Kesalahan Fakta Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KBSM Dikenalpasti Oleh Penulis Buku Sejarah


Subjek Sejarah wajib diambil dan oleh semua pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Buku teks sejarah merupakan modul yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian turut meletakkan syarat lulus kepada calon SPM. Justeru itu, mahu atau tidak para pelajar perlu menyerap apa sahaja yang terkandung dalam buku ini.

Seorang penulis buku sejarah terbitan The Patriots yang dikenali sebagai Ibn Jawi tampil untuk memperbetul beberapa kesilapan yang terdapat dalam buku teks sejarah Tingkatan 4 KBSM.

kesalahan fakta buku teks sejarah

Ibn Jawi tidak ingin menyentuh bab berkenaan kecenderungan buku teks ini kepada parti politik tertentu. Menurutnya, perkara ini lebih baik diserahkan kepada pihak kementerian yang memiliki autoriti dalam menentukan pandangan sejarah yang perlu dipelajari oleh para pelajar.

Isu yang dibangkitkan oleh Ibn Jawi berkaitan buku ini adalah mengenai kesalahan fakta sejarah pada Bab 4 muka surat 109 pada bahagian nota tepi bertajuk Sudut Maklumat.

kesalahan fakta buku teks sejarah

Kesalahan Fakta Buku Teks Sejarah Mengenai Sirah Rasulullah

Kesalahan fakta buku teks sejarah yang dikenalpasti oleh Ibn Jawi adalah fakta yang mengatakan bahawa individu bernama Abu Jahal ialah orang yang sama dengan Abu Lahab. Sila lihat buku teks sepertimana gambar yang dikepilkan.

Hal ini merupakan satu kesalahan yang perlu dianggap serius agar kefahaman yang sahih berkenaan sejarah hidup baginda Rasulullah terpelihara.

Sebenarnya, Abu Jahal atau nama sebenarnya Amru bin Hisyam merupakan individu yang berlainan dengan Abu Lahab atau nama sebenarnya Abdul Uzza.

Abu Jahal merupakan bapa saudara kepada Saiyidina Umar r.a yang sama-sama memusuhi baginda Rasul ketika di zaman jahiliyyah.

Kemudian Rasulullah berdoa, “Ya Allah, perkuatkanlah Islam dengan salah satu Umar (sama ada Umar al-Khattab atau Amru bin Hisyam)”. Saiyidina Umar akhirnya memeluk Islam manakala Abu Jahal kekal sebagai penentang dakwah Rasulullah dan meninggal dunia ketika perang Badar.

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Abu Lahab pula ialah bapa saudara kepada Rasulullah yang pada awalnya, dia merupakan orang yang paling gembira dengan berita kelahiran Rasulullah sehingga dia membebaskan hambanya yang bernama Tsuwaibah.

Namun, Abu Lahab kemudiannya tampil sebagai penentang tegar Rasulullah ketika baginda melancarkan program dakwahnya sehingga Allah menurunkan surah al-Masad bagi melaknatnya.

Abu Lahab ialah orang yang diringankan azabnya di neraka pada setiap hari Isnin kerana dia merupakan orang yang paling gembira dengan berita Maulidur Rasul.

Walaupun banyak lagi fakta sejarah yang terkandung dalam buku tersebut patut diubah, namun bagi pihak Ibn Jawi, cukup sekadar ini sahaja yang perlu diubah terlebih dahulu.

Ibn Jawi juga berpendapat bahawa pembetulan bagi kesalahan fakta buku teks sejarah ini tidak akan menggugat kedudukan mana-mana parti politik di Malaysia. malah, pembetulan ini dapat mendorong pelajar untuk mengenali sirah Rasulullah dengan maklumat yang lebih tepat.

Satu komen untuk “Kesalahan Fakta Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KBSM Dikenalpasti Oleh Penulis Buku Sejarah”

  1. aza says:

    salam tuan, boleh saya tahu bila post ini dibuat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat