Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Bukti Kepakaran Anak Tempatan Setaraf Peringkat Antarabangsa


Selepas menghasilkan filem animasi yang dihasilkan oleh anak tempatan Malaysia, kini Les’ Copaque Production muncul dengan satu lagi filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Filem ini merupakan satu kejayaan besar bagi industri perfilem Malaysia kerana pembikinan filem ini 100% dihasilkan oleh animator anak tempatan. Satu kejayaan yang cukup membanggakan bagi kita rakyat Malaysia.

Penghasilan filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal telah menelan belanja sebanyak RM20 juta dan menggunakan khidmat 3 orang pengarah. Akhirnya filem ini disiapkan setelah mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan. Pembikinan filem animasi ini mengambil masa 5 tahun untuk dihasilkan kerana pihak produksi perlu menempuhi pelbagai proses penyelidikan dan mempelajari teknikal terkini untuk menghasilkan satu filem yang setanding di peringkat antarabangsa.

Review Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal

Bagi korang yang bukan peminta tegar filem animasi, korang wajib tengk filem ini terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan. Korang tak akan mengjangkakan sesuatu yang menarik dari filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal ini. Tapi bila korang dah tengok filem ini, confirm korang sendiri akan merasakan tanggapan yang filem animasi ini tidak menarik akan meleset.

Dari awal filem ini lagi, korang dah disajikan dengan satu babak yang sangat menarik iaitu pertempuran antara seorang raja dan Raja Bersiong yang ingin merampas takhta milik raja tersebut. Watak jahat yang dipegang oleh Raja Bersiong sangat menarik seolah-olah Drakula tetapi dalam versi tempatan.

Apa Yang Best Tentang Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal?

Terlalu banyak perkara menarik yang terdapat di dalam filem ini sekiranya nak diungkapkan. Visual animasi yang digunakan juga tidak keterlaluan dan boleh dikatakan sangat menarik dan penghasilannya penuh ketelitian. Pemandangan yang digunakan sangat indah dengan penggunaan warna yang sangat sepadan menjadikannya seolah-olah hidup dan bagaikan korang turut sama dalam filem tersebut.

Mungkin bagi yang sudah menonton filem ini akan mengatakan bahawa jalan ceritanya seakan-akan filem The Cronicles of Narnia. Filem yang menceritakan kanak-kanak yang masuk ke alam yang mana kerajaan tersebut akan ditawan dan kanak-kanak tersebut terpaksa membantu kerajaan tersebut.

Korang berjumpa Mat Jenin yang selalu riang dan suka berangan di siang hari, jumpa Belalang duk mengikis kuali untuk buatkan kopi, dan juga Nujum Pak Belalang macam tengok dalam filem arahan Tan Sri P.Ramlee gitu. Filem ini menggambarkan satu pengembaraan yang penuh dengan warna-warni.

Adakala korang akan ketawa melihat gelagat Upin dan Ipin dengan kawan-kawannya yang berbagai ragam dan adakala korang akan sedih melihat kisah Si Tanggang yang turut diselitkan ke dalam filem ini. Itu belum lagi bercakap kisah Bawang Putih dan Bawang Merah. Confirm memberi satu kesan di dalam hati setiap penonton.

Ada masa korang akan merasa kagum dengan dengan watak yang dimainkan oleh lanun. Watak tersebut juga seakan-akan dalam filem Pirates of Carribean. Sedar tak sedar, rupanya kerajaan Inderaloka ini didiami oleh banyak watak-watak dongeng yang kita kenali dan sering menjadi tontonan kita sewaktu kecil dahulu.

Penggunaan soundtrack, muzik skor, kesan bunyi dan lagu latar yang sangat-sangat memukau dan sangat sesuai. Ditambah pula dengan alunan merdu suara Ernie Zakri menyanyikan lagu Buai Laju-Laju memang tersangat menarik.

Apa Pengajaran Korang Akan Dapat Menerusi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal?

Banyak pengajaran yang korang akan dapat sekiranya korang betul-betul mejiwai filem ini. Persahabatan, kasih sayang antara ibu dan anak, kasih sayang antara adik-beradik, pergelutan kuasa, membela yang hak dan melawan yang batil.

Walaupu ia sekadar kisah animasi untuk menarik minat kanak-kanak, tetapi filem ini juga sangat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira umur kerana isi tersirat yang terdapat di dalam filem ini sangat-sangat mendalam.

Di akhir filem ini akan membuatkan anda tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada Raja Bersiong. Adakah akan ada sambungan dari filem ini? Macam cerita ala-ala Avengers gitu, yang buat korang tergantung dan ternanti-nanti akan kesudahannya.

Korang wajib menonton filemUpin & Ipin: Keris Siamang Tunggal ini. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada krew-krew yang terlibat dalam penghasilan filem yang sangat membanggakan ini. Semoga terus maju dan jaya agar dapat bersaing dengan karya-karya animasi bertaraf antarabangsa.

Kredit : Faiz Akmal MFA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat