Aduan : Penipuan Rumah Sewa Di Mudah.my, Masih Aktif Sejak 2014


Seringkali kita mendengar tentang penipuan rumah sewa yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini yang melibatkan kerugian yang dalam bentuk yang besar mahupun kecil. Tanpa rasa belas kasihan, manusia yang tidak bertanggungjawab ini  mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain bab kata pepatah bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Sebagai peringatan dan pengajaran untuk  kita bersama, artikel kali ini membawakan kisah tentang seorang penipu rumah sewa yang kini sedang bergiat aktif menipu orang ramai melalui mudah.my menggunakan identiti berlainan selama bertahun-tahun. Untuk pengetahuan tuan/puan laman web mudah.my bertujuan untuk memudahkan urusan jual beli namun ada kewujudannya telah disalahgunakan oleh insan ini.

Kisah penipu rumah sewa yang licik ini menjadi hebohan didalam facebook melalui perkongsian beberapa mangsanya. Melalui perkongsian yang pertama ini si penipu menyamar sebagai Haji Ismail dan Nadatul Shima. Untuk mengetahui lebih lanjut perkongsian tersebut tuan/puan boleh baca dibawah.

Perkongsian 1

Tujuan saya ceritakan disini hanyalah untuk peringatan dan pengajaran sahabat-sahabat yang lain supaya tidak terkena seperti saya. Saya kena keluar dari rumah sewa sebelum ni kerana owner nak masuk rumah, jadi saya telah diberikan notis 1 bulan lebih awal, bermulalah pencarian rumah sewa baru di sekitar ampang. Disitulah mulanya di mudah.my. atas kerana nak mencari yang lebih dekat dengan segala kemudahan, saya dapat sebuah apartment di Astaria Apartment kononnya untuk disewa. Haji Ismail nama diberi dalam mudah tu. saya call langsung tak berjawab, tp bila sms berbalas. Kononnya beliau di hospital di Singapura mendapatkan rawatan jantung.

Selepas itu, Haji Ismail ni cakap kalau saya betul2 berminat, bank in kan dulu RM200 sebab rumah ni kononnya ramai orang nak. Setelah bank in rm200 tiba-tiba dpt mesej dari anak Haji Ismail ni cakap abahnya masuk dalam bilik pembedahan. Masuk bilik pembedahan dari 11/11/2014 sampai lah hari ni senyap. Kenyang lah dia dengan rm200 tu. Memandangkan hari nak kena pindah ni semakin dekat, saya cuba cari rumah lain, dapat juga melalui mudah! Kena sekali lagi rm500 saya dah bank in kan.

Kali ni lebih advance siap bertukar ic walaupun kabur tapi dapat lihat dengan jelas and saya mintak taip semula dengan alasan tak jelas, apa yang dia text saya dengan di ic itu betul. Nadatul Syima Binti Abdullah namanya. Bestnya, saya sempat screenshot picture profile die sebelum dia tukar ke gambar kucing. Macam mana saya boleh bank in smpai rm500? sebabnya dia pos kan kunci rumah, kononnya dia duduk perak. Ok, kunci rumah sampai, saya bank in duit. Confident pergi rumah tu, tengok-tengok rumah tu berpenghuni! dah jadi kes pula dekat situ sebab orang ingat saya nak pecah masuk rumah! Allahuakbar. Saya teramatlah sedih.

Lagi 3 hari saya kena pindah, barang dah packing untuk sedia pindah tengok2 rumah org lain. saya ckp dalam hati, “tak apa saya redha“. Saya tahu Allah nak berikan saya yang lebih baik, lebih hebat, lebih besar! lagi 2 hari nak pindah saya dapat rumah yg betul2 rumah. Selamatlah saya pindah hari isnin baru ni, kelam kabut pindah sebab dah last minit. Nak jadikan drama macam drama melayu, datanglah pula sepasang suami isteri masa hari saya nak pindah tu. Nak tahu apa jadi? si Nadatul Syima ini bagi tracking number kunci yg dia pos kat saya tu kat suami isteri ini tadi. So diorang datang lah ke rumah saya tu masa tengah pindah2 tu sebab mereka ingatkan saya ni lah Nadatul Syima tu.

Si Nadatul ni dah off hp sah2 dah kan. Mujur diorang datang tanya elok2. Diorang pun kena tipu dengan si Nadatul ni! RM900! lagi banyak. Nadatul ni bagi no tracking saya tu pada suami isteri ni kononnya nak pos kunci juga. ya Allah! ini bermakna memang bukan saya saja kena mcm ni, ada orang lain pun kena juga, benda dah jadi saya redha. Biarlah Allah sahaja yg membalas, saya dah selamat masuk rumah baru walaupun kecil sikit dari yang sebelum ini tapi saya sangat bersyukur Alhamdulillah. Dugaan datang membuatkan saya lebih kuat. Allah sayang saya, Allah mesti bagi saya yg lebih lebih lebih baik! Aamiin ::

*buat peringatan kawan-kawan. Akaun 1 : Haji Ismail 012-2560319 akaun: 7003234347 Mohd Shahril – cimb Akaun 2 : Nadatul Sima Binti Abdullah 162450161709 maybank no hp : 011-23407293.

Perkongsian berikutnya pula hanyalah melalui screenshot  antara si penipu dan dan mangsa. Kali ini,  penipu ini menyamar sebagai Encik Hisyam. Si mangsa meminta IC tetapi tidak dilayan. Apabila mangsa mendapati dirinya ditipu dan meminta kembali duit pampasan, si penipu tersebut bertindak memblock mangsa. Ikuti perkongsian tersebut dibawah.

Perkongsian 2

Kami mengharapkan artikel pada kali ini dapat memberikan kesan sedikit sebanyak tentang kejadian penipuan rumah sewa pada masyarakat sekiling kita. Bersama-samalah kita berusaha mencegah gejala penipuan ini bagi mengelakkan ramai lagi yang menjadi mangsa. Sebelum menutup artikel kali ini admin nak kongsikan beberapa tips untuk mengelakkan dari ditipu manusia yang tidak berhati perut ini.

Tips Elak Ditipu Dalam Urusan Sewa Rumah

  1. Berjumpa dengan pemilik/penyewa rumah sebelum membuat pembayaran supaya tuan/puan dapat mengenalpasti bahawa mereka penyewa/pemilik rumah yang sah.
  2. Adakan tandatangan perjanjian sebagai bukti sekiranya berlaku penipuan.
  3. Lihat sendiri rumah yang ingin disewa sebelum melakukan pembayaran supaya apa yang dijanjikan sama seperti yang diiklankan.
  4. Semak terlebih dahulu latar belakang dan maklumat si penyewa supaya tuan/puan.
  5. Gunakan agen hartanah yang diiktiraf. Ini kerana mereka akan membantu anda mencari rumah atau penyewa yang anda mahu. Mereka juga akan menapis calon-calon penyewa yang bermasalah supaya tidak berlaku sebarang penipuan.

2 komen untuk “Aduan : Penipuan Rumah Sewa Di Mudah.my, Masih Aktif Sejak 2014”

  1. wan says:

    Saya pernah kene tipu dengan penama shahril…alamat shah alam tu rumah sewa…alamat bukit indah rumah bekas mak mentua…sy dpt cari dia..dan dpt balik duit…

    1. maria says:

      Then, apa jadi eh? Dapat balik duit macam mana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat