Jamal Yunos Hilangkan Diri Dari Hospital – Daily Rakyat

Jamal Yunos Hilangkan Diri Dari Hospital

Sumber Rujukan : Berita Harian

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri, di sini, petang tadi. Sebelum urusan dokumentasi jaminan mahkamah terhadap dirinya

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, sebelum itu, Jamal menerima tiga pertuduhan dan pihak majistret telah menawarkan jamin sebanyak RM3,000 untuk setiap pertuduhan.

Difahamkan kehilangan Jamal disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada jam 5.30 petang.

Jamal dikatakan tiada di bilik wad, namun peguam dan penjaminnya masih berada di hospital berkenaan.

Jamal telah dituduh sebanyak tiga  pertuduhan hari ini di Hospital Ampang Puteri dan pihak Majistret telah menawarkan jamin RM3,000 untuk setiap kes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat