Apple Lancar Pembukaan Semula Apple Store Yas Mall, Abu Dhabi


Baru-baru ini Apple telah lancarkan pembukaan semula Apple Store Yas Mall, Abu Dhabi. Tidak hanya diberi nafas baru dengan rekaan yang lebih mewah, outlet ini juga terletak di lokasi yang lebih strategik dan dua kali ganda lebih luas berbanding Apple Store terdahulu yang dibuka pada tahun 2015.

Mengambil inspirasi dari rekaan outlet di Mall of the Emirates, Dubai dan The Grove, Los Angeles, Apple Store di Yas Mall juga menerapkan rekaan berasaskan kayu dan kaca yang serba moden dan elegan.

Rekaan outlet yang dikelilingi dinding kaca lutsinar serta dua skylight menjadikan Apple Store Yas Mall cukup menyerlah dengan siraman cahaya semulajadi.

apple store yas mall

Apple Store Yas Mall Pamer Kepelbagaian Budaya

Lebih menarik lagi, 100 orang staff dari pelbagai kewarganegaraan dengan kemahiran bertutur dalam 33 bahasa turut dipilih.

Selain untuk penuhi keperluan pelanggan dari serata dunia, langkah ini juga membuktikan sifat keterbukaan Apple dalam meraikan kepelbagaian budaya di kalangan kakitangan.

Today At Apple

Apple Store juga telah menjadi sebahagian daripada imej dan budaya syarikat Apple yang cukup ikonik.

Seperti kebanyakan Apple Store lain di serata dunia, outlet ini turut menawarkan rangkaian produk Apple yang ada di pasaran Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta program trade-in dan sokongan teknikal buat pelanggan.

Bagi mengembangkan lagi fungsi serta potensinya, Apple Store baharu di Yas Mall juga turut dijadikan lokasi bagi program pembelajaran kemahiran percuma yang dinamakan ‘Today at Apple’.

Antara program yang ditawarkan di Today at Apple ialah pembelajaran fotografi, muzik, coding dan seni dengan penggunaan rangkaian peranti Apple.

Bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran, outlet ini turut dilengkapi dengan ruang forum serta ‘video wall’ yang dilengkapi dengan teknologi Apple.

Secara tidak langsung, ini menjadikan Apple Store Yas Mall sebagai pusat perkumpulan untuk komuniti dari pelbagai usia.

apple store yas mall

Kredit Foto : apple.com

Apple Jenama Kukuh Di UAE

Apple Store asal yang terletak di Yas Mall serta di Mall of the Emirates juga merupakan cawangan pertama di Timur Tengah dan telah menerima kira-kira 30 juta pelanggan sehingga ke hari ini.

Sejak ia mula bertapak di rantau Timur Tengah kira-kira 10 tahun lepas, Apple terus komited dalam menawarkan perkhidmatan terbaik buat pengguna tempatan.

Ini termasuklah  penyediaan software serta aplikasi termasuklah App Store yang direka khas dalam Bahasa Arab dan kandungan khusus Bahasa Arab di Apple Music mengikut trend terkini.

Bermula dari outlet terawal yang dibuka di Virginia dan California pada tahun 2001, Apple telah melebarkan sayap dan berjaya menjangkau sehingga 516 outlet di sekitar 25 buah negara.

Berpangkalan di Cupertino, California, Apple merupakan antara syarikat yang membawa jenama yang cukup gah dan terkenal di serata dunia dengan permodalan pasaran terkini mencecah $2.87 trillion.

Ini menjadikan Apple salah satu daripada tiga syarikat yang berjaya melepasi nilai permodalan pasaran $2 trillion sejajar dengan Microsoft dan Saudi Aramco.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat