Jangan Main Beli Je ! Jom Kenali 5 Jenis Difflam Serta Fungsinya


Meskipun negara sudah memasuki fasa peralihan ke endemik sejak 1 April 2022, kes Covid-19 masih rancak menular di kalangan masyarakat.

Justeru itu, makin ramai yang berkongsi tips berguna mengenai persediaan yang boleh diambil jika disahkan positif.

Antara simptom yang paling kerap berlaku adalah sakit tekak dan batuk berkahak. Ramai pesakit Covid-19 yang berkongsi masalah sakit tekak yang agak teruk sehingga menyebabkan rasa tidak selesa dan batuk.

Bagi mengatasi masalah ini, ramai yang mengesyorkan untuk ambil ubat tekak jenis hisap atau lozenges.

terdapat banyak jenis difflam yang anda perlu kenali sebelum beli

Jenama ubat sakit tekak yang sering disyorkan oleh warganet ketika ini adalah Difflam. Sebelum anda beli, anda perlu tahu yang ada banyak jenis produk Difflam dengan fungsi yang berbeza.

Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang ahli farmasi di TikTok, Amir Said. Sebelum ini, beliau juga pernah kongsikan jenis-jenis panadol yang berbeza serta fungsinya secara spesifik kepada warganet.

Jom kita semak beberapa jenis Difflam yang sesuai untuk kegunaan anda dan seisi keluarga.

5 Jenis Difflam dan Fungsinya

1. Difflam Anti Inflammatory Lozenges with Anti Bacterial

Berfungsi untuk melegakan sakit tekak, mengurangkan radang serta menghapuskan kuman.

terdapat banyak ubat jenis difflam berbeza

2. Difflam Anti Inflammatory Anti Bacterial Lozenges with Cough Suppresant

Melegakan sakit tekak, mengurangkan radang, membunuh kuman serta meredakan batuk.

3. Difflam Hextra Sore Throat Lozenges

Meredakan sakit tekak, mengurangkan keradangan, mempunyai rasa kebas bila dihisap dan membunuh kuman.

terdapat banyak ubat jenis difflam berbeza

4. Difflam Forte

Satu-satunya produk Difflam berbentuk spray, Difflam Forte berkesan dalam meredakan sakit tekak, mengurangkan radang serta membunuh kuman.

jenis difflam spray

5. Difflam C

Hadir dalam bentuk sirap, Difflam C bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman.

Rupa-rupanya ada banyak jenis Difflam yang ada di pasaran untuk melegakan sakit tekak. Bukan setakat lozenges, malah ada juga yang jenis spray dan sirap.

Selepas mengetahui bezanya, anda bolehlah beli produk yang paling sesuai mengikut keperluan anda.

Apapun semoga perkongsian ini bermanfaat dan semoga kita semua terhindar daripada virus Covid-19.

Sumber : TikTok Amir Said

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat