.
“Semuanya dibenarkan, berlawan, alkohol, pembunuhan, rogol, merokok, apa sahaja.” kata pihak penganjur.
Pada hari Isnin, penganjur Yevgeny Pyatkovsky menegaskan, bahawa pengeluar tidak akan campur tangan sekiranya sesuatu yang jahat berlaku ketika penggambaran.
“Tidak, kita tidak akan menolong peserta,” katanya kepada Times. “Saya yakin akan ada pergaduhan, dan banyak lagi. Kami tidak takut akan komen negatif daripada netizen juga. Ini adalah Taiga Siberia: Apapun boleh berlaku, dan kami mungkin tidak akan ada masa untuk menyelesaikan kecemasan.”
Semasa pertandingan itu berlangsung, pemain mestilah mencari dan menyimpan makanan mereka sendiri untuk bertahan pada musim sejuk. Apabila musim sejuk tiba, pemain harus tahu bagaimana untuk menangkap ikan daripada lubang ais.
Peserta terdiri daripada 15 lelaki dan 15 perempuan daripada seluruh dunia. Mereka akan dibekalkan dengan pisau selama mereka hidup dalam suasana sejuk terlampau, beruang dan perkara berbahaya lain.
“Akan ada pasukan bertugas dan helikopter untuk kecemasan. Memandangkan beruang boleh bergerak secepat 60kph dan kemungkinan besar 2000 kamera yang kami pasang di pulau itu tidak dapat menampung setiap tempat dalam hutan tersebut.”
Seperti di dalam filem terkenal “Hunger Games,” itu, pemain akan difilemkan oleh kamera yang diletakkan di seluruh pulau.
“Kami tidak akan campur tangan dalam hubungan antara peserta atau memantau kehidupan mereka,” kata Pyatkovsky kepada Times. “Mereka bebas membentuk pasangan atau bergabung tenaga, dan tidak ada batas atau peraturan untuk semua benda.”
Setelah peserta sampai, peserta akan ditugaskan untuk membina rumah atau tempat tinggal dan juga pakaian musim sejuk, dan peralatan menangkap ikan. Dalam permainan itu, mereka perlu mengesan sekumpulan “penjenayah” yang akan dibebaskan daripada penjara berhampiran, kata Pyatkovsky.
“Tidak adak rancangan seperti itu di dunia ini. Tidak ada seorang pun yang sanggup melakukannya sebagai suatu perkara yang benar yang mana peserta memang perlu menggunakan semua kemahiran, sosial, fizikal, psikologi hanya untuk hidup.”
Anda berani untuk menyertai ‘Hunger Games’? “May the odds be ever in their favor.”