9 Aplikasi Terbaik Untuk Edit Gambar Dalam Smart-Phone Anda!
Jadi, anda merupakan seorang usahawan e-dagang (e-commerce) dan ingin mempromosikan produk-produk bisnes anda supaya meletup di pasaran gitu! Tetapi, anda amatlah memerlukan satu platform untuk anda boleh upload segala macam gambar produk agar pelanggan boleh melihat, menilai lalu membeli. Lagi-lagi di era yang makin pesat membangun ini, socmed ataupun social media amatlah memainkan peranan yang besar dalam menyebarluaskan segala perkara termasuk bisnes anda di samping menarik perhatian pelanggan di luar sana.
Ia terbukti bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Anda sebenarnya tidak perlu risau lagi, kerana di Play Store mahupun Apple Store, terdapat puluhan aplikasi photo editor app yang boleh membantu anda untuk edit gambar dalam masa beberapa minit lalu siap untuk dimuat naik ke socmed. Hasilnya tak usah disangkal lagi! Pasti akan memukau mata-mata yang melihatnya sekiranya anda berjaya menggunakan aplikasi photo editor yang boleh juga didapati secara percuma meskipun ada features yang anda perlu bayar.
Kajian ada mengatakan bahawa 32 peratus daripada pemasar mengatakan bahawa gambar visual adalah perkara yang paling penting untuk konten pemasaran mereka dalam dunia bisnes. Jadi, masihkah anda ingin melengah-lengahkan lagi masa untuk tidak invest dalam sebarang aplikasi photo editor yang mampu melonjakkan brand produk bisnes anda?
Di sini kami ada menyenaraikan beberapa photo editor yang boleh anda gunakan untuk BOOM!!! kan produk anda, jadi anda boleh pilih mana satu yang sesuai.
Tapi sebelum tu, apakah Photo Editor App ni sebenarnya ?
Photo editing app ataupun aplikasi penyuntingan foto adalah satu aplikasi software yang direka khas untuk edit gambar di dalam peranti telefon pintar. Jadi, untuk bisnes anda boleh gunakan ia untuk “create a great visual strategy” ataupun erti kata lain strategi membuat satu visual menarik untuk paparan produk anda.
9 Aplikasi Terbaik Untuk Edit Gambar Dalam Smart-Phone:
1. Snapseed
Snapseed merupakan aplikasi percuma dan ia telah digunapakai oleh jutaan fotografer. Google sememangnya baik hati kerana telah membuka peluang keemasan ini, dan aplikasi Snapseed sangat padu apabila ia memberi akses kepada pengguna kepada editing tools yang pelbagai dan meliputi hampir kesemua senario.
Features ataupun fitur yang terdapat dalamnya termasuklah; daripada preset filter, kepada asas editan seperti exposure dan color temperature, kepada fitur yang lebih advance seperti local adjustment, perspective crop, dan healing brush untuk menghilangkan kekotoran.
Perkhidmatan Snapseed ini terbuka kepada pengguna IOS dan juga Android, tanpa ada bayaran atau pembelian di dalam aplikasi.
2. VSCO
VSCO ialah medium terbaik untuk anda kerana ia membuatkan gambar yang diambil nampak macam dari sebuah filem. Rata-rata komen daripada pengguna juga mengatakan bahawa gambar yang mereka ambil nampak seolah-olah diambil di set lakonan. Dalam aplikasi yang percuma ini, ia bukan setakat memberi akses kepada kamera fon anda, bahkan didatangkan juga 10 presets dan beberapa pilihan suntingan asas seperti exposure, clarity, vignettes dan grain.
Anda juga akan dapat akses ke feed kendalian VSCO dan tab discovery, dimana anda boleh follow updates fotografer lain dan ambil serba-sedikit ilmu fotografi mereka. Untuk unlock lebih banyak fitur lain, anda perlulah sign up membership tahunan VSCO.
3. Adobe Photoshop Lightroom
Lightroom versi mobile ini memberikan satu peluang kepada anda untuk merasai pengalaman meng-edit gambar di telefon pintar selepas ia mula-mula diterbitkan untuk perincian komputer. Teknologi editing setaraf desktop ini telah memudahkan para pengguna. Aplikasi Adobe Lightroom menawarkan slider editing yang hebat dan pengubahan gred yang professional seperti curve, begitu juga dengan aplikasi kamera telefon dengan fitur seperti long exposure dan HDR.
Jika anda adalah pelanggan Creative Cloud, anda akan mendapat akses kepada lebih banyak fitur seperti RAW photo editing, pilihan tool adjustment dan sync gambar galeri melalui beberapa peranti lain.
Lightroom Mobile adalah percuma kepada pengguna IOS dan Android, dan untuk menggunakannya, perlu mendaftar masuk menggunakan Adobe ID bagi boleh menggunakannya.
4. Prisma Photo Editor
Dengan menggunakan Prisma Photo Editor, anda dapat menukarkan gambar kepada “paintings” dan “drawings”.
Ok, betul. Tak dapat dinafikan kadang-kadang tu bahawa kebanyakan filter menukar gambar kepada “paintings” dan “drawings” betul-betul dahsyat outcome dia, tak seperti yang kita nakkan.
Prisma adalah pengecualian.
Aplikasi ini menggunakan artificial neural networks ataupun dalam erti kata lain, membolehkan kepada pengguna untuk menghasilkan gambar mereka nampak seperti dicat oleh Picasso, Munch atau Salvador Dali.
Give it a go – anda mungkin akan terkejut dengan hasilnya nanti. Anda perlu membayar untuk sebarang filter tambahan, tetapi masih terdapat juga beberapa set filtur yang disediakan secara percuma.
5. Adobe Photoshop Mix
Photoshop Mix pula menggunakan teknik editing berdasarkan layer ke dalam telefon pintar anda secara percuma. Seperti namanya bermaksud Adobe Photoshop Mix akan menggabungkan sebilangan gambar menggunakan layers untuk mencipta sesuatu yang baru sepenuhnya. Photo sliders yang biasa telah digabungkan oleh selection tools menggunakan artificial intelligent.
Termasuk juga blending mode, dan beberapa fitur lainnya yang anda takkan jumpa dalam aplikasi telefon percuma. Itu juga sebenarnya salah satu tool Adobe yang sangat hebat Content Aware Fill yang menggunakan intelligent membuang elemen yang mengganggu subjek di dalam gambar.
Tawaran percuma untuk pengguna IOS dan Android, tapi macam biasa, anda perlu daftar masuk terlebih dahulu menggunakan Adobe ID agar dapat menggunakan aplikasi ini.
6. Lens Distortions
Kepada yang gemar bermain edit dengan cahaya pada gambarnya, Lens Distortions adalah medium terbaik juga untuk tambahan cahaya yang hebat seperti flares, dan overlay lain yang membuatkan gambar anda nampak lebih naik daripada latar belakang. Apabila anda sudah siap edit gambar dalam Snapseed, VSCO, atau Adobe Lightroom, korang boleh tambah kesan menggunakan aplikasi ini. Anda bukan sahaja akan dapat flare yang lebih realistik, bahkan bermain dengan cahaya silau, efek cuaca dan pelbagai lagi.
Untuk versi percuma, disediakan sebanyak 5 efek dalam setiap kategori. Aplikasi ini pasti akan memberikan suatu nilai tambahan yang bakal membuatkan gambar anda lebih menarik dan meletup! Untuk unlock selain dari itu, anda kena bayar untuk langganan tanpa had.
Beruntunglah kepada pengguna IOS dan Andorid kerana kalian dapat mengakses kepada aplikasi ini, dengan diberi pilihan untuk unlock lebih daripada 200 premium filter melalui pembelian dalam aplikasi ini.
7. Enlight
Enlight boleh jadi satu-satunya aplikasi editing gambar yang mungkin diperlukan oleh anda. Bukan sahaja mudah digunakan, malah ia mempunyai lebih sejuta fitur editing yang hebat dalam satu aplikasi. Pada tahun 2017, Enlight telah dianugerahi Apple Design Award. Tak banyak perkara yang Enlight tak boleh buat. Gunakan ia untuk membuat editing global, bina semula tampakan film lama dengan filter analog, membaiki ketidaksempurnaan dalam gambar, atau boleh juga campur gambar banyak-banyak sekaligus ke dalam double exposure dan design secara kreatif yang lain.
Enlight ini cuma eksklusif kepada pengguna IOS sahaja.
8. TouchRetouch
Sudah pasti setiap orang akan mengalami masalah seperti dalam gambarnya terdapat objek yang tak sepatutnya berada di situ. Jadi, untuk jalan penyelesaiannya, tak ada aplikasi lain yang boleh lawan TouchRetocuh yang ringkas dan mudah sahaja untuk membuang objek yang tak diingini itu.
Tujuan ia dibuat memang untuk seperkara sahaja, iaitu membuang objek yang tak diperlukan, tapi ia buat dengan sangat baik.
Tidak kira sama ada objek yang tak diingini itu dalam bentuk garis lurus, jerawat atau orang. Cuma guna brush untuk buang objek, line selector tool akan select garisan atau lasso tool akan select gangguan yang nak dibuang.
TouchRetouch boleh digunakan oleh pengguna IOS dan Android.
9. Photo Studio Pro
Photo Studio Pro menawarkan pelbagai koleksi efek dan filter, overlay, frame dan macam-macam lagi efek yang memukau dan menyeronokkan. Ia juga merupakan salah satu aplikasi yang agak popular di kalangan pengguna Android.
Aplikasi ini sangat hebat dalam pelbagai fitur dari yang asas kepada kerja-kerja yang lebih kreatif.
Terima kasih kepada pilihan yang unik seperti efek gambar berada dalam gambar, overlay yang diberikan yang pelbagai, dan blending mode yang senang digunakan untuk menggabungkan dua gambar sekaligus ke dalam double exposure.
Photo Studio Pro eksklusif kepada pengguna Android sahaja.
10. Afterlight 2
Afterlight 2 ini memberi kemudahan kepada anda di mana, kesemua kemudahan yang ada dalam Adobe Lightroom Mobile tedapat dalam aplikasi ini dan anda tak dikenakan sebarang langganan yang menyusahkan. Menarik bukan? Afterlight 2 dibuat kepada sesiapa yang mahukan kebebasan dari membayar langganan Adobe Creative Cloud.
Pengguna bukan sahaja diberikan lebih daripada 130 filter yang diubahsuai seperti advance adjustment yang termasuk curves dan hue saturation, brushes, dust and light overlays, frame dan kebolehan untuk blend beberapa gambar menjadi double exposure, bahkan pengguna juga boleh dapat edit gambar RAW.
Afterlight 2 ini disediakan untuk pengguna IOS dan juga Android, tiada tambahan pembelian di aplikasi mahupun sebarang langganan.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan anda jalan untuk menghasilkan editing gambar yang penuh dengan nilai penerapan idea anda yang unik itu. Cubalah post di social media anda dan dapatkan feedback member-member. Selamat mencuba!