Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi Mampu Urus 5 Juta Penumpang

Sumber Rujukan : Utusan Malaysia 23 Mac 2017

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi yang dirasmikan pada 12 Februari 1990. Dengan naik taraf yang akan dilakukan pada Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ini dijangka mampu menampung kedatangan pelancong kepada lima juta orang setahun.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ketika ini lapangan terbang berkenaan telah mencatatkan kapasiti kedatangan pelancong maksimum iaitu antara 2.5 hingga 2.7 juta orang setahun.

Kata beliau, dengan menaik taraf lapangan terbang itu nanti diharap mampu menarik kedatangan pelancong lebih ramai ke pulau bebas cukai itu pada masa depan.

“Syabas kepada semua yang terlibat dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan terkemuka negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan destinasi penerbangan antarabangsa AirAsia terbaharu di pulau berkenaan iaitu Langkawi ke Shenzhen, China sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA ’17), hari ini.

Destinasi itu adalah yang ketiga selepas Singapura dan Guangzhou, China.

Yang turut hadir Ketua pegawai Eksekutif Air Asia Bhd., Aireen Omar.

Dalam pada itu, Tiong Lai memberitahu, AirAsia telah menyumbang kedatangan pelancong berjumlah 1.7 juta orang sepanjang tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat