Bantah Hapus Kereta Lama


Saya ada kereta. Kereta saya buatan tempatan. Kereta saya sudah berusia 13 tahun. Saya sayang kereta saya. Dari awal mula saya memiliki kereta ini saya selalu menjaga “maintenance” kereta saya. Sepanjang 13 tahun saya menggunakan kereta ini jarang ada masalah besar.

 

images

 

Sebentar tadi saya menonton berita buletin utama tv3. Diberitakan satu syarikat utama pengeluar kenderaan jenama tempatan mengeluarkan arahan untuk menarik semula sebanyak 100,000 unit kenderaan dari 3 jenama model terbaru kerana menurut mereka ada masalah teknikal.

Sepanjang pengetahuan saya kenderaan tersebut adalah kenderaan baru. Berbanding dengan jenama kereta saya sudah memasuki 13 tahun tiada pula masalah teknikal. Kenapakah model kenderaan terbaru ini ada masalah maka kenderaan lama yang dijadikan alasan untuk dilupuskan.

Sebelum ini di war-warkan kenderaan lama menjadi punca kemalangan jalanraya. Wahai para pembuat agenda. Di manakah statistik perband

ingan kemalangan kenderaan lama dan baru. Janganlah terlalu tunduk kepada kehendak kapitalis untuk melariskan jualan kenderaan baru mereka.

Satu ingatan kami kepada anda. Seandainya anda memberi alasan kenderaan lama perlu dilupuskan atas faktor keselamatan. Kami juga ingin menyatakan perkara ini. “KERAJAAN YANG LAMA JUGA PERLU DI LUPUSKAN KERANA IA TERNYATA MEMUDARATKAN ORANG RAMAI”

Arab maklong

‪#‎WajibShare‬

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat