Kelebihan Madu, Menurut Al-Quran Dan Hadis


Kita sedia maklum madu merupakan salah satu penawar yang paling mujarab dalam mencegah serta merawat sesuatu penyakit.

Manfaat dari madu ini sudah dirangkum dengan jelas dalam surah an-Nahl ayat 69 yang berbunyi:

ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسۡلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً يَخۡرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَانُهُ فِيهِ شِفَاء لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوۡمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Yang ertinya: Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”.

Bahkan madu juga dijelaskan dalam salah satu hadis iaitu:

“Kesembuhan dari penyakit itu dengan melakukan tiga hal: berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu.” (HR Al-Bukhari)

Hari ini, banyak kajian yang telah dilakukan ke atas madu. Banyak penemuan yang membuktikan madu sememangnya mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan kita sebagai seorang manusia amat digalakkan untuk mengambil madu untuk mengelakkan diri kita dari terkena pelbagai penyakit. Terdapat beberapa kebaikan apabila seseorang itu mengambil madu. Antaranya adalah:

1. Mengurangkan Batuk dan Melegakan Tekak

  • Kombinasi air suam dan madu juga baik diminum untuk merawat batuk dan selesema. Selain itu, mengambil teh bersama madu juga sangat terkenal dan diakui baik untuk merawat batuk dan selesema. Apabila madu digunakan sebagai pengganti gula, ia mempunyai kesan teraputik yang membantu proses pemulihan. Madu juga boleh dicampurkan dengan halia dan lemon untuk perawatan batuk dan selesema.

2. Mengatasi Masalah Pencernaan

  • Walaupun madu memiliki kandungan asam yang tinggi, madu mudah dicerna oleh perut yang paling sensitive sekalipun kerana molekul gula pada madu dapat berubah menjadi gula lain (cth: fruktosa menjadi glukosa)

3. Pemanis Semula Jadi

  • Madu mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia. Oleh itu, madu sangat popular sebagai pemanis semula jadi serta sumber tenaga segera bagi manusia.

4. Menyembuhkan Luka

  • Justeru, dalam perubatan tradisional madu digunakan sebagai badan penyembuh luka pada tubuh manusia dan mempunyai sifat melawan keradangan. Vitamin yang terkandung dalam madu termasuk vitamin B, vitamin A, dan vitamin C, manakala mineral yang biasa terkandung dalam madu ialah kalium, magnesium, kalsium, natrium, sulfur, besi dan fosfat.

Sesungguhnya madu sememangnya makanan yang sangat berkhasiat. Allah juga telah memberi peringatan kepada manusia tentang kehebatan madu ini. Moga kita akan selalu amalkan minum madu. Dan yang paling penting pastikan madu yang anda minum adalah madu asli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat