'Tweet terakhir saya sebagai Menteri Kesihatan. Terima kasih!' - Dr Dzulkefly – Daily Rakyat

‘Tweet terakhir saya sebagai Menteri Kesihatan. Terima kasih!’ – Dr Dzulkefly

Sumber Rujukan : Astro Awani

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkongsi berita gembira tentang dua lagi pesakit COVID-19 yang berjaya pulih, dalam satu tweet yang disifatkannya sebagai kemaskini terakhir beliau sebagai Menteri Kesihatan.

“Tiada kes positif baharu.

“Kes-14 dan Kes-19 sebelum ini dirawat di HKL.

Jumlah yg telah pulih sepenuhnya dan discaj sehingga hari ini ialah 20 orang.

“Dua lagi masih dirawat di wad dan stabil,” tulis beliau.

Berita gembira tentang pemulihan dua pesakit itu bagaimanapun menerima reaksi sayu daripada pengguna media sosial.

Ramai yang bersedih dan mengucapkan terima kasih kepada beliau yang telah menyumbang bakti lebih dua tahun sebagai Menteri Kesihatan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat