Mana-Mana Lelaki Takde Janggut tu, Sila Baca nie ! Jangan Marah Pulak Yer..


Memang macho apabila lelaki berjambang. Tambah pula kajian saintifik banyak menemui manfaat kesihatan disebalik menyimpan simbol kelelakian itu. Namun, antara kritikan yang sering diterima oleh lelaki apabila menyimpan jambang atau janggut ialah nampak kusut, serabut, tidak terurus, tidak ada duit hendak beli alat pencukur, macam pak Arab, mat Pakistan, nampak alim dan bermacam-macam lagi. Tetapi, untuk lelaki yang menyimpan janggut ada kebaikan dan kelebihannya tersendiri.

Sebuah kajian dari University of Southern Queensland, Australia yang diterbitkan dalam Jurnal Radiation Protection Dosimetry, menunjukkan bahawa janggut atau jambang mampu memberi perlindungan sebanyak 90 hingga 95 peratus pada wajah daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan kanser kulit.

Hasil kajian itu diperolehi selepas para penyelidik melakukan eksperimen menggunakan teknik dosimetri, iaitu mengukur jumlah penyerapan cahaya matahari dalam masa ditetapkan.

Hasil keputusan menunjukkan, bahagian muka yang dilindungi oleh rerambut, baik janggut, misai mahupun jambang didapati kurang terdedah kepada sinaran UV berbahaya berbanding dengan kawasan tidak berbulu. Oleh itu, semakin tebal dan panjang janggut, ia semakin baik kepada penyimpannya.

Dan jangan tidak tahu, kelebatan janggut sangat bermanfaat dalam mengekalkan kelembapan wajah lelaki.

jan2

Menurut seorang pakar dermatologi dari London, Dr. Nick Lowe, lelaki dengan imej berjanggut dan berjambang tidak perlu khuatir tentang kulit kering. Ini kerana dibahagian kulit berbulu terdapat kalenjer sebaceous, yang fungsinya merembeskan bahan berminyak, dikenali sebagai sebum.

Kehadiran sebum mampu memberi kelembapan muka sepanjang hari, seterusnya dapat memanjangkan sel-sel kulit supaya tidak cepat tua.

Manfaat memelihara janggut rupanya bukan sekadar tertumpu pada luaran kulit tetapi turut mempengaruhi kesihatan dalaman lelaki.

Fakta ini turut diakui oleh pakar perunding pernafasan di Klinik London, Dr. Felix Chua. Menurutnya, rerambut boleh bertindak sebagai penapis dan menghentikan habuk daripada memasuki saluran pernafasan. Dengan itu, gejala asma dapat dikurangkan dikalangan lelaki berjanggut.

Satu lagi penemuan saintifik yang sangat luar biasa mengenai kebaikan janggut ialah, ia berupaya meningkatkan kesuburan lelaki.

Daripada kajian saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat, berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron.

Dengan janggut ini juga, ia bukan sahaja boleh meningkatkan kesuburan lelaki, malah mampu merangsang dan menstabilkan kitaran haid dan menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

jan3

Bagaimana pula caranya? Hanya menerusi sentuhan dengan isteri anda!

Jadi, bagi mereka yang belum dikurniakan anak kerana ada masalah kesuburan misalnya, adalah sangat digalakkan para isteri membelai dan menyentuh janggut atau jambang suami dengan penuh kasih sayang.

Kajian terhadap janggut ini menyerlahkan lagi bukti saintifik tentang sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW sejak 1,400 tahun dahulu.

Ajaran itu dijelaskan dalam satu hadis sahih dari Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi bersabda, “Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Musyrikin; kerana itu peliharalah janggut dan potonglah misai.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

jan1

Berdasarkan hadis ini, jelaslah menyimpan dan memelihara janggut merupakan amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh semua nabi dan para sahabat terdahulu.

Saranan Nabi ini bertujuan supaya umatnya tidak sama dalam beberapa hal dengan orang musyrikin dan ahli kitab, yahudi serta nasrani.

Dengan imej sedemikian juga, ia jelas dapat membezakan antara lelaki dan wanita kerana Islam melarang kaum Adam menyerupai kaum Hawa, begitu juga sebaliknya.

Jadi, jangan malu dikatakan tidak kacak atau tua daripada usia dengan imej berjanggut. Serlahkan simbol kelelakian anda. Disamping nampak segak bergaya, anda telah melaksanakan sunnah Nabi.

Jangan perleceh dan mengejek mereka yang sedang menunaikan perintah Allah dan Rasul.

Anda bila lagi?

img-20150714-wa0015

kan macho nampak tu bila ada janggut dengan jambang *gambar hiasan*

 

Tonton video dibawah:

Satu komen untuk “Mana-Mana Lelaki Takde Janggut tu, Sila Baca nie ! Jangan Marah Pulak Yer..”

  1. Fares arsyad says:

    Hye assalamualaikum maaf ganggu nk tanya, soal misai pula adakah kita perlu simpan atau cukur??,pada saya saya suka bela sbb nmpk macho.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat