Terima Kasih Atas Teguran – Hajjah Neelofa

Sumber Rujukan : Harian Metro

PELAKON dan pengacara popular Hajjah Neelofa menghargai nasihat serta teguran oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri tentang kontroversi majlis pelancaran beliau di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur, malam Isnin lalu.

Beliau dengan rasa rendah diri dan menerima segala teguran daripada tokoh agama itu dengan hati terbuka.

“Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas nasihat dan pandangan ikhlas daripada tokoh agama itu.

“Saya anggap ia satu teguran dan nasihat yang menenangkan daripada seorang tokoh agama (Dr Zulkifli), dan saya sangat menghargainya.

“Saya dan pasukan Naelofar Hijab sangat mengambil berat setiap nasihat dan cadangan yang diutarakan Dr Zulkifli itu,” katanya.

Sebagai insan biasa, Neelofa mengakui dia akan berusaha memperbetulkan setiap kekusutan dan kekeliruan dengan cara terbaik.

“Ia dalam usaha meneruskan kerjaya sebagai ahli perniagaan dan sebagai personaliti dalam bidang hiburan.

“Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberikan cadangan dalam keadaan saya berdepan dengan situasi tidak diduga sebegini.

“Setiap sokongan, teguran serta cadangan, saya hargai dan hanya ucapan terima kasih mampu dihulurkan,” katanya.

Pada isnin yang lalu pelancaran koleksi tudung terbaru Naelofar Hijab iaitu BeLofa telah mendapat kecaman hebat daripada netizen apabila berlangsung di pusat hiburan di Kuala Lumpur. Netizen menganggap selebriti itu kurang sensitif apabila melancarkan tudung versi terbaru Naelofar Hijab itu di lokasi yang tidak sesuai untuk dibuat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat