Betoi Kata Pepatah Memelihara Kerbau Sekandang Lebih Mudah Dari Anak Dara Seorang
Seorang kawan yang anaknya semua perempuan 4 orang,telah dara sunti mengeluh bila berbicara soal anak. Katanya,“Betoi kata pepatah memelihara kerbau sekandang lebih mudah dari anak dara seorang,aku ada 4 orang.Pakaiannya lebih dari lelaki,keperluan peribadinya bedak, sabun,syampoo, lotion,pad dan entah apa mak nenek lagi,kekadang sama banyak belanja dapur.Mengurus mereka pun satu hal.”
Nun jauh tergerak di hatinya saya dapat membaca kekecewaan harapan untuk dapat anak lelaki,lalu saya pujuk dia.Saya perturunkan antara yang saya sebut.
Hadis nabi,”Barangsiapa yang memelihara dua anak perempuan hingga dewasa maka ia akan datang pada hari kiamat bersamaku” (Anas bin Malik berkata : Nabi menggabungkan jari-jari jemari beliau). (HR Muslim ).
Cukup jelas bahawa bertuah lah ibubapa yang ada dua anak perempuan, lebih lagi kalau lebih dari itu kerana janji nabi untuk bersamanya. Dengan itu sesuailah kepayahan membesarkan mereka, pengorbanan yang lebih, cabaran yang banyak dan pergantungan anak perempuan kepada ibubapa yang lebih.
Saidatina Aishah meriwayatkan satu kisah,seorang wanita miskin datang kepadaku dengan membawa dua anak perempuannya, lalu aku memberinya tiga biji kurma. Kemudian dia memberi untuk anaknya masing-masing sebiji buah kurma, dan satu kurma hendak dia masukkan ke mulutnya untuk dimakan sendiri.Namun kedua anaknya meminta kurma tersebut.
Maka si ibu pun membagi dua kurma yang semula hendak dia makan untuk diberikan kepada kedua-dua anaknya. Peristiwa itu membuatku takjub sehingga aku ceritakan perbuatan wanita tadi kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, : Sesungguhnya Allah telah menetapkan baginya syurga dan membebaskannya dari neraka” (H.R Muslim )
Hadis ini menunjukkan layanan kpd anak perempuan hendaklah diberi penekanan.Keperluan peribadi mereka sebaiknya ditanya dan dipenuhi kerana sifat malu terutama bila tubuh berubah.
Seorang kaunselor sekolah pernah bercerita pada saya, seorang pelajar perempuan tidak hadir sekolah hanya kerana tidak ada pad, nak minta duit dengan ayah,malu nak beritahu tujuan.
Ibu patut mendidik aspek kebersihan diri,bapa jangan terlalu berkira dg keperluan anak perempuan.Si ibu,jangan dok berkira dia saja bertukar baju,bersalin tudung,anak perempuan juga patut diutamakan.
Mari kita melihat anak perempuan yg kita miliki sebagai peluang ayah ibu bersama nabi di syurga,didiklah sebaik mungkin,penuhilah keperluannya tanpa bersungut,berkorban lah demi mereka,dan elakkan pukulan pada anak perempuan kerana ia mudah tercedera.
Saya pernah bercerita kisah seorang ibu yg menelan nasi dengan kuah dirumah kenduri, sedangkan lauk ayam dibungkusdengan tisu nak dibawa balik untuk anak perempuan yg tidak dapat dibawa bersama ke kenduri,membayangkan syurga untuk ibu ini.
Nasihat Untuk Anak Lelaki/Perempuan :
1. Jika anda anak lelaki
Belajarlah memahami mengapa emak ayah kekadang dilihat melebih dan memanjakan adik perempuan atau kakak.
2. Jika anda anak perempuan
Jika anda anak perempuan sebuah keluarga, saya mengajak anda untuk menjadi anak yg menyebabkan kedua ibubapa anda masuk syurga dg menjadi anak yg solehah,yg tidak berbuat mungkar,menjaga nama baik ibubapa dan maruah diri.
Jika anda anak perempuan yang berbimbang apakah ibu ayah yang telah kembali mendapat tempat yang baik disisi Allah, bukanlah membanyakkan kenduri arwah, tetapi perbaikilah diri untuk menepati wanita beriman, janji nabi untuk bersama ibubapayang mendidik anak perempuan dengan baik adalah benar.
p/s: Menyumbanglah ke projek sedekah jariah bersama rakan fb saya untuk bersama melakukan kebajikan.Sedikit atau banyak bukan perkiraan disisi Allah.
Ditulis oleh Cikgu Abd Ghani Haron.
Nota : Untuk menyumbang, bolehlah anda hubungi FB Abd Ghani Haron