Ketahui Tips Kesihatan Semasa Musim Panas.


Kita sebagai rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan cuaca panas kerana cuaca sebegini sering berlaku di negara kita ini. Tetapi cuaca panas yang melampau akan memberikan impak yang buruk kepada penduduk di Malaysia ini.

Terdapat banyak pesakit yang berada di hospital yang sakit disebabkan oleh cuaca panas yang melanda negara kita ini.Kita sedia maklum, sudah beberapa hari Malaysia kini di landa cuaca panas dan suhu yang agak tinggi.

Cuaca panas dan kering adalah fenomena yang sering berlaku di kawasan tropika seperti Malaysia. Terdapat sesetengah tempat yang suhu persekitaran mencecah sehingga 38 darjah celcius.

Keadaan ini diramalkan akan berterusan untuk jangka tempoh beberapa hari lagi. Oleh itu, Malaysia mungkin akan mengalami masalah krisis bekalan air. Di samping itu, cuaca panas juga menyebabkan banyak masalah yang timbul seperti, kita sukar untuk melakukan sesuatu perkerjaan dalam keadaan cuaca yang panas.

Malah, cuaca panas yang melampau juga boleh menyebabkan seseorang itu kerap berpeluh. Dan kesannya cecair dalam tubuh badan manusia akan berkurangan. Seterusnya menyebabkan individu tersebut akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.

Cuaca yang terlampau panas boleh memudaratkan. Cuaca panas memyebabkan rakyat Malaysia mudah terkena pelbagai jenis penyakit.

Dengan ini, semua dinasihatkan supaya menjaga kesihatan semasa cuaca panas ini. Berikut merupakan beberapa tips kesihatan semasa cuaca panas.

Tips Kesihatan Semasa Musim Panas.

  1. Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga. Air sangat penting untuk tubuh badan manusia. Air dapat membekalkan tenaga untuk manusia.
  2. Minum minuman isotonik seperti 100plus dan sebagainya. Minuman isotonic mempunyai khasiat iaitu minuman isotonic boleh mengantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  3. Kurangkan melakukan atau terlibat dengan aktiviti-aktiviti luar, terutama sekali aktiviti yang berat dan yang dilakukan di kawasan terdedah secara terus kepada pancaran sinar matahari.
  4. Pakai pakaian yang tidak tebal dan longgar. Elakkan memakai pakaian berwarna gelap, kerana ia mudah menyerap haba.
  5. Pakai sunblock bagi melindungi kulit anda dari pancaran cahaya UVA dan UVB. Sunblock merupakan produk penjagaan kulit yang sangat penting. Oleh itu, setiap orang wajib membawa sunblock kemana sahaja.
  6. Jangan duduk di dalam kenderaan yang tertutup tanpa pendingin hawa. Dan diingatkan jangan sesekali tinggalkan anak kecil atau warga tua dalam kenderaan dibawah terik matahari.
  7. Kepada ibu bapa, dinasihatkan supaya sentiasa pantau aktiviti anak-anak anda. Elakkan mereka bermain di bawah cuaca panas terik.

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya bersiap sedia dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menghadapi masalah ini. Nasihat kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia bagi krisis ini boleh diperolehi dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat