Tips Membuat Racun Organik Yang Selamat

Sumber Rujukan : Muhammad Najib

Racun rumput mempunyai banyak keburukan akibat daripada bahan kimia yang mampu membahayakan kesihatan kepada pengguna yang menggunakan Racun Rumput. Selain itu, racun rumput juga bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi boleh membawa maut jika tidak digunakan secara tidak betul ketika mengguna. Namun Muhammad Najib telah berkongsi Tips Membuat Racun Organik Yang Selamat. Harap Perkongsian ini dapat menjauhi anda daripada mengunakan Racun rumput kimia yang dapat membahayakan kesihatan dan alam sekitar.

Rumah yang aku beli baru-baru ini adalah ruang tanah sikit, tidak besar mana tapi dalam 2 atau 3 kangkang kera macam tu.

bahan yang digunakan untuk racun Racun Organik Yang Selamat

Bahan yang digunakan :

  • Sabun pencuci Sunlight dengan kuasa lemon.

  • Cuka masakan buatan (tapi tanpa logo halal ni).

  • Alat penyembur.

Aku memang saja beli rumah yang ada ruang tanah sebab aku percaya, setiap manusia yang menghirup oksigen di muka bumi ini perlu menyumbang kembali kepada alam sekitar dengan menanam tumbuhan di ruang tanah mereka. Ini lebih elok dari kau beli rumah dan pantang ada ruang tanah sikit, kau simenkan sampai tak ada sekelumit pun kehijauan di situ.

Tapi masalah asas bila kau ada ruang tanah ini adalah bila ianya ditumbuhi rumput liar, lebih-lebih lagi rumah baru siap dan kau baru nak pindah masuk. Kena pula kau jenis pencinta alam sekitar macam aku dan tak suka nak guna bahan racun herbisid yang merbahaya kepada alam sekitar.

Usah gelabah, kalau tak suka guna racun herbisid macam paraquat, boleh buat herbisid organik sendiri dengan menggunakan bahan asas yang ada kat rumah.

Kau hanya perlukan cuka masakan dan sabun pencuci pinggan. Juga alat penyembur supaya senang kerja kau.

Tuang cuka masakan tu dalam alat penyembur, dan titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun pencuci pinggan. Kemudian kau sembur sepuas hati.

Cuka masakan mengandungi asid asetik dan asid asetik ini sangatlah tidak ngam kepada kebanyakan jenis tumbuhan. Sabun pencuci pinggan tadi pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka kau sembur tadi melekit elok pada tumbuhan tersebut.

 

Aku sembur sekali sahaja dan seminggu kemudian bila aku datang kembali, rumput liar yang hijau tadi dah jadi mati. Kerja kau seterusnya adalah bawa keluar cangkul dan kerjakan semua rumput tu. Bukan susah mana pun sebab selepas seminggu akar rumput pun dah kering dan mudah dicabut.

Tidak perlu panggil Bangla datang meracun dan cabut rumput.

Lebihan cuka kau boleh guna untuk buat ikan masak cuka dan lebihan sabun pencuci kau guna untuk cuci pinggan (jangan kau belasah campur dalam ikan masak cuka tu pulak).

sebelum meracun yang gunakan Tips Membuat Racun Organik Yang Selamat

Sebelum disembur racun herbisid organik.

Seminggu selepas disembur racun herbisid organik.

Seminggu selepas disembur racun herbisid organik.

Tonton video dibawah:

6 komen untuk “Tips Membuat Racun Organik Yang Selamat”

  1. mrbu says:

    As salam…guna cuka spenuhnya ke nk mix dgn air?

    1. muiz says:

      nisbah 2 air, 1 cuka dan 1 sabun cuci pinggan

  2. hanif says:

    Jika sabun sunlight perisa limau purut boleh tak

  3. Faizara Gebu says:

    Hi saya ada 8 Liter pressure sprayer, berapa jumlah nak kena combine mcam air, sunlight dan cuka, boleh sy tahu berapa ml untuk 3 ni. saya bodoh tk reti kita >.<

  4. Hjh Masnah says:

    Assalamualaikum, terima kasih untuk ilmu meracun rumput tanpa menguna bahan kimia. Nanti Saya cuba. Sebab saya malas nak beri bangla 100 bnd untuk potong rumput. Kalau sukses nanti saya maklumkan. Bolih guna cuka hitam sebab baunya lebih kuat dari cuka putih.

    1. mm Editor Daily Rakyat says:

      Baik puan, nanti dah berjaya maklumkan pada kami di dailyrakyat@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat