Yang di-Pertuan Agong Malaysia

Sumber Rujukan : wikipedia

Yang di-Pertuan Agong atau lebih dikenali sebagai Raja Malaysia adalah gelaran rasmi bagi Ketua Negara Malaysia.

 

Senarai Yang di-Pertuan Agong

1) Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad

Diputerakan pada 24 Ogos 1895 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Agong Malaysia pertama. Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.

Raja Permaisuri Agong: Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Tuanku Besar Burhanuddin

 

2) Sultan Hishamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah

Diputerakan pada 13 Mei 1898 di Istana Bandar Temasha, Selangor. Merupakan Sultan Selangor yang ke-5 dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-2. Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuang Agong dari 14 April 1960 sehingga kemangkatannya pada 1 September 1960.

Raja Permaisuri Agong: Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad

 

3) Tuanku Syed Harun Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail

Diputerakan pada 25 November 1920 di Arau, Perlis. Merupakan Raja Perlis dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-3. Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuang Agong dari 21 September 1960 sehingga 20 September 1965. Baginda mangkat pada 16 April 2000 di Institut Jantung Negara(IJN), Kuala Lumpur.

Raja Permaisuri Agong: Tengku Budriah binti Tengku Ismail

 

4) Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Haji Zainal Abidin III Mu’azzam Shah

Diputerakan pada 20 September 1979 di Istana Badariah, Terengganu. Merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-4 dari Negeri Terengganu. Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 21 September 1965 sehingga 20 September 1970. Baginda mangkat pada 20 September 1972 ketika berusia 72 tahun.

Raja Permaisuri Agong: Tengku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Hitam Omar

 

5) Al-Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Kedah. Merupakan Sultan Kedah ke-28 dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5. Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 21 September  1970 sehingga 20 September 1975. Baginda Mangkat pada 11 September 2017 ketika berusia 89 tahun.

Raja Permaisuri Agong: Tuanku Hajjah Hamimah

6) Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim

Diputerakan pada 10 Disember 1917 di Istana Kota Lama, Kelantan. Merupakan Sultan Kelantan yang ke-27  dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-6. Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 10 Disember  1975 sehingga 29 Mac 1979. Baginda Mangkat pada 29 Mac 1979 ketika berusia 61 tahun.

Raja Pemaisuri Agong: Tengku Zainab binti Tengku Muhamamd Petra

 

7) Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah

Diputerakan pada 24 Oktober 1930 di Istana Mangga Tunggal, Pahang. Merupakan Sultan Pahang Moden ke-5 dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-7. Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 26 April 1979 sehingga 25 April 1984. Baginda Mangkat pada 22 Mei 2019 di Hospital Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur ketika berusia 88 tahun.

Raja Permaisuri Agong: Tengku Hajah Afzan binti Tengkuy Panglima Perang Muhammad

 

8) Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi

Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor. Merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-8 dan juga Sultan Johor Moden ke-4. Baginda ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong dari 26 April 1984 sehingga 25 April 1989. Baginda mangkat pada 22 januari 2010 ketika berusia 77 tahun di Hospital Pakar Puteri, Johor.

Raja Permaisuri Agong: Sultan Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja

 

9) Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah

Diputerakan pada 19 April 1928 di Kampung Manggis, Perak. Merupakan Sultan Perak yang ke-34 dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9. Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 26 April 1989 sehingga 25 April 1994. Baginda mangkat pada 28 mei 2014 ketika berusia 86 tahun.

Raja Permaisuri Agong: Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali

 

10) Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Diputerakan pada 19 Julai 1922 di Klang, Selangor. Merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10 dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-10. Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 26 April 1994 sehingga 25 April 1999. Baginda mangkat pada 27 Disember 2008 di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan ketika berusia 86 tahun.

Raja Permaisuri Agong: Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin

 

11) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj

Diputerakan pada 8 Mac 1926 di Istana Bandar Temasha, Selangor. Merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-11 dan Sultan Selangor ke-8. Baginda ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong dari 26b April 1999 sehingga 21 November 2001. Baginda juga ialah panglima tertinggi Angkatan Malaysia(ATM). Mangkat pada 21 November 2001 di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Raja Permaisuri Agong: Tuanku Siti Aishah

 

12) Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

Diputerakan pada 17 Mei 1943 di Arau, Perlis. Merupakan Raja yang memerintah Negeri Perlis dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-12. Baginda ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong dari 13 Disember 2001 sehingga 12 Disember 2006.

Raja Permaisuri Agong: Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid

 

13) Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Diputerakan pada 22 Januari 1962 di Istana Al Muktafi, Terengganu. Merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 dan juga Sultan Terengganu yang ke-18. Baginda ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong dari 13 Disember 2006 sehingga 12 Disember 2011.

Raja Permaisuri Agong: Sultanah Nur Zahirah

 

14) Al-Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Merupakan Sultan Kedah yang ke-28 serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5 dan ke-14. Baginda ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong dari 13 Disember 2011 sehingga 12 Disember 2016. Merupakan Raja pertama yang memerintah paling lama. Baginda mangkat pada 11 September 2017 di Istana Anak Bukit, Kedah ketika berusia 89 tahun.

Raja Permaisuri Agong: Tuanku Hajjah Haminah binti Haji Hamidun

 

15) Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra

Diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Istana Batu, Kelantan. Merupakan Sultan Kelantan yang ke-29 dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15. Baginda ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong dari 13 Disember 2016 sehingga 6 Januari 2019.

 

16) Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pahang. Merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 dan Sultan Pahang ke-6. Baginda ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong dari 31 Januari 2019 sehingga kini.

Raja Permaisuri Agong: Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

 

Berikut merupakan senarai Yang di-Pertuan Agong sejak Hari Kemerdekaan sehingga kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat