Tips Memilih Barang Hantaran Paling Berkesan


Kebiasaanya, apabila cuti musim sekolah, maka ramailah yang akan makan “nasi minyak”. Oleh itu, apabila kita menyentuh tentang isu perkahwinan, maka sudah terang lagi bersuluh kita semestinya akan turut membincangkan juga tentang hantaran perkahwinan.

Namun, hantaran ini sangatlah berbeza dengan konsep yang berkaitan dengan mahar dan mas kahwin. Justeru, Walaupun perkhidmatan pengantin atau harga pengantin perempuan  adalah bayaran oleh pengantin lelaki atau keluarganya kepada ibu bapa pengantin perempua. Mas kahwin juga adalah kekayaan yang akan dipindahkan dari keluarga pengantin perempuan kepada pengantin lelaki atau keluarganya. Begitu juga, mas kahwin adalah harta yang berhak ada bagi pengantin perempuan sendiri oleh pengantin lelaki pada masa perkahwinan dan yang masih kekal di bawah milik dan kawalannya yang sah.

Jadi, saya akan  kongsikan tips memilih barang hantaran yang paling berkesan sebagai panduan yang terbaik untuk anda semua.

  1. Berapa bajet anda untuk hantaran?

Sebelum apa-apa, anda dan pasangan perlu tetapkan berapa bajet maksimum yang akan diletakkan untuk barang hantaran. Meletakkan bajet adalah benda yang sangat penting supaya anda tidak terlebih untuk  berbelanja akibat terlalu curiga. Jika anda terlebih belanja untuk membeli barang hantaran, dikhuatiri akan menjejaskan bajet untuk perkara lain.

Bagi memudahkan untuk anda merancang kewangan, asingkan bajet  ini  kepada  tiga perkara utama:

  • Bajet untuk dulang
  • Bajet untuk gubahan dulang serta upah penggubah dulang
  • Bajet untuk  diletakkan di atas dulang adalah barangan hantaran

      2. Berapa jumlah dulang nak disediakan?

Okay, dah ada bajet ? bolehlah anda tetapkan dan sediakan  berapa jumlah dulang hantaran. Mengikut adat melayu tradisional, bilangan dulang untuk pasangan pengantin adalah dalam angka ganjil. Jika pengantin perempuan bercadang untuk memberi tujuh dulang sebagai hantaran untuk pihak lelaki, selalunya pihak lelaki akan membalas dalam jumlah yang kurang sedikit daripada itu, biasanya lima dulang.

      3. Apakah warna dan tema majlis anda nanti?

Tip penting dalam memilih barang untuk dulang hantaran adalah anda mestilah memilih konsep majlis dan tema warna yang menarik terlebih dahulu. Hal Ini adalah untuk mengelakkan daripada lari konsep antara barang anda serta konsep keseluruhan majlis.

Contoh konsep majlis dan tema warna yang mungkin sesusuai untuk anda:

  • Konsep Klasik Tradisional Melayu
    Warna yang sesuai adalah emas di raja, ungu manggis, hijau gelap, dan merah gelap (maroon). Justeru, semestinya hiasan dulang akan merangkumi bunga telur, hiasan bunga segar, tepak sirih tradisional dan bunga paha.
  • Konsep Perkahwinan Inggeris
    Warna yang sesuai adalah warna-warna pastel seperti putih, biru, kuning, merah jambu, dan hijau. Semuanya di dalam tona warna lembut. Hiasan dulang pula adalah seperti bunga hydrangea, lily, pot pori, kek cawan, atau dulang moden seperti kaca atau dulang putih
    berenda bunga.
  • Konsep Perkahwinan santai
    Kemudian, bagi konsep perkahwinan ini, anda digalakkan untuk memilih warnanya yang lebih banyak. .

       4. Jangan buat tak ingat pulak  masukkan barang adat dalam semua senarai         hantaran

Jangan lupakan barang adat seperti sirih junjung, bunga rampai, Al-Quran, sejadah, dan telekung solat yang menjadi adat kita orang melayu. Hal ini kerana, ianya kurang manis pada majlis nanti kalau takde barang adat atas dulang hantaran.

        5. Senaraikan barang hantaran yang perlu dibeli

Kemudian, sebelum anda ingin untuk mmula membeli-belah, sediakan senarai barang hantaran yang perlu dibeli. Senarai ini mestilah meliputi semua barang hantaran dan aksesori hiasan dulang untuk gubahan. Takde idea untuk hiasan dulang? Kalau ada bajet, anda boleh upah sahaja orang lain untuk mengubahkannya. Anda bolehLAH cari idea dari majalah pengantin atau google sahaja.

      6. Beli barang hantaran semasa jualan murah

Jom saya kongsikan tips paling mahal. Nak beli barang untuk hantaran? Beli sewaktu ada jualan murah. Jika ada promosi sempena jualan murah, anda akan dapat diskaun yang banyak. Justeru, anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak jualan murah di Malaysia.

Jualan akhir tahun, jualan sempena hari raya, jualan sempena deepavali, jualan sempena tahun baru cina, jualan sempena krismas. Anda boleh beli sedikit demi sedikit. Tak semestinya kena beli sekali gus.

      7. Masukkan Barangan Wajib Hantaran

Antara barangan wajib yang tidak patut untuk anda tinggal adalah:

  • Tepak sirih
  • Tapak cincin
  • Kotak mas kahwin/hantaran
  • Sepasang telekung/ mushaf Al-Quran/sejadah
  • Beberapa makanan seperti kek, coklat, dan buah

Barangan di atas memang akan dimasukkan di dalam senarai gubahan dulang sejak turun-temurun lagi, maka lagi bagus jika anda memasukkannya juga untuk dulang anda. Pepatah mengatakan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas!

      8. Jangan Berlebih-Lebihan

Kemudian, tips  memilih barang hantaran perkahwinan yang  seterusnya adalah  jangan berlebih-lebihan untuk membeli barang yang tidak berfaedah. Dulang hantaran haruslah secebis daripada keseluruhan majlis perkahwinan anda kerana terdapat  banyak lagi kos lain yang perlu difikirkan.

      9. Elakkan terlalu banyak dulang

Kalau boleh elakkan dulang hantaran yang banyak kerana nanti anda perlukan lebih ramai ‘dulang girls’ untuk memegang dulang anda, bermakna makin ramai kawan/sahabat anda perlukan untuk memegang dulang anda.

      10. Sesuaikan barang dengan dulang

Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan dulang yang anda gunakan. Pastikan anda tahu saiz dulang, jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih dulang dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.

      11. Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki

  • Sirih Junjung
  • Kemeja/Seluar
  • Beg duit/Tali Pinggang
  • Al-Quran Biasa/Digital
  • Sejadah
  • Jam Tangan
  • Set minyak wangi/Barangan peribadi contoh barangan mandi
  • Kasut
  • Buah-buahan
  • Kek/Kek Cawan
  • Coklat
  • Gajet contohnya telefon bimbit, iPad

    12. Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

  • Mas kahwin/Duit Hantaran
  • Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas
  • Tepak sirih
  • Al-Quran Biasa/Digital
  • Sejadah
  • Potpourri/Bunga Rampai
  • Jam tangan
  • Kasut
  • Telekung
  • Beg Tangan
  • Set wangian /Barang mekap
  • Buah-buhan
  • Kek/Kek Cawan/ Coklat

     13. Idea jenis dan jenama yang boleh anda beli untuk hantaran

  • Set pakaian
    • Baju Kemeja Crocodile, Polo, Tommy Hilfiger
    • Baju Wanita Gucci, blouse, seluar pants, night dresses
  • Set alat makeup
    • Set barang makeup Mac, Brown, etc
  • Set minyak wangi
    • Giorgia Armani, Polo, Hugo Boss: barang hantaran untuk lelaki
    • Victoria Secret, Body Shop, Clinique, DKNY: barang hantaran untuk perempuan
  • Set barangan elektronik
    • Barangan Apple seperti iPhone, iPad, Macbook, etc
    • Barangan Samsung seperti Galaxy S7, Galaxy Edge, etc
    • Laptop seperti Dell, HP, Lenovo, etc
    • Kamera seperti Nikon, GoPro, Sony, Polaroid
  • Set mas kahwin
    • Cincin/barang kemas
    • Cek hantaran kahwin
    • Buku mas kahwin
    • Emas dinar/jongkong emas
  • Set pakaian sukan
    • Kasut Adidas, Nike, Puma, Reebok
    • Topi
  • Set sembahyang suami isteri
    • Telekung Siti Khadijah, Kain Pelekat Gajah Duduk
    • Mushaf Al-Quran/sejadah
    • Kain meter untuk baju kurung /baju melayu
    • Kain sampin songket
  • Set makanan
    • Cupcakes, kek Secret Recipe
    • Buah seperti epal, buah naga, anggur, oren, pear
    • Coklat Cadbury, Hersheys, Toblerone, Kinder Bueno

Itulah sedikit sebanyak perkongsian tentang tips hantaran perkahwinan yang paling berkesan daripada saya pada hari ini. Harap dapat manfaatnya dengan sebaik mungkin.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat