Najib Mengadakan Lawatan Ke Amerika Syarikat

Sumber Rujukan : Ayman Rashdan Wong

Saya tak minat politik. Langsung tak minat. Tapi sebagai graduan Hubungan Antarabangsa (IR), saya mudah triggered dengan komen dan pendapat di media sosial yang jahil politik antarabangsa tapi perasan bagus.

Ada yang memetik New York Times, Washington Post dan Wall Street Journal untuk mengejek lawatan PM ke Rumah Putih. Siap suruh batalkan perjumpaan.

Dulu semasa Krisis Kwangan Asia tahun 1997-98, orang US banyak mengutuk cara Malaysia menangani krisis. Naib Presiden US iaitu Albert Gore menyatakan sokongan terhadap Reformasi semasa menghadiri Persidangan APEC di KL. Tapi 4 tahun kemudian Tun M tetap melawat US pada Mei 2002. Tun M mempunyai agenda yang lebih besar iaitu anti-terorisme.

Tapi apa yang media US buat ketika itu ialah mengutuk Bush dan Tun M seperti mana mereka mengutuk Trump dan DSN hari ini. Mereka berdendam dengan Bush kerana Bush (Republican) menewaskan Gore, calon Democrat kesayangan mereka semasa pilihanraya presiden tahun 2000. Tun M dilabel sebagai autocrat dan opportunist yang guna anti-terorisme sebagai alasan untuk tujuan political survival. Mereka sindir Bush dan mempolitikkan perjumpaan Bush-Tun M dengan mengajukan soalan-soalan tentang “human rights“.

Selepas itu, ada yang tidak habis-habis dengan teori lapuk “Malaysia jadi bidak catur US”. Kalau pergi China jadi bidak catur China pula. Tak faham betul bagaimana kita boleh boleh jadi bidak catur bagi dua kuasa besar serentak.

Lagi ada yang ingat Trump nak jumpa PM pasal isu domestik Malaysia. Come on, adakah kamu orang rasa isu itu lebih penting daripada meningkatkan kerjasama ketenteraan (sebagai deterrent kepada China), memelihara imbangan kuasa (maintaining balance of power) di Asia Timur, mencegah Daesh dan memastikan pelaburan US di Malaysia berterusan? Seriously?

Saya bagi contoh bagaimana perjumpaan ini boleh deter China dan memelihara imbangan kuasa.

Orang selalu bising negara kita dah dijual dekat China, asal ada kerjasama ekonomi terus dikatakan jual negara. Memanglah pergantungan ekonomi kepada China bukan sesuatu yang bagus, tetapi pembuat dasar negara kita pun bukannya tiada backup plan.

Dalam menghadapi ancaman kuasa besar seperti China, negara kecil seperti kita ni ada 3 pilihan: balancing, bandwagoning atau hedging. Balancing ialah menubuhkan pakatan dengan negara seterunya, berdasarkan prinsip the enemy of my enemy is my friend. Bandwagoning ialah bertunduk kepada negara tersebut, berdasarkan prinsip if you can’t beat the enemy, join the enemy.

Di kalangan negara ASEAN, Thailand adalah pakar bandwagoning. Daripada British, Jepun, US hingga ke China, Thailand pantas menawarkan diri sebagai macai kuasa besar. Tapi kita tak mahu jadi macam itu. Kita tak nak jadi lalang yang bandwagoning kepada China.

Tapi pada masa yang sama, Malaysia juga tidak terus balancing China. Malaysia tidak menubuhkan pakatan anti-China bersama US atau sekutunya. Apa yang Malaysia buat ialah bekerjasama dengan China dalam bidang ekonomi, tapi pada masa yang sama mengambil langkah berjaga-jaga.

Itulah strategi hedging. Kalau guna istilah kewangan, ia umpama hubungan kita dengan China ini satu long-term investment: di samping mengharapkan pulangan untung jangka masa panjang, kita juga membeli option untuk offset sebarang kerugian yang mungkin berlaku.

Option tersebut ialah mewujudkan kerjasama ketenteraan tidak rasmi dengan US dan sekutunya. Kerjasama sebegini tidak akan alienate China kerana ia bersifat informal, tapi pada masa yang sama ia boleh memberi countervailing effect kepada China.

Perjumpaan US-Malaysia bertujuan memberi signal kepada China. US nak menunjukkan ia tidak meninggalkan Asia Tenggara seperti yang disangkakan, dan Malaysia juga ingin memberitahu China bahawa Malaysia masih berhubungan dengan US. Signal ini sebagai peringatan kepada China agar tidak melampaui batasan.

Hedging sudah lama diamalkan, boleh dikatakan bermula sejak zaman Tun M lagi. Selepas berlakunya Perang China-Vietnam tahun 1979, pembuat dasar luar Malaysia termasuk Tun M mula melihat China bakal menjadi ancaman.

Jadi, walaupun Tun M anti-Barat, Tun M tetap pergi ke US pada tahun 1984, berjumpa dengan Ronald Reagan dan menandatangani perjanjian Bilateral Training and Consultative Group (BITAC) yang bertujuan untuk mewujudkan military presence US di Malaysia.

Tahun 1994, Tun M melawat US sekali lagi, berjumpa dengan Bill Clinton dan memeterai perjanjian Acquisition and Cross-Servicing Agreement (ACSA). Bermula tahun 1995, US dan Malaysia mengadakan latihan ketenteraan tahunan yang bernama CARAT (Cooperation Afloat Readiness and Training).

Untuk apa? Untuk deter China yang mula menjadi agresif di Laut China Selatan semasa 1990-an. Biar China fikir 99 kali sebelum serang Malaysia dan negara-negara ASEAN. Tapi pada masa yang sama Tun M tak mahu berseteru dengan China, kerana Malaysia boleh memanfaatkan potensi ekonomi China untuk membebaskan Malaysia daripada pergantungan terhadap ekonomi US dan Jepun.

Tun M buat semua itu berdasarkan prinsip balance of power, bukan berdasarkan ideologi. Tun M seorang yang pragmatik dan berpandangan jauh dalam hal-hal hubungan antarabangsa, cuma sebilangan besar penyokong beliau sekarang berpandangan sempit dan suka mempolitikkan dasar luar negara.

Di zaman DSN, kerjasama keselamatan US-Malaysia diperketatkan lagi. Bermula tahun 2011, Malaysia menyertai latihan ketenteraan Cobra Gold yang melibatkan US, Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Thailand dan Singapura. Pada tahun 2014 hubungan US-Malaysia dinaik taraf menjadi Comprehensive Partnership. Semua ini perlu kerana China menjadi semakin agresif, dan ASEAN tidak mampu untuk melawan China.

TPPA pada asalnya pun untuk mengimbangi hegemoni ekonomi China di Asia Pasifik. Sekarang TPPA tak jadi, Malaysia perlu memastikan Trump tidak mencabut pelaburan US keluar daripada Malaysia gara-gara nak Make America Great Again, kerana ia akan memberi peluang kepada China untuk mengukuhkan lagi dominasi ekonominya ke atas Malaysia.

Mampukah zombie politik yang berfikiran hitam/putih menghadam semua ini? Atau zombie lebih suka membaca dan memetik New York Times?. Ingat, media US ini bukan saja tidak cerdik politik antarabangsa, malah pentaksub Parti Demokrat. New York Times menyatakan sokongan terhadap calon Demokrat sejak tahun 1960, dan Washington Post buat yang sama sejak tahun 1992.

Dengan dendam mereka terhadap Trump (menewaskan Clinton), what do you expect? Sejak bila media US boleh dijadikan sebagai kayu ukur reputasi kita? Sejak bila kita perlu jadi apologetik dalam mempertahankan kepentingan negara?

Zombie politik Malaysia dan zombie orang putih ini sama sahaja. Bagi mereka, dunia ini hanya pasal parti A lawan parti B. Hanya human rights dan rule of law sekian sekian saja yang penting. Bagi mereka, balance of power tidak penting. Bagi mereka, anti-terorisme tidak penting. Bagi mereka, maritime security tak penting.

Mereka sempitkan dunia dengan kemelut politik yang tidak berhabisan. Berpolitik lah sehingga armada China mencerobohi zon laut kita. Berpolitiklah sehingga Daesh datang ketuk pintu kita. Berpolitiklah sehingga kelam kabut dasar luar kita dan keselamatan kita tergadai.

Isu dalaman, biar tinggal di dalam negara. International politics transcends local politics“. Utamakan kepentingan negara. Belajar untuk memahami rasional dasar luar negara.

*Jikalau anda rajin membaca, bolehlah rujuk artikel di bawah untuk memahami hedging:
(1) Kuik Cheng Chwee & Gilbert Rozman (2015). “Light Hedging or Heavy Hedging: Positioning between China and the United States”. Joint Korea-US Academic Studies 2015.
(2) Kuik Cheng Chwee (2008). “The Essence of Hedging: Malaysia and Singapore’s Response to a Rising China. ” Contemporary Southeast Asia.
(3) Cai Dexian (2013). “Hedging for Maximum Flexibility: Singapore’s Pragmatic Approach to Security Relations with the US and China”. Journal of the Singapore Armed Forces.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat