Tonsil: Adakah Perlu Dibedah Jika Mempunyai Jangkitan Tonsil


Tonsil merupakan gumpalan tisu limfoid yang terdapat di bahagian tekak anda. Setiap manusia mempunyai dua biji tonsil pada kiri dan kanan tekak. Tonsil berbentuk bujur dan terletak di sisi dinding tekak di antara tiang anterior dan tiang posterior.

Saiz tonsil dikatakan lebih besar dan panjang daripada apa yang dilihat melalui mulut kerana ianya memanjang ke arah lelangit dan memanjang ke arah pangkal lidah serta memanjang ke arah lengkung palatoglosal di sisi.
Tonsil bertindak sebagai sistem pertahanan badan dalam melindungi badan daripada jangitan kuman atau bakteria.

Fungsi tonsil

  • Membangunkan sistem keimunan dan antibodi badan (di peringkat awal usia).
  • Melindungi saluran pernafasan dengan mengawal pintu laluan udara pernafasan.
  • Membentuk sel limfosit dan plasma untuk pertahanan badan.
  • Memantau dan memberi amaran kepada badan akan jangkitan bakteria yang masuk melalui udara dan makanan.

Jenis-jenis tonsil

  1. Adenoid – Tonsil di belakang pangkal hidung
  2. Lingual Tonsil – Tonsil di pangkal lidah
  3. Palatine Tonsil – Tonsil di bahagian tengah mulut

Kesemua ini dikenali sebagai Lingkaran Weldeyer.

Punca radang tonsil

  • Kebiasaannya dialami oleh kanak-kanak yang bersekolah dan berusia 2 tahun keatas
  • Kebanyakkan tonsilitis disebabkan oleh jangkitan kuman dan virus (Herpes Simplex Virus (HSV), Adenovirus, Epstein-Barr virus (EBV), Cytomegalovirus(CMV) dan virus campak).
  • Kuman Bakteria pula menyebabkan 15 hingga 30% jangkitan tonsillitis. Bakteria yang paling kerap adalah Group A Beta-Hemolytic Streptococcus (GABHS)

Gejala yang disebabkan oleh GABHS:

  • Demam > 38’C lebih pada 3 hari.
  • Tonsil bengkak, merah dan bernanah.
  • Pembekakan kalenjar limfa di leher.
  • Sakit untuk makan.
  • Mulut berbau.
  • sakit tekak
  • sukar untuk menelan
  • Sakit telinga  – disebabkan oleh “referred pain”
  • sakit kepala

Klasifikasi Tonsil

  • “Catarrhal Tonsillitis” akut atau “Superficial Tonsillitis” akut – kemerahan pada permukaan tonsil sahaja akibat daripada sakit tekak umum (pharyngitis). Kebanyakkannya disebabkan oleh jangkitan kuman virus.

  • “Follicular Tonsilitis” akut – bintik-bintik kuning nanah di atas permukaan tonsil disebabkan jangkitan merebak ke dalam kripta (rongga kecil dan halus di permukaan tonsil).
  • “Parenchymatous Tonsilitis” akut – keseluruhan tonsil terjejas, membengkak dan merah.
  • “Membranous Tonsilitis” akut – pembentukan membran/lapisan putih pada keseluruhan permukaan tonsil.

Indikasi pembedahan tonsil

indikasi pembedahan tonsil terbahagi kepada dua(2) iaitu:

1. Indikasi Mutlak

  • Tonsilitis berulang sekurang-kurangnya 7 kali setahun atau 5 kali dalam masa dua tahun
  • Peritonsilar bernanah sekurang kurangnya 1 kali
  • Sekatan pada salran pernafasan dan proses menelan
  • Tonsil Bengkak sebelah sahaja
  • Sawan panas disebabkan tonsiltis

2. Indikasi relatif

  • Pembawaan kuman “Difteria” tidak sembuah dengan antibiotik
  • Demam rheumatic dan syndrome nefrotik akut
  • Nafas berbau disebabkan nanah tonsil
  • Sebahagian daripada pembedahan lain, palatofaringoplasty
  • “Eagle Syndrome”– Pemanjangan tulang styloid

Tidak semua jangkitan tonsil perlu berakhir di atas katil bedah dan memerlukan antibiotik. anda boleh mengamalkan rawatan lain yang boleh mengecilkan saiz tonsil.

Rawatan Sokongan

  • Berehat secukupnya
  • Banyakkan minum air masak
  • Mengambil makanan yang sihat
  • Melegakan kesakitan
  • Meredakan demam

Tonsillitis adalah radang pada tonsil yang disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Gejala tonsillitis termasuk sakit tekak. Tonsillitis yang disebabkan oleh virus sembuh dengan sendirinya, manakala tonsillitis yang disebabkan oleh bakteria boleh dirawat dengan antibiotik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat