Tips Mudah Penjagaan Kereta


Kereta kini ia merupakan satu keperluan. Setiap orang ada keinginan untuk memiliki kereta. Cukupkah sekadar memiliki kereta. Kita juga perlu belajar cara penjagaan kereta supaya kereta kita tetap berada dalam keadaan yang baik.

Apa yang penting dengan sedikit ilmu cara untuk penjagaan kereta, kita dapat memanjangkan jangka hayat komponen kereta kita supaya tidak mudah rosak. Dan lebih penting kita tidak mudah di tipu oleh pomen-pomen yang ada diluar sana.

Memandangkan harga barangan yang semakin meningkat, adalah sangat perlu kita sebagai pemilik kenderaan mengetahui dan belajar serba sedikit berkaitan dengan penjagaan kereta.

1. TAYAR

Tekanan udara dalam tayar anda hendaklah mencukupi dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Tekanan udara yang tidak cukup boleh menyebabkan tayar anda merekah dan pecah.  Selain itu, bunga tayar akan menjadi nipis dengan cepat.

Kereta

Ketebalan bunga tayar dapat diukur dengan melihat tanda di bahagian tengah bunga tayar tersebut. Pastikan bunga pada tayar tidak kurang dari takat tanda. Jika lebih daripada tanda tersebut bermakna tayar tersebut tidak lagi selamat untuk digunakan. Anda perlu menukar tayar tersebut dengan segera untuk mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini. Anda perlu memeriksa tayar anda sekurang-kurangnya seminggu sekali.

2. MINYAK ENJIN

Minyak pelincir atau lazim disebut minyak hitam sangat penting untuk sistem pergerakan enjin. Minyak enjin berfungsi untuk menyejukkan enjin, membersih, menyendal kelegaan (clearance) bahagian enjin dan melincirkan pergerakan enjin. Minyak engin perlu ditukar mengikut tempoh masa pengunaan atau jumlah jarak perjalanan.

Kereta

Minyak akan menjadi kotor setelah lama digunakan dan tidak mampu melakukan fungsi tersebut dengan baik. Satu lagi sebab untuk menukar minyak anda adalah disebabkan oleh suhu operasi enjin yang akan membakar minyak tersebut. Jika pemukaran minyak anda ditangguhkan, enjin berpotensi membakar minyak dan berkurangan sehingga menyebabkan kegagalan fungsi enjin anda.

3. PALAM PENCUCUH (SPARK PLUG)

Spark plug perlu ditukar selepas 20,000 km perjalanan. Jika anda menggunakannya sehingga 30,000 hingga 40,000 km masih tidak menjadi masalah. Tetapi jika melebihi 40,000 km, elektrod di dalam palam pencucuh akan menipis, menyebabkan cucuhan api di dalam silinder enjin tidak lengkap atau lemah. Enjin kereta akan terasa seperti “semput”, kerana kehilangan kuasa daripada salah satu silinder.

4. BATERI

Terdapat dua jenis bateri iaitu sel kering dan sel basah. Anda boleh mengenalpasti jenis bateri kereta anda dengan melihat pada permukaannya. Bateri jenis sel basah perlu sering dibuat pengisian semula air suling bateri dalam tempoh 2 tahun. Jika bateri sel basah menjadi kering, bateri tersebut akan kehilangan cas selepas hanya 6 bulan.

Kereta

Jangka hayat bateri kereta kebiasaannya boleh bertahan sehingga 2 tahun. Jika anda mengalami kesukaran untuk menghidupkan enjin, mungkin masalah tersebut berpunca daripada bateri yang telah kehilangan cas.

5. PENYEJUK RADIATOR (RADIATOR COOLANT)

Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau. Boleh ditukar setiap 60,000km sekali. Coolant akan menjadikan enjin lebih lambat panas dan juga tak mudah mendidih berbanding air biasa. Jika boleh, anda juga boleh mongosongkan tangki radiator semasa menukar coolant (Radiator flush).

6. TALI SAWAT (BELT)

Terdapat beberapa jenis tali sawat dalam kereta anda yang lebih dikenali sebagai timing belt. Anda perlu memastikan tali sawat tidak haus dan longgar. Tali sawat yang longgar akan mengakibatkan bunyi nyaring pada bahagian enjin. Servis tali sawat anda jika ini berlaku.

7. BREK

Anda perlu memeriksa brake disc serta lapisan brake disc setiap 15000 km. Anda perlu memeriksa lebih kerap jika brek anda mengeluarkan bunyi atau tarik ke satu sisi.

Kereta

Jika lapisan pad kelihatan menipis hingga hampir pada backing plate, pad perlu diganti.Kadar kehausan ketebalan pelapik brake pad yang dibenarkan adalah tidak kurang 2 milimeter (mm). Sekiranya ketebalan pelapik brek kurang 2 mm, hujung klip akan bergesel menyentuh brake disc dan bunyi akan kedengaran menandakan paras minimum penggunaan brake pad dan ia harus ditukar dengan segera.

Jika tidak, pelbagai masalah akan timbul apa yang kita panggil secondary defect. Antaranya brake disc akan mengalami kesan calar yang sangat banyak, brake disc akan hangit (terbakar) meninggalkan kesan hitam kebiruan dan ini akan menyebabkan less effectiveness of braking system.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat