10 Perkara yang Wajib Tahu Ketika Memilih Tadika Sebelum Menghantar Anak-Anak
10 Perkara yang Wajib Tahu Ketika Memilih Tadika
Tadika merupakan tempat permulaan bagi anak-anak untuk memulakan proses pembelajaran. Ini merupakan langkah awal bagi ibu bapa dalam mencorakkan kehidupun anak-anak yang tersayang. Bermula di tadika lah anak kita belajar untuk mengenal huruf, belajar untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan mengenal dunia yang penuh dengan kegembiraan zaman kanak-kanak.
Sebagai ibu bapa, kita semestinya mahukan pendidikan yang terbaik buat anak-anak kita. Hal ini sangat penting kerana melalui pendidikan, mereka akan didedahkan dengan pelbagai benda baru sepanjang mereka dalam proses membesar. Oleh itu kita hendaklah memandang serius dalam pemilihan pusat pendidikan untuk anak-anak kita.
Namun demikian, pada masa kini terlalu banyak tadika yang terlibat dengan kes penderaan. Terdapat guru-guru yang mengajar melakukan penderaan terhadap kanak-kanak. Hal ini menambahkan lagi kebimbangan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke tadika.
Oleh yang demikian ibu bapa haruslah bijak dalam mengambil tahu tentang persekolahan anak-anak seharian. Sewajibnya kenalpasti terlebih dahulu tadika yang akan mereka hantar anak-anak mereka. Disini kami akan kongsikan dengan anda semua sedikit tips dalam menentukan dan memilih tadika yang terbaik untuk anak-anak anda semua. Semoga tips ini bermanfaat untuk anda semua.
Berikut adalah 10 perkara wajib tahu ketika memilih tadika untuk anak kita belajar dan membesar:
- Tadika yang mempunyai rekod kejayaan yang hebat.
- Silibus pembelajaran di tadika yang diiktiraf dan terbaik!
- Kawasan tadika yang bersih.
- Lokasi tadika yang dekat dengan rumah/ dalam perjalanan ibubapa ke tempat kerja.
- Faktor Keselamatan anak-anak yang dijadikan keutamaan.
- Pendekatan pengajaran yang cekap (Cara guru yang terlatih dan berpengalaman mengajar).
- Suasana tadika yang membuatkan anak-anak rasa selesa untuk belajar.
- Guru yang disenangi murid dan berkeperibadian mulia (buat anak rasa tak sabar nak pergi tadika).
- Tadika yang menitikberatkan pendekatan islamik.
- Teknik mengajar yang “friendly” dan berjaya memudahkan anak-anak faham ketika belajar.
Sekarang ini boleh dikatakan agak sukar untuk kita cari tadika yang betul-betul kena dengan apa yang kita mahukan bagi menghantar permata-permata kita belajar. Memang lumrah yang biasa jika ibu bapa amat menitik beratkan dimana sepatutnya anak-anak kecil mereka ini mula belajar.
Seboleh-bolehnya kita hantarlah anak-anak ke tadika yang berdaftar secara sah dengan kementerian bagi mengelakkan segala perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Walaupun yuran sedikit mahal, tetapi keselamatan anak-anak adalah yang harus utamakan.