Teguran Allah Buat Rakyat Malaysia Melalui Anak-anak Syurga Darul Quran Ittifaqiyah
HIKMAH besar isu Kebakaran Pusat Pengajian Tahfiz tersebut, MEMBUKA minda masyarakat tentang kepentingan kerjasama antara kerajaan dan orang awam!
Saya bekas penuntut madrasah dibeberapa buah Tahfiz, jadi mewakili pelajar madrasah anda tahu bagaimana kami survival untuk mem’prasarana’kan tempat pengajian sendiri? Tidak seperti universiti, kolej penuh dengan kelengkapan mewah dan stabil.
Ada madrasah tu, sampai ternak haiwan peliharaan untuk jadikan sumber pendapatan kerana ibu bapa tidak mampu bayar yuran anak-anak. Tanam sayur-sayuran sendiri untuk di makan, kacau simen sendiri untuk bangunkan bangunan pengajian dan asrama. Ustaz atau mudir(pengetua) mampu ungkapkan, “Demi melihat agama Allah & Al-Quran dipelajari oleh murid-murid tahfiz ini”.
Anda & kerajaan? Hanya mampu memuji “Sedapnya suara ‘budak tahfiz’ tu imam terawih”. Tapi pernahkah kita tahu bagaimana kehidupan mereka demi habiskan 30 Juz hafalan quran dan kitab pengajian?
Anda pernah lihat tabung-tabung kotak berwarna putih tertera, “Tabung membaikpulih Madrasah Tahfiz dot dot dot” dikaunter pembayaran kedai runcit, restoran, pam minyak, kaki lima bank dan sebagainya?
Ada pernah lihat pusat pengajian berbentuk moden seperti universiti or kolej punyai tabung, “Sumbangan untuk prasana universiti dot dot dot”?
Memang tidak dinafikan kerajaan dan orang ramai ada membantu, tapi mohon lebih peka pada institusi Tahfiz ini walaupun mereka kelihatan agak ‘kuno’ dan tidak bersijil MQA (Malaysian Qualifications Register) bagai.
Kadang madrasah hanya memohon 1juta tetapi ambil masa bertahun untuk collect, itu pun dari usawahan dan jutawan dermawan. Nak harapkan masyarakat awam bukan semua mampu dan punyai kesedaran mengenai institusi sebuah Tahfiz ini. Kerajaan? Wallahualam berapa juta bajet untuk mereka ini!
Jadi, moga-moga HIKMAH ini membuka minda kita semua untuk bagi LEBIH KOMITED dengan madrasah-madrasah seperti Tahfiz, Pondok dan sebagainya lagi.
InshaAllahu Taala. Doakan saya jua moga suatu hari nanti boleh membuka Madrasah sendiri dengan usaha titik peluh berniaga walau TANPA HARAPKAN bantuan kerajaan dan orang awam! Ini impian saya ketika sedang menuntut ilmu di madrasah Tahfiz Al-Quran satu masa dulu..
.
“AdikĀ² syurga ku, Allah dengan rahmat Nya bersama mu dan ahli keluarga mu sentiasa. Tahniah memilih jalan menghafal Al-Quran untuk mendekatkan diri mu pada Tuhan mu! Kini kamu telah syahid dengan Al-Quran didada mu wahai adik-adik ku!”
p/s: anda boleh #share perkongsian ini sekiranya anda ingin menyedarkan lagi masyarakat mengenai institusi madrasah/pondok di Malaysia kita ini. InshaAllah
.
MOHD HANIF AHMAD – ‘Abang’ kepada adik-adik Syurga saya Tahfiz Ittifaqiyah disayangi Allah SWT