Virus Butang Share Cepat Menular Dan Merebak


Pukau si butang ‘share’

Apabila Andrew Hunter dan Hal Crawford menjejak kembali apa yang diviralkan orang ramai, mereka mendapati tidak semua perkara yang benar menarik perhatian semua.

Sikap

Andrew sebagai pembentang di Curious Stage berkata, “Orang mengklik dan share-kan kisah Britney Spears. Tetapi itu tidak menjadikan diri mereka sebahagian daripada Britney. Apabila ditanya apa yang mahu diklik dan baca, majoriti berkata mereka mahu membaca hal ehwal dunia, politik, ekonomi dan sosial. Apa yang mahu diklik dan perkara yang diklik menunjukkan dua tingkah laku berbeza.”

Kita melihat satu situasi pembaca menerima lebih banyak berbanding apa yang mereka beri, situasi ini dipanggil feedback loop yang luar biasa.

16649920968_f671108c56_b

Ini menimbulkan persoalan, kenapa yang diklik dan mahu diklik tidak memberikan jawapan yang sama?

Mereka mula mengumpul dan menganalisa data. Likebale Engine menjadi perisian yang dibangunkan bagi mengumpul maklumat perkongsian orang ramai di media sosial,

“Bagi mengetahui tingkah laku like dan share, kami mendapatkan kumpulan pemasaran sebagai sumber nasihat. Mereka memberikan kami maklumat apakah trend cerita dipilih,” jelas Andrew.

Empat

Beliau menunjukkan empat perkara asas yang mendorong sesuatu kisah di-share dalam sosial media dan dibawa jauh, iaitu;

Simple iaitu mudah dibaca, mudah difahami pembaca dan mudah diingati. Tidak kompleks dan tidak memerlukan masa lama.

Emotional iaitu memberi kesan kepada emosi pembaca yang relevan pada konteks cerita.

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

New iaitu sesuatu yang segar dan tidak klise. Kita tidak menjadi orang yang menarik perhatian jika kita bercerita perkara yang sudah sedia diketahui oleh orang lain.

Triger iaitu menyentuh butang emosi dan logik pembaca berkali-kali sehingga mempengaruhi apa yang dilakukan oleh pembaca semudah mereka mengklik butang share.

Mental

Tambah Andrew, “Apa-apa cerita tetap bermula kosong dari segi share. Kekerapan maklumat yang sama diterima pembaca memberi lebih banyak masa ia bermain dalam fikiran. Kita membeli mental airtime mendorong pembaca terikat pada mesej.”

Tiga

Setiap cerita merangsang keghairahan pembaca dan dapat dilihat tingkah lakunya. Malah apa yang dikongsi dan tidak dikongsi mempunyai ciri-ciri perbezaan yang jelas.

Berdasarkan pemerhatian mereka ke atas 5,000 pengguna media sosial, didapati ada tiga ciri yang mendominasi mereka.

Pertama, cerita-cerita berkaitan seksualiti tidak pergi jauh dari segi perkongsian. Mungkin kerana sifatnya yang tertutup dan tidak dibincangkan secara umum.

Kedua, pembaca suka membuat penghakiman ke atas maklumat yang diterima. Menentukan apa yang kanan dan kiri. Mengandaikan kenapa ia berlaku. Mewujudkan spekulasi dan agak-agak.

Ketiga, berbeza jangkaan, iaitu maklumat yang mereka sangka seperti mereka fikirkan mempunyai penutup yang berbeza.

Empat

Mengapa sesuatu bahan di-share?

Butang share diklik oleh pengguna apabila cerita yang dibaca ada satu daripada empat ciri-ciri ini.

Newsbreaking, iaitu sesuatu yang mengejutkan dan memberi kesan luar biasa kepada khalayak secara langsung. Misalnya, banjir kliat di Universiti Malaya menyebabkan seratus kenderaan tenggelam.

Seramai 19% berkongsi cerita seperti ini.

Memberhentikan-Penyebaran-Berita-Palsu-Di-Facebook-696x392

Inspiring, iaitu ia memberi kesan ‘jiwa besar’ kepada pembaca. Misalnya dalam kes banjir kilat tadi, ada kisah seorang lelaki tua berulang-alik meredah banjir dan membantu membawa seorang ibu dan bayi ke tempat selamat.

Seramai 21% berkongsi cerita seperti ini.

Teaming iaitu pembaca menekan butang share kerana mahu menunjukkan dirinya bersetuju atau tidak bersetuju terhadap isu yang dibincangkan. Misalnya, mereka viralkan status Facebook yang mendesak agar sistem perparitan bandaraya diteliti semula selepas kes banjir mula surut. Mereka menunjukkan sokongan tanpa mengumumkan.

Seramai 60% berkongsi cerita seperti ini.

NR

Menurut Hal Crawford, mereka mengkaji kenapa ada sesetengah web membangunkan berita palsu dapat mendorong share yang tinggi?

National Report menjadi kajian dan bahan temubual mereka.

National Report merupakan laman web berita tidak berautoriti yang membangunkan berita-berita palsu. Apabila diselidiki, National Report menerima AUS10,000 sehingga AU$2000 sebulan hasil pendapatan menyiarkan berita palsu. Kemudian para pembaca tanpa sedar mengklik butang share bagi memberitahu khalayak, “Berita ini penting, mesti baca.”

Pengasas National Report bernama Montgomery memberikan lima petua dalam penghasilan berita palsu yang tinggi share-nya.

1. Pertama, dapatkan judul yang betul.
2. Segera sahkan apa yang mereka percaya selama ini.
3. Fokus kekuatan perenggan awal dan seterusnya adalah hiburan maklumat.
4. Sebarkan dalam kumpulan pembaca yang sudah tahap cult atau kultus.
5. Eksperimen dan mencuba beberapa cara lagi. Ukur maklumbalas.

Klasik

“Kesan dramatik yang sudah klasik masih menarik perhatian orang dan menoleh ke arah yang kita mahu,” kata para penulis buku All Your Friend Like This; How Social Networks Took Over News.

Boleh saya mohon agar butang share di-klik selepas saudara membaca status ini?

‪#‎sydneywritersfestival‬

kredit : Zamri Mohamad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat