[VIDEO] Lelaki Ini Kongsi Saat Menyeramkan Ketika Lalui ‘Sekatan’ Jalan Raya Paling Merbahaya


Menjadi salah satu pengguna jalan raya bukanlah mudah. Pelbagai perkara yang perlu diambil berat. Salah satunya adalah soal keselamatan. Pastikan tali pinggang bagi pemandu kenderaan roda empat dan topi keledar bagi penunggang roda dua dipakai.

Bukan semata-mata takut kepada saman yang bakal dikeluarkan oleh pihak penguatkuasa namun takut akan soal keselamatan pada diri sendiri. Bagi mereka yang tiada persediaan dalam bahagian tersebut pastinya akan berasa kecut perut setiap kali melihat sekumpulan baju putih di atas jalan raya.

Namun apa yang lebih menakutkan lagi adalah apabila sekatan tersebut bukanlah daripada pihak penguatkuasa jalan raya ataupun polis namun sekatan daripada haiwan yang menakutkan iaitu gajah.

[VIDEO] Lelaki Ini Kongsi Saat Menyeramkan Ketika Lalui ‘Sekatan’ Jalan Raya Paling Merbahaya

Walaupun gajah hanyalah sekadar binatang namun apabila binatang tersebut membuat ‘sekatan’ secara bersahaja di jalan raya, pastinya ia adalah saat yang paling menakutkan. Seperti mana video viral  yang dikongsikan oleh Adibbb menerusi aplikasi TikTok.

Video yang berdurasi selama 14 saat itu memaparkan seekor gajah sedang berada di atas jalan raya Gerik-Jeli. Lebih menakutkan lagi adalah bila mana terdapat banyak kenderaan yang berada dekat dengan gajah tersebut.

Nasib juga gajah tersebut tidak melakukan sebarang kerosakan atau kemusnahan kepada beberapa buah kereta yang berada di lokasi kejadian. Lebih-lebih lagi sejak beberapa hari kebelakangan ini ramai pengunjung di atas jalan raya memandangkan cuti Deepavali.

Yang ada jasad je dalam kereta tu..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga maya. Ada yang menulis, pemandu dan penumpang kenderaan yang berada di tempat kejadian pasti roh mereka sudah tidak jumpa jasad.

“Rasanya dalam kereta tu dah tak jumpa dah, yang ada jasad je dalam kereta tu. Bos besar turun padang tu”, tulis norasmawati.

Dalam masa yang sama, ada juga yang bertanya apa yang perlu dibuat jika berada dalam situasi sebegini dan mohon tunjuk ajar daripada sifu atau mereka yang berpengalaman.

“Kalau camni apa kita perlu buat ya? Jgn jalankan kete ke. Nak ambik tips kot nanti nak lalu situ. Sy duduk kl x tahu. Mohon tunjuk ajarku sifu”, tulis pemilik akaun TikTok tecik.

Tidak kurang juga, ada yang berseloroh gajah berkenaan sedang melakukan inspection.

“Cukai jalan.. ok, tinted..amaran”- Salim Mds

“Dia buat inspection ke?” – muizzuddinmohdazam

 

Berada di dalam situasi atau keadaan sebegini rupa pastinya ianya sangat menakutkan. Boleh kecut perut dibuatnya. Ya la, binatang yang paling menakutkan berada di situ, sekali mengamuk habis semua ditibai dan dipijaknya.

Menurut beberapa sumber, jika korang berhadapan dengan situasi seperti ini, jangan sesekali membunyikan hon ataupun membuat bising. Bunyian tersebut boleh menyebabkan haiwan ini mengamuk dan mengapa-apakan kenderaan korang.

Pada waktu malam pula, pastikan korang menutup lampu kenderaan sehinggalah haiwan ini beredar.

Sumber: TikTok 𝘼𝙙𝙞𝙗𝙗𝙗

Baca juga: Bapa Sempat Rakam Detik Bayi Lahir Dalam Kereta, Belum Sampai Hospital Dah Keluar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat