PERINGATAN HARI INI : Hak Bulan Rejab
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ إخوة استاذ حذري البنداني
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاهُ
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ “
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) Dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan Yang dihormati. ketetapan Yang demikian itu ialah ugama Yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu Dalam bulan-bulan Yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya ) “ ( QS at-Taubah ; 36 )
Imam al-Baghawi dalam tafsirnya menyatakan maksud “maka janganlah kamu menganiaya diri kamu Dalam bulan-bulan Yang dihormati itu.” Ialah :
“ Janganlah kalian menganiayai diri kalian dengan melakukan maksiat di bulan-bulan haram dan meninggalkan perbuatan taat.” ( Tafsir al-Baghawi )
Kalam Murabbi : Rejab Datang Lagi
Ia peringatan buat kita bahawa umur kita makin meningkat, perlu banyak buat taat dan wajib tinggalkan maksiat agar kita bahagia di akhirat. Dalam ayat di atas jelas kepada kita bahawa HAK BULAN REJAB yang merupakan salah satu bulan haram adalah dituntut kita memperbanyakkan amalan taat dan meninggalkan perbuatan maksiat.
Bila menjelang bulan rejab Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa:
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
“Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan” ( HR Ahmad ; 1/259 , al-Bazzar ; 616 , al-Thobrani dalam al-Ausot ; 3939 ,dan al-baihaqi )
p/s : sekalipun ramai huffaz menyatakan ianya dhoif tidak salah bermal dengannya dalam bab doa – pnt )
Para ulama mengatakan amalan taat yang baik dilakukan di bulan rejab ialah berpuasa. Dalam sebuah riwayat :
حدثنا عثمان بن حكيم الأنصاري. قال: سألت سعيد بن جبير عن صوم رجب ؟ ونحن يومئذ في رجب. فقال: سمعت ابن عباس رضي الله عنها يقول: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم حتى نقول: لا يفطر. ويفطر حتى نقول: لا يصوم.
“ Telah menceritakan kepada kami ‘Utsmaan bin Hakiim Al-Anshaariy, ia berkata : Aku pernah bertanya kepada Sa’iid bin Jubair tentang puasa Rajab dimana kami waktu itu berada di bulan Rajab. Ia (Sa’iid) menjawab : Aku mendengar Ibnu ‘Abbaas radliyallaahu ‘anhumaa berkata : “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam senantiasa berpuasa hingga kami berkata : ‘beliau tidak pernah berbuka’. Dan beliau pun pernah berbuka hingga kami berkata : ‘beliau tidak pernah berpuasa” [HR Muslim ; 1157].
Isu Puasa di Bulan Rejab
Sejak beberapa hari sebelum bulan rejab muncul tahun ini, sudah banyak diperkatakan tentang hukum puasa rejab dan tak kurang juga yang mentadhifkan hadis-hadis fadhoil rejab walaupun mereka bukan ahli hadis. Bahkan ada yang mengatakan maudhu’ pada hadis-hadis yang dinilai dhoif sahaja oleh huffazul hadis. Ada yang bersungguh mengeluarkan kenyataan menegah puasa bulan di bulan rejab sehingga lupa adanya puasa sunat isnin dan khamis, sunat hari-hari putih dan puasa sunat yang terbaik iaitu puasa Nabi Daud. Biar kita terus pergi kepada natijah kefahaman para ulama berkenaan hukum berpuasa di bulan rejab kerana mereka lebih arif dengan nas syariat dan berhukum mengikut disiplin ilmu yang sohih.
1) Imam An-Nawawi menyebutkan dalam Al-Majmu’ berkata :
قال أصحابنا: ومن الصوم المستحب صوم الأشهرالحرم , وهي ذوالقعدة وذوالحجة والمحرم ورجب, وأفضلهاالمحرم
“ Berkata Ulama’ kami : Dan dari puasa yang disunnahkan , adalah puasa bulan-bulan haram yaitu Dzul Qo’dah, Dzul Hijjah, Muharrom dan Rejab sedangkan yang paling utama adalah Muharrom”( (Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab) juz 6 hal. 439)
2) Syaikhul Islam Zakariya Al-Anshori menyebutkan :
وأفضل الأشهرللصوم بعدرمضان الأشهر الحرم ذوالقعدة وذوالحجةوالمحرم ورجب وأفضلهاالمحرم – لخبرمسلم – أفضل الصوم بعدرمضان شهرالله الم حرم ثم اقيهاوظاهره استواءالبقيةوالظاهرتقديم رجب خروجا من خلاف من فضله على الأشهرالحرم.ـ
“ Paling utamanya bulan-bulan untuk puasa setelah Ramadhan adalah puasa di bulan-bulan Haram yaitu Dzul Qo’dah, Dzul Hijjah, Muharrom dan Rejab sedangkan paling Utamanya adalah Muharrom berdasarkan riwayat dari Imam Muslim “Paling utamanya puasa setelah Ramadhan adalah bulan Allah Muharrom kemudian bulan haram yang lainnya. Secara dhohir keutamaan di antara bulan haram yang lainnya itu sama (selain Muharrom). Dan secara dhohir mendahulukan keutamaan Rejab agar keluar dari Khilafnya ulama yang melebihkannya ke atas bulan-bulan Haram”(Asna Al-Mathollib juz 1 hal. 433 )
Peringatan Buat Ikhwan
Hukum berkenaan puasa rejab ini adalah perkara khilaf.. janganlah kita terlalu fanatik dengan sesuatu pandangan sehingga menafikan pandangan yang lain sedangkan kedua-duanya adalah pandangan ijtihadi yang tak sunyi dari tersalah. Jangan pula sikap tegas nak memerangi penyebaran hadis yang pada anggapan kita dhoif atau maudhu’ sehingga kita lupa untuk merujuk fatwa ulama huffaz dan mujtahid yang lebih arif. Renunglah kata – kata Imam Ibnu Hajar dalam Fatawa-nya juz 2 hal. 53 :
… وأمااستمرار هذاالفقيه على نهي الناس عن صوم رجب فهو جهل منه وجزاف على هذه لشريعةالمطهرة فإن لم يرجع عن ذلك وإلا وجب على حكام الشريعةالمطهرة زجره وتعزيره التعزيرالبليغ المانع له ولأمثاله من المجازفة في دين الله تعالى ويوافقه إفتاء العزبن عبدالسلام إنه سئل عما نقل عن بعض المحدثين من منع صوم رجب وتعظيم حرمته وهل يصح نذر صوم جميعه فقال في جوابه : نذرصومه صحيح لازم يتقرب إلى الله تعالى بمثله والذي نهى عن صومه جاهل بمأخذ أحكام الشرع وكيف يكون منهيا عنه مع أن العلماءالذين دونوا الشريعة لم يذكر أحدمنهم اندراجه فيما يكره صومه بل يكون صومه قربةإلى الله تعالى. اهـ
“Orang yang melarang puasa Rejab maka itu adalah kejahilan dan ketidak tahuan terhadap hukum syariat. Apabila ia tidak menarik ucapannya itu maka wajib bagi hakim atau penegak hukum untuk menghukumnya dengan hukuman yang keras yang dapat mencegahnya dan mencegah orang semisalnya yang merusak agama Allah SWT.
Sependapat dengan ini ‘Izzuddin Abdusssalam, sesungguhnya beliau ditanya dari apa yang dinukil dari sebagian Ahli Hadits tentang larangan puasa Rejab dan pengharamannya, dan apakah sah orang yang bernadzar puasa Rejab sebulan penuh maka beliau menjawab :
“Nadzar puasa Rejab itu sah dan boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT. Adapun larangan puasa Rejab itu adalah pendapat orang yang jahil akan pengambilan hukum-hukum syariat. Bagaimana boleh dilarang sedangkan para Ulama’ yang dekat dengan syariat tidak ada yang menyebutkan tentang dimakruhkannya puasa Rejab bahkan dikatakan puasa Rejab adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT (sunnah)”
Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat…amen. Doakan taufik, hidayah dan ‘afiah..
–Ustaz Hazri Hashim Al Bindany