Najib Sindir Khalid Samad Berkenaan AES


 

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad yang kelihatan begitu bersungguh-sungguh mempertahankan isu ‘u-turn’ AES.

Menerusi laman sosial peribadi beliau, Datuk Seri Najib mempersoalkan tindakan Khalid Samad menuduhnya mengenai tahun pelaksanaan sistem berkenaan.

Sebelum itu, Khalid Samad memuat naik satu status di laman sosialnya berkenaan dengan tahun pelaksanaan sistem AES iaitu pada tahun 2010 namun Datuk Seri Najib percaya sistem itu telah dilancarkan pada tahun 2005.

“Tauke Harapan coin ini tidak mengalah. Dia masih penuh semangat pertahan u-turn AES.”

“Dia kata AES hanya mula dicadangkan pada tahun 2010. Tuduh saya tipu. Nasib baik internet tidak lupa.”

Najib juga mengingatkan Khalid supaya membuat kaji selidik dahulu sebelum membuat kenyataan berkenaan dengan AES.

“Entah dari siapa dia pinjam mesin masa itu untuk dakwa AES hanya mula dicadang pada 2010.”

“Tetapi jelas mesin dia rosak. Jika tak ada mesin masa pun, boleh pakai Google untuk buat sedikit penyelidikan sebelum cuba membalas,”katanya.

Najib juga membidas pendirian pejuang-pejuang yang ingin AES dimansuhkan dahulu tetapi sekarang bertindak mempertahankannya malah menyokong penuh penambahan kamera AES yang baru di 11 lokasi lain.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat