JIBAM : Hanya 13 Orang Penonton! Filem Hebat Adaptasi Karya Ujang Tidak Dihargai?


Filem ini dijangka bukan sahaja mampu mengisi kemarau filem-filem Melayu bahkan ia akan menaikkan martabat filem Melayu dan mampu bersaing di festival filem antarabangsa.

Jibam The Movie merupakan filem sulung terbitan Jajja Production Sdn. Bhd. yang diadaptasikan daripada novel terlaris terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB) oleh kartunis Ujang atau nama sebenar beliau Ibrahim Anon.

Dengan memberikan hak kepada Jajja Production untuk menerbitkan filem tersebut, CESB secara tidak lansung membenarkan generasi baru untuk kembali mengenali kartunis Ujang sebagai sorang lagenda yang pernah menggegar dunia kartun tanahair sekitar tahun 80-an dengan siri Aku Budak Minang dan pada tahun 90-an dengan siri animasi Usop Sontorian serta Majalah Ujang yang masih bertahan sehingga ke hari ini.

Filem tersebut juga di jangka akan menghidangkan suatu kelainan jika dibandingkan dengan filem-filem yang pernah diterbitkan sebelum ini, dengan memberi penekanan pada konsep asal novel Jibam iaitu kemanusian, kasih sayang dan semangat perpaduan. Jibam juga merupakan novel ke empat di Malaysia yang telah diangkat ke layar perak dan dijangka akan meletakkan kembali nama Ujang sebagai kartunis terhebat dalam sejarah kartun Malaysia selepas Dato’ Lat.

KONSEP FILEM JIBAM :

  1. Latar dan budaya cerita masyarakat Melayu.
  2. Jiwa dan semangat Melayu dalam kontek sosiobudaya masyarakat kampung sekitar awal tahun 70an.
  3. Penekanan tertumpu pada kehidupan seorang kanak-kanak kurang upaya (terencat akal) berserta dilema sistem kekeluargaan yang serba kekurangan.
  4. Kezaliman dalam mengejar harta dunia.

PENONJOLAN ISU

  1. Semangat muafakat dalam meneroka sebuah perkampungan baru di pinggir hutan sekitar awal tahun 70an.
  2. Semangat setiakawan dan kerjasama masyarakat kampung Melayu.
  3. Suka duka kehidupan anak yatim yang terencat akal.
  4. Keistimewaan dan kebolehan luar biasa kanak-kanak tersebut.
  5. Ketabahan seorang ibu tunggal dalam membesar seorang anak yang terencat akal berserta kerenah dua orang lagi anak remaja yang tidak sehaluan.
  6. Penipuan dalam pengambilan dan penjualan tanah yang diterokai.
  7. Sifat kaum Melayu yang mudah dipujuk.
  8. Sifat hasad dengki dan tamak haloba yang akhirnya memakan diri sendiri.
  9. Penonjolan budaya Melayu dari segi pakaian, adat resam, agama, permainan tradisional, pergaulan dan lain-lain.

 OBJEKTIF

  1. Mengisi kemarau filem Melayu di mana kita sudah lama tidak dihidangkan dengan cerita masyarakat kampung
  2. Memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak mezalimi orang-orang kurang upaya.
  3. Melahirkan sebuah filem yang tiada kaitan langsung dengan unsur-unsur glamour dan budaya barat.
  4. mengetengahkan nilai-nilai budaya Melayu yang sebenar bagi tontonan semua lapisan masyarakat.
  5. Turut bersaing dalam festival filem antarabangsa dalam mengangkat martabat filem Melayu di mata dunia.

PENONTON DAN KUMPULAN SASAR

  1. Anak-anak yatim dan golongan orang-orang kurang upaya dalam tayangan amal dan tayangan perdana.
  2. Kanak-kanak dan remaja dalam linkungan umur 7-18 tahun.
  3. Belia-belia dalam linkungan umur 18-45 tahun di mana sebahagian daripada mereka yang pernah membaca novel ini 15 tahun lalu.
  4. Ibu-bapa yang mengiringi anak-anak ke pawagam.
  5. Peminat-peminat filem Melayu yang dahagakan sebuah cerita bercorak tradisional (elemen seni budaya Melayu).
  6. peminat-peminat Ujang sendiri yang dianggarkan seramai 1 juta orang sejak dari mula beliau berkarya.

RUMUSAN

  1. Filem ini boleh dijadikan landasan dalam menonjolkan satu bentuk sinergi di antara pihak kerajaan dengan masyarakat majmuk.
  2. Menjana senario kehidupan yang aktif dan pro-aktif dalam konteks pembangunan kehidupan kekeluargaan.
  3. Ketahanan institusi keluarga dengan ikatan kekeluargaan yang memperkukuhkan nilai budi, kasih sayang, hormat menghormati dan bertanggungjawab.
  4. Pembentukan semangat kerjasama yang boleh memaparkan identiti bangsa Malaysia.
  5. Melibatkan peranan NGO di dalam membantu kalangan ‘OKU’.
  6. ketabahan hati seorang ibu tunggal yang boleh dicontohi oleh kaum wanita.

WAWASAN

Cetusan filem ini adalah untuk digemari dan didokong oleh semua lapisan masyarakat supaya bersama-sama di dalam arus menuju ke arah matlamat meningkatkan martabat filem-filem Melayu.

HANYA 13 ORANG PENONTON! 

“Sepanjang roadtour….paling menyodihkan di seremban 2….hanyo ado 13 orang penonton.yang 3 orang tu termasuk den,pengarah Che Mie dan apis

*Nampak gayo lopeh ni balik ko hutan yo lah den…..selopeh den unfren sumo oghang nismilan kecuali ekau”

ROADTOUR JIBAM DI AMAN CENTRAL,ALOR SETAR

Dua hari lagi filem JIBAM akan di hentikan tayangan dari pawagam seluruh Malaysia. Kerajaan zimbabwe tak dapat nak tolong….Finas tak dapat nak tolong….kami hanya memohon bantuan Allah agar mesej-mesej Jibam ini dapat di sampaikan pada khalayak ramai.

 

KOMEN PENONTON 

Kadang-kadang saya naik pelik bila orang kata filem melayu sampah. Mungkin sebahagian, ya. Tapi pada saya, banyak je filem-filem melayu yang bagus dan layak untuk diberikan pujian.

Salah satunya ialah filem Jibam.

Filem Jibam ini mengisahkan kisah sebuah keluarga yang dianugerahkan oleh Allah dengan anak yang sangat istimewa, seorang anak austisme, Asyraf atau Jibam.

Tetapi filem ini bukan just sebuah filem yang difokuskan kepada ibu bapa yang mempunyai anak autistik sahaja. Tetapi pada saya ia adalah sebuah filem untuk kita semua.

Pengarah filem, Saudara Che Mie berjaya mengadun filem ini secukupnya. Ada elemen lucu, ada elemen sedih menjadikan filem ini cukup perisa sebagai sebuah filem kekeluargaan yang menarik untuk ditonton.

Kredit kepada pengarah filem dan Ujang kerana berjaya membawa pemikiran dalam ‘content’ filem ini dan tahu apa yang perlu disampaikan kepada khalayak terutamanya untuk memberi pengajaran dan memperbetulkan persepsi buruk kepada anak-anak istimewa ini.

Kita dihiburkan dengan telatah lucu Tok Ngah Sudin melayan karenah Jibam. Situasi-situasi memukul Jibam walaupun agak sedih tetapi dalam masa yang sama ia menjadi momen yang lucu kerana keletah Jibam. Begitu juga keluarga Jibam yang begitu menyayanginya walaupun hidup serba kekurangan.

Pada saya antara ciri sebuah filem yang baik ialah filem yang menggambarkan realiti masyarakat kita sekarang kerana filem secara asasnya adalah cerminan masyarakat.

Filem ini bercerita tentang sosio-ekonomi masyarakat yang rata-ratanya masih lagi dibelenggu oleh kemiskinan. Ia bercerita tentang sebuah keluarga yang hidup di bawah paras kemiskinan di sebuah kampung yang terpinggir. Tiada dialog bisnes juta-juta, rumah besar, kereta mewah dan scene duduk di restoran mahal order fresh orange dalam filem ini.

Banyak subteks dan nilai ambiguiti yang boleh kita ambil sebagai pengajaran apabila menonton filem ini.

Pada asasnya filem Jibam ini bercerita tentang tema kemanusian, pengkhianatan, kasih sayang, kekeluargaan dan semangat perpaduan antara masyarakat.

Sikap mementingkan diri sendiri dan tamak adalah antara nilaian yang cuba disampaikan melalui filem ini. Contohnya scene Tok Ngah Sudin yang sanggup membunuh Suman walaupun sebelum itu Suman telah menyelamatkan nyawanya, hanya kerana mahu harta Suman. Dan bijaknya filem ini ialah Tok Ngah Sudin sepanjang masa dihantui bayangan dosanya(walaupun dia cuba melawan) dan hanya menerima balasan setimpal pada penutup filem ini.

Bukan itu sahaja, filem Jibam juga memaparkan isu masyarakat kampung yang percaya kepada tahyul dan mistik. Sampaikan Tok Lebai(orang agama) pun join sekaki buat ritual bomoh. Ini kritikan sosial pengarah supaya jangan mempercayai budaya karut-marut yang wujud dalam masyarakat.

Dalam pada masa yang sama, ia juga bercerita tentang penjajahan budaya dan ekonomi penjajah asing(isu orang paksa jual tanah), sikap ‘opportunist’ sebahagian masyarakat(isu Tok Ngah Sudin yang tamak) dan beberapa lagi isu jika kita fikirkan secara lebih mendalam.

Saya tidak mahu menghurai dengan lebih lanjut kerana saya mahu kalian tonton dan ‘menerokai’ filem ini sendiri.

Walaubagaimanapun pada saya, plot filem Jibam ini sedikit longgar tetapi ia diselamatkan oleh kehebatan pelakon-pelakon dalam filem ini. Pelakon-pelakon ‘versatile’ seperti Bukhari(watak Tok Ngah Sudin), Kaza, Zaidi Umar, A. Galak, Syafiq Naswif, Farah Tombiruo, Farouk Gagak Hitam menjadikan filem seronok untuk ditonton. Cuma watak anak Tok Ngah Sudin, Mia seorang ‘filler’ yang tak berapa membantu.

Persembahan adik Buntat sebagai Jibam juga tidak mengecewakan walaupun saya dimaklumkan ini adalah filem pertama beliau. Kredit buat pengarah kerana berjaya membuat adik Buntat menjiwai watak Jibam dengan baik sekali.

Sinematografi filem ini juga sangat cantik. Hasil kerja Indra Che Muda sewajarnya diberikan pujian. Indra berjaya membawa suasana kampung dalam hutan kepada filem Jibam ini. Dan, prop kampung yang terpinggir juga membantu dalam menghidupkan penceritaan filem ini. Saya difahamkan pengarah dan krew berjalan satu Malaysia untuk mencari kawasan paling sesuai untuk prop rumah Jibam dan kedai yang dibina khas untuk filem ini.

Kekuatan utama filem ini pastinya ialah kerana ia adalah adaptasi daripada karya Ujang. Ramai daripada kita pastinya membesar dengan jenama Ujang. Kita pasti pernah bergelak membaca komik karya Ujang dan novel Jibam ini bolehlah kita kira sebagai adikarya Ujang. Punyalah hebat penangan novel ini kerana 100,000 ribu unit telah terjual sepanjang cetakannya.

Diakhirnya, walaupun filem ini bukanlah sebuah filem yang sempurna tetapi ia adalah sebuah karya berkisarkan kekeluargaan yang seronok untuk ditonton. So, apa kata marilah kita sama-sama support filem ini.

 

Sumber :

  1. Ruslie Sophian ialah Penulis Skrip Jibam The Movie
  2. Ibrahim Ujang Anon
  3. Muhammad Yusof
Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat