Kemenangan Di Padang Serai & Kalah Tipis Di Tioman Bukti Rakyat Tolak Kerajaan Campuran – Muhyiddin


Pilihan Raya Umum yang ke 15 sudah berlangsung pada bulan November 2022 yang lepas. Keputusan telahpun diketahui dalam tempoh yang singkat namun siapa Perdana Menteri Malaysia ke 10 dilantik dan dimaklumkan beberapa hari kemudian.

Walaubagaimanapun seperti yang kita ketahui, memandangkan tiada Parti yang memperolehi undian majoriti jadi Tuanku Agong telahpun memperkenan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Namun begitu, masih ada dua tempat yang tidak dilangsungkan Pilihan Raya Umum kerana ia ditangguhkan susulan kematian dua calon yang disahkan bertanding pada 19 November lalu.

Kemenangan Di Padang Serai &  Kalah Tipis Di Tioman Bukti Rakyat Tolak Kerajaan Campuran – Muhyiddin

Ekoran Pilihan Raya Umum di Padang Serai dan Tioman yang baru sahaja diadakan pada beberapa hari yang lepas telah diketahui keputusannya. Di Padang Serai, calon Perikatan Nasional (PN), Azman Nasrudin mendahului dengan memperoleh 51, 637 undi.

 

padang serai

Manakala di Tioman, calon Barisan Nasional (BN), Mohd Johari Hussain memperolehi 8,080 undi mengalahkan Nor Idayu Hisyam calon Perikatan Nasioanal (PN) dengan undian sebanyak 7, 507.

Perikatan Nasional (PN) menganggap kemenangan Azman Nasrudin dan kekalahan tipis di Tioman adalah bukti bahawa rakyat tidak menyakini dan menolak kerajaan campuran serta penipuan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasioanl (PN) berkata, undi yang dibuat oleh rakyat di kawasan parlimen tersebut menunjukkan petanda positif parti tersebut.

“Ini bukti rakyat tidak mempercayai gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Mereka tidak yakin dengan kemampuan kerajaan campuran yang tidak diterajui oleh Pakatan Harapan ini untuk mentadbir negara.”

Kecewa terdapat penipuan parti Kerajaan

Pengerusi Perikatan Nasioanal itu juga sempat meluahkan rasa kecewa terdapat penipuan pemimpin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional semasa kempen Pilihan Raya Umum baru-baru ini. Menurutnya, ramai penyokong kedua-dua parti tersebut telah beralih arah.

“Kecewa dengan penipuan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) semasa kempen PRU ke 15. Ramai penyokong kedua-dua parti ini telah beralih arah menyokong PN” katanya hari ini.

Dalam masa yang sama, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menganggap penipuan yang dibuat kedua-dua parti berkenaan adalah yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah Pilihan Raya negara ini.

“Dan hari ini pengundi di Padang Serai dan Tioman telah memberi isyarat jelas mereka tidak merestui tindakan kedua-dua parti tersebut”, kata ahli parlimen Pagoh itu.

Untuk rekod, DUN Tioman menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Mohd Johari (Barisan Nasional), Nor Idayu (Perikatan Nasional), Osman A Bakar (Pejuang), Sulaiman Bakar (Bebas) dan Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan).

Walau apapun tahniah diucapkan kepada calon Perikatan Nasional, Azman Nasrudin menang di Padang Serai dan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Johari Hussain yang telah menang di Tioman.

Semoga segala tugas dan amanah dapat dijalankan dengan baik, adil, telus dan saksama demi kesejahteraan rakyat. Mungkin inilah yang terbaik untuk kedua-dua parlimen tersebut.  Rakyat sudah pun memilih dan tugas rakyat sudah selesai. Kini tugas calon pula untuk melaksanakan tanggungjawab.

Sumber: Malaysia Kini & Astro Awani

Baca juga: Didakwa Terima Bayaran 15 Juta, Anwar Tuntut Muhyiddin Tarik Balik Video

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat