6 Jenis Buah Berkhasiat Yang Disebut Dalam Al-Quran


Tahukah anda apa buah-buahan yang disebut dalam al-quran? Buah yang berkhasiat untuk kita nikmati. Buah-buahan ini terdapat fungsinya yang tersendiri. Ia mengandungi bahan-bahan yang baik untuk kesihatan kita.

Antara buah-buahan yang dimaksudkan ialah :

1. Buah Ara

  • Ia sering disebut dalam Surah At-Tiin.
  • Buah ara atau buah tin kaya dengan nutrisi, tinggi serat, rendah kalori, dan tidak mengandungi lemak. Ia juga mengandungi antioksidan.

buah yang berkhasiat

  • Ia juga mengandungi vitamin A, vitamin B kompleks, vitamin C, vitamin K, magnesium, tembaga, besi dan kalium.
  • Buah ini baik untuk pesakit kencing manis kerana ia dapat mengembangi kandungan vitamin E dan asid lemak dalam darah.
  • Ia juga dapat membantu merawat penyakit kulit seperti vitiligo, psoriasis dan ekzema.

2. Pisang

  • Terdapat dalam Surah Al-Waqiah.

buah yang berkhasiat

  • Sumber kalium yang baik, mengandungi antioksidan seperti dopamin dan catechin. Mengandungi kalium dan magnesium yang baik untuk jantung, mineral dan karbohidrat baik untuk para atlet.
  • Serat pektin dapat mengawal kandungan gula dalam darah dan ia memudahkan sistem penghadaman kita.
  • Magnesium dalam pisang juga baik untuk buah pinggang anda.

3. Buah Zaitun

  • Terdapat dalam Surah An-Nuur, Surah An-Nahl, Surah Al-Muminun, Surah ‘Abasa dan Surah Al-An’aam.
  • Zaitun yang berwarna hitam mengandungi vitamin E dan antioksidan.
  • Buah ini baik untuk hati. Mengandungi hydroxytyrosol yang dapat melindungi kesihatan jantung.

buah yang berkhasiat

  • Terdapat aoleonalic acid yang dapa mengawal tahap lemak dalam darah, mengurangkan keradangan dan menghalang kerosakan hati.
  • Terdapat zat besi untuk melancarkan peredaran oksigen dalam darah.
  • Buah ini juga dapat melindungi tulang dari osteoporosis.
  • Menpunyai kesan anti kanser.

4. Kurma

  • Nama buah ini dapat dijumpai di dalam Surah Maryam, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Baqarah dan juga Surah Qaf.
  • Kurma kaya dengan kandungan serat dan antioksidan. Ia juga mengandungi flavonoid, carotenoids dan juga asid fenolik.

buah yang berkhasiat

  • Flavonoid dapat mengurangkan risiko Alzheimer, diabetes dan juga beberapa jenis kanser yang lain. Carotenoids dapat menyuburkan hati dan juga mencegah gangguan visual. Asid fenolik membantu melindungi tubuh dari kanser dan sakit janung.
  • Kurma dapat menguatkan tulang serta boleh digunakan sebagai pemanis untuk menggantikan gula.
  • Ia juga mengandungi vitamin A dan vitamin B5 yang diperlukan untuk mengekalkan kulit dan rambut yang sihat.

5. Anggur

  • Disebut dalam Surah Al-Mu’minun. Ia desebut sebanyak 14 kali dalam Al-Quran.
  • Anggur mengandungi flavonoid, polifenol, dan quercetin yang dapat mengurangkan kadar kolesterol jahat dan mencegah penyakit jantung.

buah yang berkhasiat

  •  Dapat mencegah kanser kerana terdapat antioksidan aquercetin dan myricetin.
  • Mencegah penyakit mata dengan adanya lutein dan zeaxanthin.
  • Anggur juga dapat menghasilkan insulin dan dapat tingkatkan sistem kekebalan tubuh badan.

6. Buah Delima

  • Disebut bersama anggur, kurma dan zaitun dalam Surah Al-An’am.

buah yang berkhasiat

  • Mengadungi antiaksidan punicalagin yang dapat mencegah kanser, kencing manis, obesiti, Alzheimer dan juga penyakit jantung.
  • Selain itu, antioksidan yang terdapat dalam delima juga dapat mengatasi risiko kanser payudara, kanser prostat, darah tinggi, dan arthritis.

Inilah antara buah-buahan yang selalu disebut dalam al-quran. Khasiat buah-buahan ini sangat bagus untuk kesihatan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat