Mahkamah Jenayah Khas Ditubuhkan Bagi Melindungi Mangsa Kes Seksual Tepat Pada Masa

Sumber Rujukan : Berita Harian 10 Apr 2017

Bagi melindungin dan menegakkan keadilan bagi trend jenayah sekarang satu pembukaan Mahkamah Jenayah Khas untuk mengendalikan kes seksual kanak-kanak tepat pada waktunya memandangkan trend jenayah itu ketika ini memerlukan pengurusan kes yang cepat dan berkesan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata tindakan membuka segera mahkamah khas itu bukan sahaja memastikan kebajikan dan hak kanak-kanak dibela, malah mereka uang melakukan kesalahan ini dapat dikenakan tindakan segera.

“Kalau ikut mahkamah biasa, kes perlu menunggu giliran dan akan menjadi lambat.. kita mahu mereka yang melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak diambil tindakan segera dan disabitkan kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan himpunan kumpulan selawat wanita Tawau yang turut dihadiri Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat, di sini pada 9 April 2017.

Bermula Di Putrajaya

Mahkamah itu dijangka bermula di Putrajaya pada Jun ini selepas diputuskan daripada hasil perbincangan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dengan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif, baru-baru ini.

Azizah berkata, masyarakat perlu MAKLUM bahawa kanak-kanak di bawah umur 16 tahun yang terbabit dengan kes seksual meskipun “Suka Sama Suka” tetap dianggap sebagai perogol di bawah undang-undang Malaysia.

“Ibu bapa boleh melaporkan kepada polis jika anak mereka dirogol, namun daripada pengalaman saya, ada banyak kes yang pada awalnya ibu bapa membuat laporan polis, kemudian menarik balik kerana anak dan pesalah suka sama suka lalu mereka dikahwinkan,” katanya lagi.

Namun menurutnya, jika keputusan menarik balik laporan ke atas pesalah rogol dibuat bagi mengelakkan  tindakan diambil ke atas perogol, itu tidak wajar.

“Tetapi kalau keluarga yang mengambil keputusan menarik balik, itu tanggungjawab keluarga itu, bukan kita yang memberi izin perogol berkenaan boleh kahwin dengan mangsanya atau tidak,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat