“Penuh Katak..” Tiba-tiba Temui Perigi Bawah Dapur, Tuan Rumah Pun Tak Tahu Menahu
Memiliki kediaman atau tempat tinggal yang selesa adalah impian setiap individu dan keluarga. Walaupun kecil tidak mengapa, walaupun tidak gah dan mewah pun tidak mengapa, asalkan selesa dan nyaman. Namun ianya tetap terpulang kepada individu itu sendiri.
Sama ada inginkan rumah yang besar mahupun kecil, rumah yang mewah mahupun tidak. Terpulang juga kepada kemampuan masing-masing. Ada rezeki lebih, bolehlah bina ‘istana’ yang didambakan.
Soal rumah ini bukanlah perkara main-main. Rumah juga adalah komitmen, bina dan berbelanjalah mengikut kemampuan masing-masing. Berkait rapat dengan rumah ini, pernahkah korang menemui ‘sesuatu’ yang tak terfikir dek akal.
“Penuh Katak..” Tiba-tiba Temui Perigi Bawah Dapur, Tuan Rumah Pun Tak Tahu Menahu
Seperti mana yang dilalui oleh wanita yang dikenali dengan nama EyzaSweet_22 menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan penemuan sebuah perigi di bawah dapur rumahnya. Eyza sendiri tidak tahu menahu sejak bila perigi tersebut berada di situ.
Menurutnya, perigi tersebut dijumpai ketika dia ingin mengubah suai belakang dapur. Melihat kepada video yang dikongsikan itu, perigi tersebut juga bersaiz besar. Malah masih terdapat air di dalamnya namun air tersebut sudah bewarna hitam.
Kedengaran juga Eyza memberitahu perigi tersebut dipenuhi dengan katak. Malah dari jauh terdapat lapisan putih, mungkin perigi tersebut sudah menjadi sarang katak memandangkan tempatnya di bawah dapur sebegitu.
Bahaya juga kan ada perigi bawah dapur ini? Mungkin juga perigi tersebut dibina sewaktu ketika dahulu dari pemilik terdahulu. Nasib juga tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, tidak terbayang dek mata jika kawasan perigi pada bahagian atas itu pecah.
Kebanyakan dari penduduk dan masyarakat dunia zaman dahulu akan menggali perigi..
Sekadar makluman, pada zaman dahulu, kebanyakan dari penduduk dan masyarakat dunia akan menggali perigi di kawasan kediaman atau kampung masing-masing. Hal tersebut adalah untuk memudahkan urusan seharian yang melibatkan air bersih.
Hendak cari air yang bersih pada zaman dahulu punyalah susah. Air bersih untuk minum, untuk membasuh baju untuk mencuci pinggan mangkuk hanya diperolehi daripada sungai ataupun perigi.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan pendalaman, hendak bina dan adakan saluran air yang bersih melalui paip air agak sukar dan perlu melalui proses yang lama. Jadi tidak hairanlah mengapa orang dahulu kala membina perigi.
Tambahan pula, orang dahulu hanya membina perigi tanpa sebarang bantuan jentera. Hanya menggali menggunakan kudrat dan tulang empat kerat manusia sahaja. Sungguh luar biasa hebatnya.
Orang zaman sekarang, lebih-lebih lagi generasi terkini sudah tidak merasa detik-detik sebegitu. Mandi dari air perigi pun ramai yang masih belum merasa. Walaubagaimanapun, kenangan serta pengalaman hidup yang begitu pada zaman dahulu wajar dijadikan ikutan untuk kita.
Kegigihan mereka cukup luar biasa. Tiada sebarang alatan moden namun sedikit demi sedikit mereka ini cuba melakukan perubahan. Hasilnya, lihatlah sekarang. Apa yang kita gunakan sekarang adalah ada segelintir daripadanya terhasil daripada mereka.
Sumber: TikTok eyzasweet22
Baca juga: [VIDEO] Lelaki Ini Kongsi Saat Menyeramkan Ketika Lalui ‘Sekatan’ Jalan Raya Paling Merbahaya