40 Tips Beli Rumah Sendiri

Sumber Rujukan : Azizul Azli Ahmad

Sedapnya kalau diusia muda sudah ada rumah. untungnya dah ada rumah. Rumah bagi dunia masa kini merupakan asset kepada seseorang. Bayangkan kita berada di peringkat umur, tinggalkan balu dan anak-anak buat selama lamanya. Adakah mereka berbumbung di rumah sewa atau rumah sendiri? Bagaimanakan mereka mampu meneruskan hidup.

Ok, sekarang semua dah faham kenapa penting sangat kena ada rumah sendiri ini. Persoalan lain pula timbul. rumah yang macam mana perlu saya beli ini?. Ada tips membeli rumah? berikut adalah tip-tip untuk membeli rumah dikarang oleh saudara Azizul Azli Ahmad di Facebook. Mari sama-sama kita menghadam tips-tips membeli rumah ini. Moga-moga tips ini membantu kita dalam membuat keputusan untuk membeli hartanah.

Tips Membeli Rumah:

  1. Sebaiknya elakkan membeli unit paling tinggi bagi rumah bertingkat.
  2. Beli hartanah yang sedia ada atau sudah siap.
  3. Beli yang berpotensi untuk disewakan.
  4. Beli, sewakan dan simpan.
  5. Jangan terburu-buru membuat keputusan membeli.
  6. Elakkan membeli dekat tangga atau lif.
  7. Jauhi kawasan yang negatif.
  8. Sebaiknya beli rumah yang minimum 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
  9. Jika mampu, beli unit Corner Lot.
  10. Beli di persekitaran yang selamat dan harmoni.
  11. Beli yang tiada monopoli bangsa tertentu.
  12. Beli mengikut kemampuan atau bajet.
  13. Beli rumah yang baik pulangan atas pelaburan (R.O.I) yang tinggi.
  14. Jangan membeli rumah yang sudah lama atau terlalu berusia.
  15. Beli rumah yang sediakan tempat letak kereta yang cukup.
  16. Beli yang berhampiran atau adanya kemudahan awam seperti Pasaraya, LRT, Balai Polis, Sekolah, Kolej, Universiti, Klinik, Hospital, Masjid dan lain-lain lagi
  17. Beli di kawasan pertumbuhan tinggi dan pesat membangun.
  18. Jangan beli berdasarkan spekulasi atau cakap-cakap orang.
  19. Beli yang berhampiran jalan laluan utama atau lebuhraya.
  20. Beli 10%-20% di bawah harga pasaran semasa.
  21. Hartanah yang orentasi matahari betul.
  22. Hartanah orentasi kiblat baik.
  23. Hartanah menghadap hijau dan air.
  24. Ruang siling yang tinggi.
  25. Sebaiknya beli rumah yang lengkap atau adanya ubah suaian tersedia.
  26. Beli rumah di kawasan perumahan disediakan tangki air besar.
  27. Jangan beli di kawasan yang bermasalah seperti pernah berlakunya bencana alam seperti banjir.
  28. Jangan beli di kawasan kadar jenayah yang tinggi @ black area.
  29. Jangan beli rumah yang mengadap kilang atau jalan raya.
  30. Jangan beli rumah berhampiran kabel kuasa tinggi.
  31. Jangan beli hadapan tanah kosong yang tidak pasti apa tujuannya akan datang.
  32. Beli dikawasan kejiranan penduduk tetap bukannya ramai yang jadi penyewa.
  33. Beli berdasarkan margin gaji kita yang betul.
  34. Jangan beli kerana ramai orang beli, belum tentu ianya berpotensi.
  35. Jangan beli kerana emosi.
  36. Jangan beli sebab murah tetapi beli sebab ianya ada potensi.
  37. Mulakan dengan kediaman kecil dan sederhana.
  38. Mintak pandangan kedua sebelum beli rumah pertama
  39. Rumah pertama sebaiknya rumah pelaburan bukan rumah idaman kita
  40. Jangan guna pembiayaan kerajaan untuk rumah pertama, guna bank pun tidak mengapa.

Imej dari iMoney

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat