Upacara Pelantikan Dan Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia Petang Ini


Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia akan diadakan hari ini pada jam 5 petang di Istana Negara. Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat sidang media bagi menjelaskan kenapa sehingga kini Malaysia masih belum melantik Perdana Menteri yang baharu. Tun M sempat berseloroh acara Angkat Sumpah tidak dibuat pagi ini kerana ramai orang masih mengantuk.

Perkara ini menjadi lambat apabila berlaku ketidakfahaman beberapa pihak ke atas perlembagaan negara Malaysia dan sehingga kini Malaysia masih tiada kerajaan yang memerintah.

“Kita perlu menubuhkan kerajaan secepat yang mungkin kerana banyak perkara perlu dibuat dan diselesaikan,” tambah Mahathir lagi.

Kesemua ahli parlimen Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah juga telah sebulat suara tandatangan perisytiharan Perdana Menteri Malaysia yang baru iaitu Tun Mahathir Mohamad.

[Video Sidang Media]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat