Tips Untuk Berhenti Merokok


Merokok, mungkin seseorang itu mengenal rokok itu daripada ahli keluarga, ada yang kenal melalui jawan-kawan. Bermula dengan perasaan ingin mencuba, tetapi kemuadiannya mula ketagih untuk merokok.

Apa pun sebabnya, ramai perokok cepat ketagih untuk merokok, kerana ia berkait rapat dengan emosi dan jiwa serta menjadikan seseorang sukar untuk berhenti.

Jika terfikir untuk meninggalkan tabiat ini, ada banyak cara yang boleh diambil. Ramai bekas perokok setuju akan kepayahan untuk mereka berhenti merokok dan akhirnya berjaya. Ini adalah beberapa tips untuk berhenti merokok.

1. TAHU SEBAB INGIN BERHENTI

berhenti merokok

Mungkit ada sebab mengapa anda ingin berhenti merokok. Kesihatan diri, kewangan dan kebahagiaan dan keselamatan keluarga menjadi taruhan. Bagaimanapun, sebab yang jelas dan kukuh adalah langkah yang amat penting untuk berhenti merokok.

Seterusnya, mengetahui kebaikan berhenti merokok seperti:

  • Kecenderungan untuk mendapat kanser, serangan jantung, dan penyakit lain akan berkurangan.
  • Sistem pernafasan akan lebih baik dan batuk pun berkurang.
  • Kulit akan nampak lebih sihat dan muda.
  • Selera makan akan lebih baik.
  • Dapat menjadi contoh yang baik terhadap keluarga dan dapat membanggakan mereka.

Mengetahui semua sebab mengapa mahu bebas daripada rokok dan letakkan senarai ini di tempat yang mudah dilihat.

2. BINA PERANCANGAN UNTUK BERHENTI

Image 2

Mempunyai plan perancangan untuk berhenti merokok. Anda perlu ada matlamat yang ingin dicapai dan rangka masa jelas untuk mencapai matlamat tersebut. Ini akan membantu mengetahui dan merekod pencapaian anda.

Setiap orang berbeza, jadi cuba strategi dan cara berlainan untuk perancangan anda. Gabungkan strategi supaya anda fokus,  dan bermotivasi untuk berhenti merokok. Ikuti langkah sepatutnya, yakin bahawa anda boleh melakukannya.

3. MEMILIH TARIKH UNTUK BERHENTI

Image 3

Pilih satu tarikh untuk berhenti. Ramai yang berjaya berhenti merokok dalam tempoh 2-3 minggu. Ini memberikan masa yang cukup untuk anda mempersiapkan diri.

Tandakan hari untuk anda berhenti pada kalendar atau tuliskannya di tempat boleh dilihat setiap hari. Ini boleh dijadikan peringatan tentang keputusan anda untuk bebas daripada asap rokok dan memberi masa untuk anda bersedia.

4. MENGAWAL PENYEBAB KEINGINAN MEROKOK

Memahami mengapa anda merokok, supaya dapat mencari kaedah terbaik untuk berhenti.

Tabiat merokok mungkin berkait rapat dengan sesetengah aktiviti, atau orang tertentu. Perkara ini adalah penyebab mengapa anda ingin untuk merokok.  Beri perhatian kepada penyebab-penyebab ini dan cuba untuk kurangkannya. Pergi ke tempat dengan larangan merokok, luangkan masa bersama rakan yang tidak merokok, banyakkan bersukan untuk memastikan anda kekal sibuk dan kurang terdedah dengan penyebab-penyebab ini.

Menghadapi ketagihan juga penting. Nikotin di dalam rokok yang akan membuat anda ketagih. Bagaimanapun, lebih banyak rokok anda hisap, lebih banyak nikotin yang anda perlukan. Anda akan merasa tidak selesa dan keinginan untuk merokok akan bertambah apabila tidak mendapat jumlah nikotin yang secukupnya

Walaupun mengatasi ketagihan mengambil masa, kebanyakan simptom ketagihan akan hilang dalam masa seminggu, tapi keinginan untuk merokok mungkin akan lebih lama. Ubat-ubatan dengan atau tanpa preskripsi bersama dengan pengubahsuaian tingkah laku boleh membantu anda mengatasi simptom tersebut. Berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan nasihat serta ubat-ubatan yang sesuai.

5. DAPATKAN SOKONGAN UNTUK BERHENTI MEROKOK

Lebih mudah untuk berhenti merokok jika anda mendapat sokongan daripada orang sekeliling terutamanya keluarga tersayang. Maklumkan kepada mereka tentang tarikh berhenti merokok anda dan jelaskan bagaimana mereka boleh membantu. Setiap orang memerlukan sokongan dalam bentuk  berbeza, jadi pastikan mereka tahu bagaimana mereka boleh menyokong anda.

Anda juga perlu memberitahu rakan sekerja anda. Bukan untuk mengawal mereka, tetapi untuk mendapatkan sokongan dan dorongan. Jika mereka tahu anda mahu berhenti merokok, mereka boleh memberi sokongan dan bantuan terutamanya  apabila anda naik angin akibat ketagihan atau bila tekanan bertambah di tempat kerja. Mereka juga boleh membantu menguruskan kerja, memahami situasi atau memberi anda kata-kata semangat.

Akan tetapi, mungkin agak susah untuk meminta pertolongan seseorang, walaupun mereka dari kalangan yang rapat dengan anda. Pilihlah sokongan dengan bijak. Satu cadangan baik buat anda, carilah seseorang yang mudah diajak berbual sama ada ahli keluarga ataupun kawan. Bekas perokok yang telah berjaya berhenti juga akan lebih mudah bersimpati dan memberi dorongan.

6. HAPUSKAN BENDA YANG BERKAITAN ROKOK

berhenti merokok

 

Setelah anda memulakan pelan berhenti, hapuskan pula perkara yang berkaitan merokok. Ini termasuk rokok, mancis, bekas abu rokok, dan pemetik api, mungkin juga gambar orang yang membuat anda terjebak dengan tabiat merokok. Pastikan kereta, rumah dan ruang kerja anda bersih dan segar kerana bau rokok pun boleh membuat anda rasa mahu merokok. Elakkan kedai tembakau di jalan yang biasa anda ambil, dan jauhi tempat perokok berkumpul.

7.  SEDIAKAN GANJARAN UNTUK PENCAPAIAN ANDA

berhenti merokok

Proses berhenti merokok mungkin mengambil masa. Adalah penting untuk meraikan pencapaian anda. Hadiahkan diri sendiri dengan cara baik secara sihat seperti pergi makan malam, menonton wayang, mendaki di persekitaran semula jadi atau lain-lain aktiviti bebas rokok. Pelankan pencapaian terlebih dahulu dan sediakan ganjaran yang sihat tanpa rokok untuk setiap pencapaian tersebut.

8.      DAPATKAN BANTUAN PAKAR

Image 5

Minggu pertama tanpa rokok adalah tempoh sukar bagi yang mahu berhenti merokok. Anda akan berdepan dengan perasaan kurang selesa, godaan untuk merokok, simptom ketagihan dan keinginan merokok. Pastikan anda mempunyai sokongan serta dapatkan khidmat daripada pakar untuk anda berhenti merokok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat