Tanda-Tanda Anda Mungkin Ada Batu Karang


Batu karang adalah batu yang terbentuk di dalam saluran pembuangan air kencing iaitu daripada buah pinggang hinggalah ke bahagian pundi kencing. Batu karang adalah garam dan mineral yang biasanya terdiri daripada kalsium atau asid urik. Namun dalam maksud perubatan penyakit ini disebut berbeza beza , simptom serta tempat sakit bergantung kepada lokasi batu tersebut.

Terdapat 4 jenis batu karang iaitu:

  • Calcium oxalate – 80% batu karang terjadi hasil campuran bahan kalsium. Bentuknya bercabang dan tajam
  • Calcium phospate – 10% batu karang terjadi akibat jangkitan kuman dalam air kencing yang bersifat alkali
  • Asid urik – akibat dari serangan gout
  • Cystin atau systine

Tanda-tanda batu karang

1. Sakit Belakang

Punca sakit belakang yang teruk disebabkan oleh batu karang yang melalui ureter dan tersekat serta menyebabkan saluran ureter mengembang. Pesakit akan merasa sangat sakit terutama di bahagian kiri atau kanan badan. Malah kesakitan turut bergantung kepada tempat di mana lokasi batu karang tersebut.

2. Rasa sakit ketika kencing

Apabila batu berada di antara ureter dan pundi kencing, anda akan mula merasa sakit apabila anda membuang air kecil. Kesakitan boleh dirasakan seperti tajam atau rasa terbakar. Jika kita tidak tahu penyakit yang kita hadapi iaitu batu karang, mungkin kita akan menganggap ia adalah jangkitan pada saluran kencing. Namun, kadang kadang kita boleh menghadapi jangkitan bersama sama batu karang

3. Darah dalam air kencing

Kencing berdarah kebiasaannya petanda pelbagai jenis penyakit dan salah satunya adalah batu karang. Ia tidak boleh diambil ringan jika kita kencing berdarah. Kehadiran darah dalam air kencing biasa pada pesakit yang mempunyai batu pada saluran kencing. Ia dikenali sebagai hematuria.

4. Kencing kotor atau berbau

Simptom kencing kotor adalah seperti kencing tak lawas, kencing yang terlalu kerap, air kencing menjadi keruh, air kencing berbuih, air kencing berbau busuk, dan kegagalan untuk mengawal aliran air kencing. Air kencing yang sihat adalah jelas dan tidak mempunyai bau yang kuat.

5. Sukar untuk kencing

Ia bukanlah sesuatu yang normal dan ia salah satu tanda tanda anda mempunyai batu karang. Batu karang yang bersaiz besar kadang-kala boleh tersekat di dalam ureter. Penyumbatan ini boleh memperlahankan atau menghentikan aliran air kencing.

6. Mual dan muntah

Perkara biasa bagi individu yang mengalami batu karang. Ia berlaku kerana terdapat sambungan saraf bersama antara buah pinggang dan saluran gastrousus. Batu-batu dalam buah pinggang boleh memicu saraf dalam saluran gastrousus, yang menyebabkan rasa perut yang tidak selesa.

7. Tubuh menjadi lemah

Kehadiran batu karang dalam tubuh badan akan menyebabkan badan menjadi lemah dan  tidak bermaya. Kulit akan menjadi kering dan muka kelihatan pucat. malah kadang kadang badan akan menjadi bengkak terutama di bahagian muka.

8. Demam yang menggigil

Demam menggigil juga merupakan antara tanda-tanda anda mengalami masalah batu karang. malah ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang atau bahagian lain pada saluran air kencing. Ia boleh menjadi perkara yang serius kepada batu karang dan menjadi tanda masalah serius yang lain

Kesimpulan

Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, maka segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan. Batu karang yang tidak dirawat dengan segera akan menyebabkan :

  • Kerosakan atau kegagalan buah pinggang
  • Jangkitan kuman  dan nanah dalam buah pinggang boleh menyebabkan terjadinya bisul. Jika tidak dirawat, pesakit aan mendapat ‘septicimea’ yang mana kuman tersebut merbak ke seluruh tubuh dan boleh menyebabkan kematian.
  • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba boleh mengakibatkan seseorang itu hilang pertimbangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat