Tun Mahathir: Saya tidak pernah melihat kapal semewah ini


Tun Dr Mahathir mengulas tentang kemewahan kapal ini, yang belum pernah lagi dilihatnya selama hayatnya menjadi perdana menteri. Ini kerana, dalaman kapal tersebut tersangat mewah dengan dekorasi, hiasan dan senibina yang sangat unik.

Tidak hairanlah kapal semewah ini bernilai USD250 atau kira kira RM1 Billion.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tiba di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang untuk membuat tinjauan di atas kapal mewah Equanimity.

Mengiringi Dr Mahathir, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Selasa lepas, kapal tersebut selamat berlabuh di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang kira-kira jam 1 petang.

Kapal tersebut melakukan pelayaran kira-kira 20 jam selepas berlepas dari perairan Batam, Indonesia dengan diiringi sebuah Kapal Diraja (KD) Jebat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama tiga kapal pasukan Polis Marin iaitu PT2, PA45 dan PA9.

Kapal itu sebelum ini ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia berhubung siasatan oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.

Kerajaan Indonesia menyerahkan kapal berkenaan kepada kerajaan Malaysia atas permintaan Dr Mahathir semasa kunjungannya ke negara berkenaan Jun lalu.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat