“Air Naik Paras Dada..” Kali Pertama Dilanda Banjir, Penduduk Bukit Gantang, Taiping Sebak 


Bencana banjir merupakan antara perkara biasa berlaku apabila tibanya musim tengkujuh. Bagi tempat dan kawasan yang saban tahun dilanda banjir, pastinya akan siap bersedia apabila musimnya tiba.

Mereka akan berjaga-jaga bagi memastikan nyawa dan harta benda dalam keadaan selamat. Malah apabila musim ini tiba, kebanyakan penduduk di kawasan rendah tidak akan tidur pada waktu malam. Bimbang dan teramat bimbang jika air naik secara tiba-tiba.

Mungkin bagi mereka yang sudah biasa menghadapi musim banjir ini akan melakukan persediaan yang secukupnya setiap tahun. Namun lain pula bagi mereka yang langsung tidak ada pengalaman dan kawasan tempat tinggal mereka tidak pernah dilanda banjir.

“Air Naik Paras Dada..” Kali Pertama Dilanda Banjir, Penduduk Bukit Gantang, Taiping Sebak

Seperti mana yang dikongsikan oleh namie_manja menerusi aplikasi TikTok, apabila Kampung Bukit Gantang, Taiping pada ketika ini dilanda banjir. Menurutnya, ini kali pertama kawasan Bukit Gantang dilanda banjir, bahkan banjir tersebut juga secara tiba-tiba.

Ekoran kejadian yang tidak pernah terfikir dek akal itu membuatkan Namie berasa sebak. Mana tidaknya, pasti ramai penduduk kampung yang tidak sempat untuk bersiap sedia memandangkan kejadian itu berlaku dengan tiba-tiba.

“Sebak rasa hati bila tengok kawasan bukit gantang yang tak pernah-pernah banjir tiba tiba dilanda banjir. Semoga semuanya dipermudahkan amin.”, tulis Namie dalam video tersebut.

Menerusi video yang baru sahaja dikongsikan 4 jam yang lepas, air bagi kawasan tersebut pada ketika ini sudah naik di paras dada. Apabila bencana begini berlaku secara tiba-tiba dan tiada persediaan dari penduduk, banyak keluarga akan terjejas.

Setakat ini masih tidak dapat diketahui dengan lebih lanjut berapa jumlah bilangan penduduk yang terjejas.

Ini semua ujian dari Allah..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari mereka yang menonton video berkenaan. Ramai yang terkejut dan mendoakan mereka yang terjejas dipermudahkan urusan. Dalam masa yang sama, ada juga yang berharap agar YB datang melihat keadaan.

“Semoga dipermudahkan urusan. Harap-harap YB hat kata banjir pun kita redah tu pun mai tengok”, tulis Zulhelmi Zakaria

Tidak kurang juga ada yang menyarakan agar para penduduk banyak-banyak bersabar. Ini semua ujian dari Allah dan turut mendoakan.

“Banyak-banyak bersabar, ini semua ujian dari Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin”, tulis Madie.

Manakala pemilik akaun TikTok Cencaru20 pula menulis, ” Allahuakbar…. Allah sebaik-baik perancang…maha mengetahui…semoga semuanya selamat”

Apa yang berlaku betul-betul di luar sangkaan dan jangkaan manusia. Begitu hebat kuasa Dia, tempat dan kawasan yang tidak pernah banjir namun banjir secara tiba-tiba. Walaupun begitu, pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Semoga mereka yang berada di kawasan tersebut diberikan kekuatan mental dan fizikal, semoga juga tidak banyak harta benda dan nyawa terkorban.

Sumber: TikTok namie_manja

Baca juga: “Bagus Untuk Anak-Anak..” Guru Adakan Simulasi Penculikan Di Tadika Raih Pujian Ramai 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat