6 Cara Untuk Menjaga Kuali Non-Stick Daripada Tercalar Yang Wajib Para Ibu Ketahui


Sememangnya tidak dinafikan bahawa kuali memang menjadi kegemaran bagi kaum-kaum ibu terutamanya dan juga kaum lelaki yang kaki masak kat luar sana. Kuali non-stick atau anti lekap merupakan pilih yang utama kerana banyak memudahkan kita untuk memasak. Macam mana tak sayang kan, harga sebiji pun boleh tahan lebih0lebih lagi kalau yang import tu. Pergh…memang mahal lah setanding dengan kualitinya.

Tapi, dalam ia memudahkan kita untuk memasak, korang tahu tak ada keburukan nya jugak bila menggunakan kuali non-stick yang sudah tercalar? Menurut kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, bahan kimia yang dikenali sebagaiĀ perflouroalkil (PFAS) yang digunakan didalam pembuatan kuali non-stick ini pernah dikaitkan dengan kanser, gangguan hormon, gangguan sistem imun, paras kolestrol tinggi dan obesiti.

Bahan kimia yang digunakan untuk dijadikan saduran atau lapisan kuali non-stick boleh merangsang peningkatan berat badan dan juga menyebabkan gangguan metabolisme.

Bagaimana Cara Penjagaan Kuali Daripada Tercalar?

Banyak cara yang boleh digunakan oleh golongan ibu-ibu atau lelaki kat laur sana yang suka memasak untuk menjaga atau mengelakkan kuali mudah tercalar.

Marilah sama-sama kita ikuti beberapa tips yang dikongsikan seperti dibawah.

1. Jangan Biarkan Kuali Kosong Terlalu Panas

Elakkan daripada memanaskan kuali diatas api sehingga ia mengeluarkan asap barulah kita masukkan minyak atau bahan-bahan untuk memasak. Ini kerana, apabila kuali terlalu panas, ia akan mengeluarkan gas yang berbahaya untuk kesihatan.

Rekahan pada saduran akan terjadi akibat tahap kepanasan yang terlampau tinggi. Rekahan ini akan akan mengeluarkan molekul-molekul yang berbahaya kepada kesihatan. Gas ini bercampur dengan bahan kimia yang digunakan sebagai saduran pada kuali yang akan menghasilkan gas bertoksin.

2. Jangan Menggunakan Api Terlalu Besar

Mesti ada yang akan cakap, lambat lah masak kalau gunakan api sederhana. Tapi korang kena tahu tau, kalau korang menggunakan api yang besar, lapisan non-stick akan mudah rosak.

Suhu yang menjadi cadangan sekiranya menggunakan kuali ini adalah dibawah 500c. Selain memastikan saduran non-stick tidak rosak, ia juga dapat menjamin kuali anda tahan lebih lama.

3. Jangan Keringkan Air Di Dalam Kuali

Kuali Non-Stick

Mungkin ada antara korang yang akan tersalah anggap. Habis tu macam mana nak simpan kalau tak boleh keringkan air kan? Maksudnya disini ialah, jangan biarkan air didalam kuali tu kering semasa memanaskan kuali.

Tetapi korang harus menggunakan tisu masakan atau tuala bersih untuk mengeringkan air didalam kuali sebelum dipanaskan.

4. Jangan Menggunakan Peralatan Logam

Pantang larang yang paling utama bagi kuali ini ialah, peralatan logam. Elakkan menggunakan peralatan logam untuk menggunakan kuali ini.

Gunakan senduk atau alatan yang diperbuat daripada kayu atau plastik tahan panas semasa menggoreng atau masak didalam kuali ini. Ini kerana peralatan logam mampu meninggalkan kesan calar pada kuali akibat bergesel semasa digunakan.

Bila lapisan non-stick dah rosak akibat bergesal, sudah semestinya lah masakan anda juga akan melekat pada kuali tersebut.

5. Gunakan Span Yang Lembut

Kuali

Semasa mencuci kuali ini, jangan menggunakan dawai besi atau benda yang keras dan tajam. Tetapi gunakan span yang lembut sahaja untuk mencucinya. Mesti ada yang cakap nanti tak hilang kerak-kerak dia.

Jangan risau kan kuali ini sudah dilapisi oleh non-stick. InsyaAllah tak ada yang lekatnya. Sebagai tips tambahan, kalau nak lebih penjagaan terhadap kuali ini, jangan terus cci selepas digunakan. Biarkan kuali ini sejuk terlebih dahulu.

Sekiranya ada kerak yang melekat, jangan sental menggunakan berus besi, tapi masukkan air kedalam kuali dan panaskan. InsyaAllah kerak yang lekat tu akan tertanggal sendiri daripada kuali.

6. Jangan Susun Berlapis

Elakkan daripada menyusun secara berlapis untuk disimpan. Sebaiknya gantungkan kuali ini supaya tidak merosakkan lapisan non-stick. Sekiranya tidak mempunyai ruang yang sesuai untuk digantungkan, letakkan satu lapisan kain atau kotak diantara kuali supaya risiko tercalar dapat dikurangkan.

Mungkin tips yang kami kongsi agak simple, tapi ia mampu memberikan kesan yang besar kepada korang semua. Semoga dengan ada nya tips ini dapat membantu korang semua mengetahu tips dan cara menggunakan kuali ini dengan betul. Disamping itu ia dapat memastikan keluarga anda mendapatkan makanan yang kurang kandungan PFAS yang berbahaya kepada kesihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat