Susahnya Nak Drive Waktu Malam ! Apakah Cara Untuk Mengurangkan Rabun Silau ?


Selain rabun jauh dan rabun dekat, ada lagi satu masalah mata yang sering dihidapi oleh ramai orang iaitu rabun silau. Mungkin masalah ini tidak ketara pada waktu siang, tapi bila tibanya waktu malam, Tuhan sahaja yang tahu betapa susahnya nak bawa kereta.

Kebanyakan orang yang silau biasanya tidak memakai kaca mata kerana rasa tiada keperluan kerana tidak rabun jauh atau dekat.

Namun, anda perlulah lakukan sesuatu untuk atasi masalah rabun silau.

rabun silau menyukarkan seseorang untuk memandu pada waktu malam

Apa Itu Rabun Silau?

Rabun silau atau nama lainnya ialah astigmatisme. Rabun silau sangat memberi kesan kepada penglihatan pada waktu malam terutama sekali semasa memandu. Gangguan penglihatan ini berpunca daripada kelengkungan kornea mata yang tidak sekata.

Kelengkungan kornea mata yang tidak sekata akan menyebabkan imej yang kita lihat tidak dapat difokuskan kepada satu titik sahaja.

Ia akan menghasilkan beberapa titik fokus kepada retina yang akan mengakibatkan imej yang kita lihat tidak jelas. Rabun silau ini juga mengakibatkan kita rabun pada satu-satu jarak tertentu.

Bagi penghidap rabun silau, imej yang dilihat akan membentuk kepada beberapa titik fokus yang mengakibatkan imej tersebut menjadi kabur.

Anda boleh tengok gambar di bawah yang menunjukkan lebih jelas bagaimana terjadinya rabun silau.

rabun silau terjadi apabila banyak titik fokal terbentuk

Gejala Yang Kerap Dihadapi Oleh Penghidap Rabun Silau

Penghidap rabun silau biasanya akan alami gejala seperti berikut :

1. Imej yang dilihat kurang jelas.

2. Mata akan cepat letih.

3. Sakit kepala.

4. Susah untuk memandu pada waktu malam.

5. Mata sering berkelip atau menutup mata.

Sesetengah simptom ini juga boleh berlaku disebabkan oleh masalah kesihatan lain. Dapatkan pemeriksaan dari doktor untuk kenalpasti tahap kesihatan anda.

Kaedah Rawatan Yang Disyorkan

Antara kaedah rawatan yang sering disyorkan kepada pesakit untuk atasi rabun silau adalah :

1. Memakai Cermin Mata.

Pemakaian cermin mata merupakan salah satu pilihan utama bagi individu yang mengalami astigmatisme. Ini tidak dinafikan kerana cermin mata sangat senang untuk dipakai dan agak selesa.

rabun silau boleh diatasi dengan penggunaan cermin mata

2. Kanta Lekap

Selain cermin mata, kanta lekap juga nerupakan salah satu pilihan. Namun bagi pengguna kanta lekap, anda perlulah berhati-hati kerana kerana terdapat banyak kanta lekap yang tiruan dijual.

Telah ramai pengguna kanta lekap yang dilaporkan mengalami kecederaan mata apabila memakai kanta lekap dengan cara yang salah.  Paling menyedihkan, ada yang mengakibatkan jangkitan sehingga membuatkan mata buta!

3. Rawatan Laser atau Pembedahan

Rawatan ini juga menjadi pilihan bagi mereka yang lebih berkemampuan. Kaedah rawatan ini adalah untuk menghapuskan kelekungan kornea yang tidak sekata. Untuk mendapatkan rawatan ini, anda perlulah merujuk kepada doktor pakar mata yang bertauliah.

Rabun Silau

Cubalah Cermin Mata HD Eyewear Dan HD Aviator Dari Produk Ibnusina Untuk Atasi Rabun Silau !

Bagi yang pertama kali ingin memakai cermin mata, anda pasti terasa sedikit ragu akan keberkesanannya. Apa kata anda cuba cermin mata dari  Ibnusina ?

Untuk pengetahuan anda, Ibnusina menawarkan beberapa jenis produk penjagaan mata mengikut keperluan pelanggan.

HD Aviator dilengkapi dengan lapisan polarized yang dapat menghalang silau serta dpat meningkatkan kontras warna sekeliling kita. Teknologi ini membantu mengurangkan beban dan keletihan pada mata apabila kita berhadapan dengan cahaya secara terus.

Jom kita tengok apa kata pengguna yang telah menggunakan cermin mata HD Eyewear dan HD Aviator

Antara kelebihan yang anda boleh nikmati dengan menggunakan cermin mata dari Ibnusina ini ialah:

  1. Mengurangkan silau.
  2. Menyejukkan mata.
  3. Menapis sinar UV merbahaya.
  4. Pemanduan lebih fokus.
  5. Mengurangkan kepenatan mata.
  6. Menjadikan penglihatan lebih jelas.
  7. Warna lebih terang.
  8. Reka bentuk yang mengikut trend terkini.

Fungsi Lens Polarized Yang Wajib Korang Tahu

Lens polarized membantu dalam menapis cahaya silau yang datang daripada permukaan yang rata seperti cermin, air, dan sebagainya.

Lapisan ini hanya akan membenarkan cahaya yang berorientasikan vertikel sahaja untuk melepasi dan seterusnya menghasilkan penglihatan yang lebih jelas, terang dan selesa kepada pemakainya.

Semoga apa yang dikongsikan dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam mengurangkan masalah silau yang dihadapi. Mata yang sihat sebenarnya sangat penting untuk hidup yang lebih berkualiti. Dengan penglihatan yang lebih baik, InsyaAllah rutin harian anda akan berjalan lebih lancar. Yang paling penting sekali, anda boleh bawa kereta dengan lebih baik tak kira siang atau malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat