6 Nasihat abang untuk Menteri Belia dan Sukan, Bro Syed Saddiq
Abang mengikuti perkembangan Bro Syed Saddiq, seorang anak muda yang begitu bersungguh-sungguh dalam politik. Hari ini, beliau ditakdirkan menang dan dilantik sebagai Menteri. Semakin hari, semakin tular pelbagai isu terhadap beliau. Ini petanda kurang baik. Ini nasihat abang untuk beliau.
1. Bro, masa untuk meraih publisiti sudah habis bro. Sekarang masa untuk menggunakan seluruh idea dan tenaga untuk berkhidmat kepada rakyat. Ini masa bekerja.
2. Bro, apabila dilantik menjadi Menteri paling muda dalam sejarah Malaysia, bro akan jadi perhatian rakyat khususnya orang muda. Apa sahaja tindak tanduk akan diikuti. Bro perlu tunjukkan contoh baik.
3. Bro, sekarang masa untuk kurangkan kontroversi dan tingkatkan produktiviti. Betulkan kembali persepsi rakyat khususnya orang muda terhadap bro. Tonjolkan kemampuan produktif selalu.
4. Bro, carilah kumpulan kerja dan pemikir yang tiada kepentingan diri dalam bekerja. Lantik orang yang benar-benar mahu membangunkan negara khususnya belia. Bila bekerja untuk negara, ketepikan politik.
5. Bro, setiap paparan gambar, video dan penulisan kita di media sosial bakal beri impak. Bro kena belajar menonjolkan content yang boleh beri impak positif. Usah beri ruang untuk orang jadikan isu. Letih.
6. Bro, hari ini belia mahukan sesuatu yang lebih daripada sukan. Bro kena serius berfikir dan membangunkan orang muda dalam semua sektor. Usah dengar cakap kaki bodek, pergi dengar sendiri apa yang rakyat mahu.
7. Bro, Malaysia Baru perhatikan setiap langkah dan gerak geri awak bro. Kasihanilah kawan-kawan bro yang siang malam mempertahankan isu. Carilah orang yang benar-benar boleh bantu bro dalam semua perkara.
8. Bro, inilah masanya awak boleh buktikan bahawa Menteri Pakatan Harapan yang berusia 25 tahun mampu memimpin sebuah Kementerian seterusnya membangunkan belia. Usah diulang cara kerja orang lama bro.
9. Bro, usah lagi terbuai dengan publisi dan pujian melangit oleh semua orang yang bro jumpa. Pujian hanya terus menghanyutkan kita. Pujian hanya membangkitkan rasa selesa. Ini tidak bagus.
10. Bro, kita masih ada 5 tahun untuk sama-sama bekerja untuk belia negara. Cara fikir dan cara kerja setahun pertama akan mencorakkan hasil bagi tahun-tahun berikutnya.
Hari ini capaian maklumat menjadi begitu pantas dengan dunia digital. Semuanya berkaitan persepsi. Hari ini bro sudah menang dan berada di tampuk kuasa, bro harus buktikan anak muda 25 tahun juga bukan calang-calang orangnya.
Bro, di luar sana masih ramai belia yang berselipar Jepun tanpa sepatu kulit rusa mahu meluahkan rasa. Mereka juga belia yang mahu menyumbang kepada negara, mereka juga rakyat yang mahal suaranya.
“ Bro, kerja bro kerja “
Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan
Belia Negara