Pelajar Tajaan Yayasan Bank Rakyat Bangunkan Siri Animasi Untuk Golongan Ibu Bapa dan Kanak-Kanak


Animasi Nuri The Series yang akan mula bersiaran melalui television sebanyak 39 episod, tidak lama lagi memaparkan pebagai pengajaran dan nilai murni untuk dicontohi kanak-kanak.
Penerbitan animasi itu dibiayai Yayasan Bank Rakyat (YBR) dan dibangunkan oleh pelajar semesta akhir Diploma Kemahiran bawah tajaan yayasan berkenaan sebagai projek akhir mereka.
Pengerusi YBR, Datuk Abdul Rahman Kasim, berkata siri animasi itu menyelitkan elemen penting seperti sains, alam semula jadi, budaya menabung dan sikap menyayangi haiwan.
“Jalan ceritanya juga membawa ibu bapa mengimbau kembali zaman kanak-kanak. Saya percaya Nuri the series  mampu menarik tontonan seisi keluarga.”

Harap jadi ikon

“Saya berharap Nuri the series akan menjadi ikon dalam usaha dalam mempromosikan Kelab Nuri Bank Rakyat dan diterima penonton setanding animasi tempatan yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pratonton Nuri the series di Zoo Negara yang julung kali diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-10 Kelab Nuri Bank Rakyat.

Majlis sambutan ulang tahun ke-10 kelab Nuri Bank Rakyat

Yang turut hadir ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Abdullah Abas; Pengarah Urusan KRU Studios, Datuk Norman Abdul Halim; Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sanil serta Pengurus Besar YBR, Norashikin Shaharudin.
Seramai 80 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman pertama yang juga sekolah angkat Bank Rakyat, selain 25 kanak-kanak autistik dari PERMATA kurnia, juga hadir menyaksikan pratonton.

Lahir perintis muda

Abdul Rahman tidak ketinggalan berterima kasih kepada KRU Studios atas jalinan kerjasama meberi peluang dan tunjuk ajar kepada pelajar tajaanYBR untuk menerbitkan siri animasi itu.
Sementara itu, Norman ketika ditemui pula berkata, usaha itu mampu melahirkan perintis muda yang berbakat dan berkemahiran dalam bidang animasi di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat