Adakah anda pernah tersentak semasa tidur sehingga membuatkan tidur anda terganggu? Ini kesannya


Pernahkah anda mengalami masalah tersentak semasa tidur? Anda seperti terjatuh dari tempat yang tinggi dari tempat tidur? Tidur nyenyak anda terganggu dan jantung berdegup dengan cepatnya? Jika perkara ini pernah berlaku pada anda, berwaspadalah anda mungkin mempunyai gejala penyakit yang tertentu.

Namun mengikut fakta sains, ia ada kena mengena dengan kesihatan dan fungsi otak manusia. Fenomena yang terjadi ini dipanggil “Hypnic Jerks”.

jatuh daripada bangunan

Merasa Seolah Terjatuh Dari Tempat Tinggi Atau Ditarik

Secara dasarnya, mereka yang mengalami situasi ini sering merasa seolah terjatuh dari bangunan atau tempat yang tinggi sebelum terkejut dan terjaga dari lena. Menurut kajian perubatan, sekitar 70 peratus manusia di dunia ini pernah merasai sensasi “Hypnic Jerks” dan ia adalah normal.

Perasaan terjatuh daripada bangunan itu seperti ia benar2 berlaku menyebabkan anda terkejut daripada tidur anda. Namun, usah khuatir kerana ia adalah seperti mimpi sahaja. Faktor daripada badan yang penat dan letih serta pemikiran yang terlampau banyak membuatkan ia berlaku.

Kafein dan Masalah tekanan membawa kepada fenomena “Hypnic Jerks”

tersentak semasa tidur

Antara faktor yang menjadi punca utama kepada sentakan sewaktu tidur adalah kerana pengambilan kafein dan alkohol, melakukan aktiviti fizikal yang keterlaluan sebelum tidur menyebabkan tubuh terlalu penat, jiwa tertekan, emosi dan tempat tidur yang tidak selesa juga boleh menyebabkan “Hypnic Jerks” berlaku.

Oleh itu, pastikan anda dalam keadaan selesa dan relax sebelum tidur. Elakkan pengambilan kafein yang melampau dalam kehidupan seharian anda kerana kesan daripada pengambilan kafein yang melampau menyebabkan badan menjadi penat dengan cepat.

Selain itu, pengambilan ubat-ubatan juga mengundang permasalahan ini. Sebelum mengambil apa-apa ubat pastikan anda telah mendapatkan kelulusan daripada doktor terlebih dahulu. Ubat yang tidak diiktiraf oleh pakar perubatan adalah bahaya untuk diri anda.

Walaupun ia dinyatakan perkara biasa yang berlaku dalam kehidupan seharian dan anda tidak perlu khuatir dengan masalah ini. Namun adalah satu kewajiban bagi anda untuk memastikan tubuh badan anda dalam keadaan yang sihat dan selesa untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ia terus menggangu tidur anda secara serius, sebaiknya anda berjumpa dengan yang pakar yang berkaitan untuk mencari jalan penyelesaiannya.

 

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat