Hari Pertama Dijaga Pengasuh, Bayi 3 Bulan Pergi Selamanya. Ibu Terpaksa Berlakon Kuat


Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya ingin memiliki cahaya mati bagi menghiasi dan menghiburkan hari-hari. Bukan itu sahaja, dengan adanya cahaya mati, pasangan suami isteri juga mempunyai keturunan sebagai penyambung generasi akan datang.

Namun begitu, tidak semua pasangan suami isteri yang berkahwin terus memiliki cahaya mata. Ada yang terpaksa menunggu bertahun lamanya dan terpaksa melakukan pelbagai cara bagi mendapatkan anak. Bagi mereka yang cepat dikurniakan anak, bersyukurlah dengan nikmat tersebut.

Walaupun kadang kala menjaga anak kecil ini tidak semudah kata-kata. Setelah 2 atau 3 bulan, jikalau para ibu bekerja, pastinya mereka perlu menghantar anaknya kepada pengasuh. Mungkin itu adalah saat yang paling sukar bagi ibu kerana perlu membiarkan anaknya tinggal bersama pengasuh.

Hari Pertama Dijaga Pengasuh, Bayi 3 Bulan Pergi Selamanya. Ibu Terpaksa Berlakon Kuat

Berkenaan dengan pengasuh dan anak kecil ini, terbaharu viral sebuah kisah yang amat mendukacitakan di mana sang ibu kehilangan bayi yang baru sahaja berusia 3 bulan ketika hari pertama di bawah jagaan pengasuh.

Sebelum dihantar kepada pengasuh, bayi kepada Fizah Mohd ini dalam keadaan sihat walafiat sahaja. Namun Fizah sekeluarga berasa sangat terkilan apabila bayinya, Afia Aisyah ditemui tidak sedarkan diri.

Tatkala mendapat berita mengejutkan itu, sebagai seorang ibu pastinya Fizah berasa teramat sedih. Bagaimana mungkin dia boleh menerima kenyataan bahawa anaknya yang dihantar kepada pengasuh pergi selamanya namun bukan saat berada di sampingnya.

1hb nov 2022 adalah hari terakhir mama dengan kamu.. sungguh indah senyumanmu disaat itu.. sangat berseri dan manis.. dan itulah senyuman yg paling membahagiakan dan terakhir kamu. tanpa sakit dia dijemput Ilahi dibawah jagaan pengasuh pada hari pertama.

Dikejutkan kamu tidak sedarkan dan bergegas pulang dan menyuruh pengasuh menelefon 999.. saat itu.. Hanya Allah mampu mengetahui perasaan mama.. dan saat itu mama terpaksa berlakon kuat dihadapan semua org.. namun rebah bila kamu dibawa ke hsptl.. cuba menahan seboleh mungkin semua perasaan sedih.. walaupun tahu kamu sudah tiada..

terima kasih Allah pinjamkan dia kepada kami.. cinta kami sampai kesyurga.. InshaAllah..

Ujian tanda Allah sayang.

Lemah longlai malah tubuhnya juga hampir rebah, terpaksa berlakon kuat di hadapan semua orang dan ketika saat menanti pakar forensik melakukan bedah siasat ke atas cahaya matanya.

Ujian tanda Allah sayang.. Itulah yang selalu dilafazkan disetiap detik agar aku terus bangkit.. walaupun redha dgn pemergiannya.. tapi setiap detik kerinduan menitiskan air mata…

video ni diambil semasa saya menunggu jenazah aisyah dibedah siasat..  ingin menangis tapi sudah kehabisan air mata utk mengungkapkan kesedihan.. bdn hampir terkulai rebah..

Fizah Mohd juga sempat mengimbau saat-saat akhir bersama puteri bongsunya itu. Senyuman Aisyah pada hari terakhir sungguh indah, berseri dan manis.

1hb nov 2022 adalah hari terakhir mama dengan kamu.. sungguh indah senyumanmu disaat itu.. sangat berseri dan manis.. dan itulah senyuman yg paling membahagiakan dan terakhir kamu. tanpa sakit dia dijemput Ilahi dibawah jagaan pengasuh pada hari pertama.

Dikejutkan kamu tidak sedarkan dan bergegas pulang dan menyuruh pengasuh menelefon 999.. saat itu.. Hanya Allah mampu mengetahui perasaan mama.. dan saat itu mama terpaksa berlakon kuat dihadapan semua org.. namun rebah bila kamu dibawa ke hsptl.. cuba menahan seboleh mungkin semua perasaan sedih.. walaupun tahu kamu sudah tiada..

terima kasih Allah pinjamkan dia kepada kami.. cinta kami sampai kesyurga.. InshaAllah..

pengasuh

Semoga Fizah diberikan kekuatan menerima ujian ini dengan tabah dan terbuka. InshaAllah, bayi kecil tersebut bakal menunggu ibunya di syurga kelak.

Sumber: Fizah Mohd

Baca juga: [VIDEO] Kantoi Curang, Suami Cekik & Pukul Isteri Dengan Kejam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat