3 Perkara Yang Penting Ketika Dalam Bulan Ramadhan – Daily Rakyat

3 Perkara Yang Penting Ketika Dalam Bulan Ramadhan


Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi peluang untuk masuk ke bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan pada umat Nabi Muhammad S.A.W.

1. SENTIASA PERBAHARUI TAUBAT

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (QS. An-Nur: 31).

Jagalah hubungan kita dengan Allah. Kalau selama ini bisnes kita tak naik-naik, bisnes kita jatuh, bisnes statik tak bergerak, ingatlah Allah sebab Allah nak kita kembali bermesra denganNya.

Banyakkan beristighfar, memuji, berzikir dan memohon doa daripadaNya. Kita ni hamba, tidak ada satu pun milik kita secara mutlak. Semuanya pinjaman termasuklah rezeki kita.

InsyaAllah, makin banyak kita bertaubat, nescaya Allah akan berikan ganjaran yang setimpal di dunia dan akhirat. Mana tahu dalam bentuk rezeki bisnes meroket ke.. Tak kisahlah apa ganjaran sekalipun, sentiasalah bertaubat sebab dosa kita sangat banyak, kita pun kadang-kadang buat dosa secara tak sengaja.

2. BANYAKKAN IBADAH

Ganjaran setiap ibadah dan amalan adalah berlipat kali ganda ganjarannya. Janganlah sombong dengan Allah, janganlah berlagak seolah dah banyak ibadah yang dilakukan sebelum ni. Sebaliknya tambahkan lagi ibadah untuk bersihkan diri, jiwa dan tundukkan nafsu supaya kita boleh menarik rezeki dan rahmat kasih sayang Allah.

Ambillah iktibar dari seorang abid (ahli ibadah) yang beribadah berpuluh tahun tanpa henti, tapi apabila ditimbang amalannya hanyalah seberat sebelah biji mata. Tapi tetap masuk syurga disebabkan Rahmat Allah S.W.T.

3. TERUSKAN MENUNTUT ILMU

Maka bertanyalah pada orang-orang yang berilmu jika kalian tidak mengetahui.” (QS Al Anbiya : 21)

Bulan Ramadhan, sangat sesuai untuk kita menuntut ilmu yang dapat memberi manfaat pada diri dan orang lain. Banyakkan baca al-Quran dan fahami tafsir al-Quran.

Rajin-rajinkan diri hadir kuliah-kuliah ilmu dan kelas-kelas ilmu yang boleh jadikan kita lebih bernilai dan boleh transfer nilai-nilai baik pada orang lain.

Sebarkan Artikel Ini
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat