Cara Buang Angin Dalam Badan Secara Berkesan Di Rumah
Adakah anda sedang mencari cara buang angin dalam badan ? Memang tidak dinafikan masalah angin ini sering dialami dan boleh mengganggu fokus kita. Semua orang pasti pernah alaminya.
Biasanya masalah angin dalam badan berpunca dari pemakanan atau gangguan sistem penghadaman. Ada yang mudah buang angin melalui kentut atau sendawa.
Bagi yang susah untuk lepaskan angin, ia boleh menyebabkan masalah pencernaan sehingga boleh akibatkan rasa tidak selesa pada perut.
Orang yang alami banyak angin dalam badan juga boleh rasakan simptom lain seperti perut kembung, badan lesu, serta loya dan muntah.
Oleh itu, masalah angin dalam badan perlulah ditangani segera supaya badan rasa lebih lega dan selesa.
9 Cara Buang Angin Dalam Badan Yang Anda Boleh Cuba Dari Rumah
Anda boleh cuba beberapa cara untuk buang angin seperti berikut :
1. Gunakan ENO
Bila sebut sahaja tentang masalah ketidakhadaman, kita pasti akan teringat pada produk ENO. Jenama ENO sudah cukup terkenal di Malaysia sebagai solusi pantas bagi masalah angin dan ketidakhadaman.
ENO berfungsi dengan meneutralkan asid perut secara lembut. Dalam proses membuang angin, ia juga tidak menggangu asid perut dan mampu kembalikan keselesaan segera pada perut.
2. Ambil Lebih Banyak Makanan Tinggi Vitamin C
Vitamin C boleh didapati dalam pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran. Khasiat vitamin C membantu untuk membuang angin dalam badan dengan menguatkan imuniti badan.
Pengambilan vitamin C dapat mencegah badan dari penyakit dan mengembalikan kecergasan tubuh.
3. Minum Air Halia
Halia cukup terkenal sebagai ramuan semulajadi untuk buang angin dalam badan. Selain minuman berasaskan halia, anda boleh buat air halia sendiri di rumah. Ia juga memberikan kesan yang lebih baik kepada badan anda.
Caranya ialah dengan menghiris halia halus-halus dan masukkannya ke dalam air panas. Untuk tambahkan rasa dan khasiatnya, anda boleh campurkan sedikit madu dan perahan lemon.
Selain itu., halia juga bermanfaat untuk redakan masalah kesihatan lain seperti lenguh kaki dan panau.
4. Makan Bawang Putih
Bawang putih juga merupakan salah satu ramuan yang sering digunakan untuk buang angin dalam badan. Caranya ialah dengan mengupas seulas bawang putih sederhana besar dan makannya mentah-mentah.
Anda juga boleh makan bawang putih yang sudah dibakar sedikit untuk meredakan angin dalam badan. Pasti badan akan rasa lebih hangat dan angin akan beransur keluar.
5. Minum Rebusan Daun Betik
Anda juga boleh gunakan daun betik untuk hilangkan angin dalam badan. caranya ialah dengan merebus 4 hingga 5 helai daun betik dengan 1 liter air.
Kemudian, minum rebusan air tadi ketika sedang suam.
6. Cuba Bergerak atau Berjalan Lebih Banyak
Kehidupan pada waktu pandemik ini sedikit sebanyak menyebabkan kita menjadi semakin kurang aktif. Ini juga boleh menyebabkan sistem penghadaman kurang aktif dan menambahkan angin dalam badan.
Oleh itu, anda perlulah bergerak lebih banyak. Aktiviti fizikal didapati dapat melancarkan pergerakan sistem penghadaman bagi memudahkan angin serta najis untuk keluar dengan lebih lancar.
7. Mandi Air Suam atau Air Panas
Kehangatan air suam atau panas dikatakan mampu meredakan rasa tidak selesa pada perut dan abdomen.
Selain itu, mandian air suam juga sangat baik untuk membuatkan tubuh lebih tenang. Ini akan membantu meredakan angin dalam badan dengan lebih berkesan.
8. Urut Perut dan Abdomen
Memetik Hellodoktor, anda juga boleh cuba hilangkan angin dalam badan dengan mengurut perut dan abdomen dengan perlahan. Ini dapat membantu lancarkan lagi pergerakan sistem penghadaman.
Cara urutannya adalah seperti berikut :
- Letakkan tangan pada atas tulang pinggang.
- Sapukan sedikit minyak untuk lancarkan urutan.
- Mulakan urutan dengan membuat gerakan membulat pada sebelah kanan dan kiri tulang rusuk. Pastikan anda guna tekanan yang ringan.
- Ulang pergerakan ini beberapa kali jika perlu.
9. Ambil Probiotik
Pembiakan bakteria pada usus juga boleh menyebabkan angin dalam badan. Untuk mengatasinya, anda boleh ambil probiotik iaitu sejenis bakteria baik yang hidup dalam usus untuk tingkatkan pembiakan bakteria baik dalam perut.
Probiotik boleh didapati daripada sesetengah makanan dan minuman seperti kimchi, minuman berkultur (Vitagen, Yakult) dan yogurt. Ia juga boleh didapati dalam bentuk supplemen serbuk atau pil.
Mudah bukan untuk hilangkan angin yang terperangkap ? Kebanyakan cara buang angin dalam badan ini boleh dipraktikkan dari rumah dan dapat berikan kelegaan segera pada tubuh.
Namun, jika anda dapati masalah angin masih tidak selesai dan berlarutan setelah beberapa hari, dapatkan rawatan daripada doktor.
Bolehkah saya amalkan minuman eno setiap minggu? Jika saya amalkan setiap minggu, berapa kalikah boleh saya ambil minuman eno dalam satu minggu? Mohon respon..