Khasiat Dan Kebaikan Minyak Zaitun


Minyak zaitun sering digunakan sebagai minyak rambut terutamanya pada bayi dan anak kecil. Ia membantu melembutkan dan melembapkan rambut.

Namun sebenarnya, terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan minyak zaitun yang ramai tidak tahu. Minyak zaitun ini sangat selamat untuk digunakan pada anak kecil kerana ianya dari bahan semulajadi. Nama saintifiknya adalah Olea europea yang berasal di Kepulauan Mediterranean.

Terdapat beberapa jenis minyak zaitun yang perlu anda tahu, iaitu :

1. Minyak Zaitun Dara – Paling popular dan paling banyak digunakan dalam masakan kerana rendah kandung asid.

2. Minyak Zaitun Dara Ekstra – Dihasilkan dari kaedah mampatan-sejuk (cold pressing) buah zaitun.Ini ialah jenis Minyak zaitun terbaik untuk kesihatan diri kita.

3. Minyak Zaitun Asli – Minyak ini merupakan minyak yang terhasil dari saki baki pemprosesan minyak zaitun dara. Ia mengandungi kadar asid yang tinggi dan kurang sesuai untuk dimakan begitu sahaja

4. Minyak Lampante – Minyak zaitun ini ialah minyak yang digunakan sebagai bahan bakar (seperti minyak petroleum) dan tak sesuai untuk digunakan dalam masakan.

Antara Khasiat Dan Kebaikan Minyak Zaitun

1. Melindungi dan Memelihara Kesihatan Jantung

Kajian mendapati diet seseorang yang mempunyai kadar lemak mono tak tepu yang tinggi adalah lebih baik dari diet yang rendah lemak dan tinggi karbohidrat.

Polphenols merupakan satu elemen antioksidan yang ada dalam minyak zaitun. Ini menjadikan minyak zaitun sebagai “Makanan anti-inflammatory” yang melindungi dari penyakit jantung dan membantu membaiki sistem tubuh badan apabila diperlukan.

Selain itu, minyak zaitun juga dapat membantu merendahkan tekanan darah melalui nitric oxide yang terdapat di dalam minyak zaitun. Nitric oxide ini menjadikan saluran darah lebih luas dan bersih dari sebarang gannguan.

2. Membantu Melawan Kanser

Kajian pada tahun 2004, minyak zaitun mengandungi kadar antioksidan antara yang tertinggi.

Para saintis berpendapat, kemungkinan besar amalan meminum minyak zaitun ini merupakan salah satu faktor yang menyumbang kurangnya kanser bagi mereka yang mengamalkan diet Mediterranean.

3. Membantu Kurangkan Berat Badan Dan Obesiti

Amalan pemakanan yang kaya dengan lemak sihat ialah kunci kepada mengawal insulin yang berlebihan.

Insulin ialah hormon yang mengawal kandungan gula dalam darah yang menyebabkan kita lebih gemuk.

Lemak sihatlah yang membantu mengurangkan rasa lapar dan ianya terbukti dengan satu kajian yang dilakukan ke atas 447 individu di Hospital Basel, Switzerland.

Statistik menunjukkan mereka yang mengamalkan diet lemak sihat berjaya mengurangkan berat badan lebih banyak berbanding mereka yang amalkan diet rendah lemak.

4. Minyak Zaitun Mungkin Membantu Menghalang Strok Dari Terjadi

Gangguan dalam aliran darah ke otak menyebabkan terjadinya strok, samada disebabkan pendarahan ataupun salur darah tersumbat.

Strok merupakan penyakit nombor 2 yang menyebabkan kematian selepas sakit jantung.

Satu kajian yang melibatkan responden yang sangat besar iaitu 841 000 orang mendapati lemak mono tak tepu yang berada dalam minyak zaitun boleh mengurangkan risiko strok dan sakit jantung.

Kajian ini juga disokong dengan sebuah lagi kajian yang melibatkan sehingga 140 000 peserta.

5. Menjaga Kesihatan Otak

Antara komponen yang sangat tinggi dalam otak ialah asid lemak dan otak memerlukan asid lemak dalam jumlah yang tinggi setiap hari.

Minyak zaitun yang kaya dengan lemak sihat sangat sesuai digunakan bagi menjaga dan membuatkan otak kita lebih fokus dan menguatkan ingatan. Malah ia turut membantu melawan penyakit otak seperti Alzheimer’s dan dementia.

6. Melembapkan Kulit

Minyak zaitun mempunyai kadar Vitamin E yang tinggi. Vitamin E membantu melindungi kulit dari anasir luar seperti cahaya matahari yang sangat terik dan angin kotor.

Sifat minyak zaitun yang sangat ringan juga membuatkan ia sesuai digunakan sebagai pelembap bagi semua jenis kulit.

7. Memperbaiki dan Meningkatkan Kesihatan Kulit

Untuk kelihatan cantik dan menarik, bahan semulajadi merupakan bahan yang terbaik dan sering mendapat keyakinan tinggi oleh pengguna.

Antara resepi mudah :

  • 1/3 cawan yogurt
  • 1/4 cawan madu
  • 2 sudu minyak zaitun

Cara-caranya

  1. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga menjadi likat
  2. Sapukan campuran ini ke muka dan biarkan selama 20 minit
  3. Bilas dengan air suam

Vitamin E yang ada di dalamnya akan membantu merawat jerawat dan melindungi kulit anda. Manakala madu akan bertindak sebagai pelembap dan yogurt pula akan membuang sel-sel mati dari kulit anda.

8. Merawat Tumit Kaki Yang Merekah

Campurkan minyak zaitun bersama-sama air lemon panas. Kemudian urut tumit anda dengan campuran ini.

Campuran ini membuatkan tumit lebih lembap dan lembut dan menghilangkan rekahan dengan cepat.

9. Menjadikan Rambut Bayi Sihat dan Kuat

Minyak zaitun apabila digabungkan dengan beberapa bahan lain boleh membuatkan rambut anda lebih sihat. Vitamin E yang ada akan menghalang dari keguguran rambut, madu pula melembapkan rambut dan kuning telur pula kaya dengan protein, nutrisi penting yang membentuk rambut.

Apa yang diperlukan adalah

  • 1/2 cawan minyak zaitun
  • 2 sudu makan madu
  • Sebiji telur kuning

Cara-caranya:

  1. Campurkan bahan-bahan tdai dan kacau sehinggat menjadi seperti krim lembut
  2. Sapukan pada rambut anda dan biarkan selama 20 minit
  3. Basuh dengan air suam

10. Mempunyai Sifat Anti Bakteria

Minyak zaitun mengandungi nutrisi yang boleh menghalang dan membunuh bakteria berbahaya. Salah satu bakteria tersebut ialah Helicobacter pylori, bakteria yang hidup dalam perut dan mengakibatkan ulser dan kanser perut. Satu kajian dilakukan ke atas manusia mendapati, 30 gram minyak zaitun dara boleh mebunuh sehingga 40% bakteria Helicobater pylori hanya dalam 2 minggu sahaja.

Sumber: thezuriat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat