Bernikah Hanya Bermodal 4k
Masa kami mula2 menikah dulu, dia hanya ada sebuah motor Nouvo LC yang masih ada hutang kedai, menyewa rumah flat dan tiada wang simpanan. Kami bernikah hanya bermodal 4k dan semua kami urus sendiri. Hantaran senaskah al-Quran, sepasang telekung yang sama2 kami beli di Jalan TAR (saya ingat lagi airmata dia menitis sebak masa saya try telekung tu), sebentuk cincin acah2 berlian dan mas kahwin rm222 tunai. Tiada wang hantaran. Bernikah di masjid dengan jemputan 200 orang makan bersila. Semua happy. Mulut saya lenguh seharian senyum dan ketawa kerana terlalu gembira. Alhamdulillah.
Lepas tu kami sama2 kumpul duit. Kami kerja makan gaji 8am-5pm setiap hari. Waktu lunch hour kami COD jual barang orang, naik motor tengah panas rembang sampai kadang2 tak sempat makan. Hujan panas kami redah. Orang perli dan ejek, kami tak pedulikan. Yang penting cari duit. Malam selepas anak2 tidur kami berjaga sampai lewat malam menguruskan bisnes part time design kami. Tidur dan rehat tak pernah cukup. Alhamdulillah.
Saya masih ingat gelang emas pertama yang dia belikan untuk saya masa dia dapat bonus. Lepas lunch dia parking motor depan kedai emas di Ampang. Dia minta saya pilih satu gelang. Saya pilih yang paling nipis sebab takut mahal. Duit bonus tu banyak lagi nak guna untuk benda lain. Gelang itulah yang saya pakai hari2 dan yang paling saya sayang. Berkat kesabaran kumpul duit, akhirnya kami dapat beli rumah sendiri dan tukar kereta baru yang selesa untuk anak2. Alhamdulillah.
Lelaki ni banyak mengubah saya, luar dan dalam. Saya tak minta wang hantaran masa menikah kerana bagi saya dialah hantaran terhebat dari Allah untuk saya. Ini bukti Allah masih sayangkan saya sebab bagi peluang kedua untuk merasa manisnya bahagia. Alhamdulillah.Terima kasih Allah kerana mengirim lelaki ini untuk saya. Taktau apa yang saya buat sampai dianugerahi lelaki sebaik ini. Panjangkan umurnya, sihatkan tubuh badannya, ampuni dosanya dan terangi hatinya untuk sentiasa beribadah padaMu ya Allah. Terima kasih Allah untuk rezeki yang kau beri kepada kami hari ini. Alhamdulillah.
Selamat hari jadi sayang, terima kasih untuk kasih sayang dan pengorbanan. Harta di dunia hanya sementara, mari kita kumpul harta untuk di alam seterusnya. Semoga kasih sayang kita sampai ke Jannah. InsyaAllah.
Baca selanjutnya: Nilai Mas Kahwin Mengikut Negeri 2018