Pengambilan Budu Dan Pegaga Dalam Makanan Harian Mampu Mencegah H.pylori Dan Seterusnya Kanser Perut..

Sumber Rujukan : Utusan Malaysia

Masyarakat Melayu Kelatan jarang dikesan menghidap kanser perut dipercayai kerana faktor pengambilan budu dan pegaga dalam makanan harian mereka.

Menurut Prof. Dr Lee Yeong Yeh, antara faktor utama penyakit tersebut adalah kewujudan kuman Helicobacter pylori (H.pylori) dalam perut namun bakteria jenis itu didapati jarang terdapat di kalangan penduduk negeri Kelantan.

Pakar Perunding Kanan Gastroenterologi, Hepatologi dan Perubatan Dalam, Universiti Sains Malaysia  (USM) berkata,

Terdapat dalam makanan tradisional tempatan itu merencat pertumbuhan H.pylori sekali gus mengurangkan risiko penyakit kanser perut golongan yang menggemari budu dan pegaga.

Selain daripada itu, penduduk Melayu di sini juga didapati mempunyai jenis-jenis varian gen yang boleh menghasilkan unsur-unsur bahan kimia badan yang boleh melawan kuman H.pylori,

“Kita masih lagi dalam peringkat kajian awal namun setakat ini kita percaya pengambilan budu dan pegaga mungkin boleh mencegah H.pylori dan seterusnya kanser perut.” katanya dalam laporan Utusan Malaysia.

2 komen untuk “Pengambilan Budu Dan Pegaga Dalam Makanan Harian Mampu Mencegah H.pylori Dan Seterusnya Kanser Perut..”

  1. sueliana says:

    Info yang menarik ni. Saya pun suka makan budu. Tambah-tambah kalau dengan nasi kerabu. Aduhhh!!! Sedappp..

    1. mm kid_ Editor says:

      Sememangnya sedap campur pulak dengan tempoyakk..perghh memey sedak boh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat